Tuesday, December 23, 2008

PULANG II






Tepat jam 1340 petang kami tiba di kem tersebut. Dari jauh kami nampak anak sedang makan. Bila kami mendekatinya...anak buat dekkkk jer. Tiada reaksi. Ketika itu dia sedang makan nasi. Selepas mencuci pinggan....dia pergi mengerjakan solat sebelum berkumpul bersama kami di dalam dewan. Dari jauh erisya nampak matanya asyik memandang2 kami. Malah ketika dalam dewanpun dia asyik menoleh ke belakang melihat kami. Hmmm...rindulah tu!

Kami diberi penerangan tentang aktiviti anak di sepanjang summercamp tuh. Tentang harapan anak2 yang inginkan lebih perhatian dari ibu dan ayah. Di situ, barulah erisya tahu rupanya anak2 yang turut serta berusia dari 7 tahun hingga 14 tahun! Ingatkan budak sekolah rendah jer! Kemudian kami dipinta berkumpul bersama anak masing2. Seterusnya anak dipinta mencium tangan , dahi serta memeluk ibu ayah di kiri dan kanan sambil mengucapkan kata2 sayang . Jujur, erisya tidaklah sebak sangat ...walau ramai ibu ayah menangis terharu. Mungkin kerana erisya telah terapkan pada anak sejak kecil lagi agar jangan silu luahkan rasa sayang...jangan malu memeluk ibu dan ayah. Anak selalu memeluk kami berdua dan luahkan rasa sayangnya....lebih2 lagi jika dia menonton kisah keperitan seorang ibu melahirkan....pasti anak memeluk erisya dan membisikkan kata " thank you ibu " serta mencium pipi erisya cup! cup!

Di akhir majlis tersebut kami dikehendaki menyerahkan sijil kepada anak sendiri selepas menerima 'surat cinta' dari anak. Erisya belum membaca lagi surat cinta tuh kerana telah dipesan oleh fasilitator surat tersebut hendaklah dibaca tanpa kehadiran anak. Hmm..tak sabar rasanya nak baca surat pertama dari anak...maklum, selama ini kami hanya berSMS, beremail atau ber YM sahaja jika berjauhan.

Sejak di dalam dewan hinggalah dalam perjalanan ke rumah, anak tak putus bercerita pengalamannya di sana. Bercerita tentang kawan2 baru, bagaimana dia buat magik bersama kawan2 (anak erisya suka buat magik), kisah fasilitator yang baik dan ramah dan macam2 citer lagi...pendekata semua yang baik2 belaka. Bila ditanya nak pergi lagi tak? Anak terdiam ; kemudian menjawab " tak naklah...tak cukup tidur!"

Hmm..nampaknya tahun depan sekali lagi erisya terpaksa gunakan kuasa veto huhuhuhu

p/s: uncle, erisya dah tunaikan permintaan uncle...tu lah anak erisya :) Gambar2 lain semua kat entry lama :)

16 comments:

  1. erisya,

    Kan uncle dah kata, anak erisya akan berubah dan mesti gembira di sana. Dia telah alami satu suasana dan situasi yang tidak ada sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. betul kata uncle....kalau uncle anjurkan trekking untuk kanak seusianya..insyaAllah pasti erisya ngantar anak ke sana :)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Jika nak tengok diri sendiri cara yang mudah ambil cermin gantungkan di hadapan kita sekadar kita boleh nampak muka penuh dalam cermin tu, lepas tu ambil tangan kanan dan luruskan jari-jari tangan tersebut dan luruskan macam nak tampar orang
    setelah bersedia bawa tangan itu ke arah hidung dan rapatkan dalam keadaan tangan mengiring bukan macam nak berdo'a, kemudian rapatkan muka kita kat cermin sekadar tercecah pada muka cermin, lepas tu tarik tangan kebawah perlahan-lahan sambil mata kita terus melihat wajah kita di dalam cermin tu dengan niat mahu melihat diri batin, dan mata kita harus melihat anak mata kita yang ada di dalam cermin tu, kemudian lihat apa hasilnya

    Selamat mencuba

    ReplyDelete
  4. ini kaca mata seorang ibu yang hantar anak ke SummerCamp : ceritanya mungkin sama mana2 kem yg diadakan - dihujungnya adalah menambahbaikkan pada anak2 dan pada famili dan persekitaran.

    Ini pandangan saya sebagai 'penganjur '. Kerja kami hampir selesai bila peserta mengankat beg untuk balik.Tugas seterusnya orang2 yg akan bersama anak2 tu.Kesedaran ini harus diteruskan....sebab cetusannya telah ada.

    Sebab saya yakin.Budak2 ( remaja ) tahab kesedarannya bukan pada mereka pada penjaga mereka. Untuk itu penjaga harus ada 'motivasi' tambahan.....Anak2 mentafsir semuanya berdasarkan apa yg dia rasa.apa yg dia nampak sahaja. Seterusnya tugas kita......next SummerCamp datang Gombak ok....

    ReplyDelete
  5. salaams pak karamu, terima kasih...hmm suspen lak nak buat....insyaAllah akan dicuba bersama suami.

    salaams tuan Jinggo, eh? kat Gombak jer ka? insyaAllah nanti ke sana pulak :)

    ReplyDelete
  6. Erisya

    Un abrazo de paz
    y las mejores vibras para compartir
    hermoso blog
    hermosas las fotografías
    hermosa música

    gracias por dejar tu huella en mi espacio

    gracias por compartir un pedacito de tu tiempo

    Bendiciones a tu andar:-)

    desde Chile, Sudamérica

    elisa

    ReplyDelete
  7. kan aku dh kata..
    citernya pasti byk..
    huhu..
    happy jer dier tu kak..
    jgn risau..
    encem plak anak..
    naper ar aku lahir dulu?
    haha..

    ReplyDelete
  8. Hello Erisaya Nor, wishing you and all at home happy holidays and the best of Seasons greetings. Lee.

    ReplyDelete
  9. LOL...errr ada anak dara kan? huhuhu

    ReplyDelete
  10. haa.. dah agak dah.. pasti dia dapat terima akhirnya..

    ReplyDelete
  11. dia tak seronok sebab tak dapat kawan ngan ngam kot, ala... budak2 ni kalu ada kawan ngam, tolak ke mana pun ok, silap2 haribulan nak sambung agik :)

    ReplyDelete
  12. muka erisya dgn anak seiras la. hehe

    ReplyDelete
  13. salaams nurdaniella, maksu dan farhana ....anak erisya ni pemalu..lambat panaih enjin tapi bila dah kawan...jadi rapat lak huhuhu

    ReplyDelete
  14. hahaa...dalam pahit ada manisnya,dalam marah ada rindunya selepas ini anak erisya pasti bertamabh matang..hehe..magik?wauu..natural ability..mesti dia suka tengok david blaine dengan david cooperfield kan...

    ReplyDelete
  15. "LOL...errr ada anak dara kan? huhuhu.."

    kekeliruan berlaku..

    huhu..

    27/03/2009

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah