Sunday, December 7, 2008

DI MANA KASIHMU

Semalam, sendu melihat cerekarama lakonan Vanida Imran pelakon yang erisya minati tuh. Walau bukan 100% namun jalan cerita adalah bayangan kisah silam erisya. Hanya cinta yang tinggi kepada Allah sahaja yang boleh menjadikan anak seorang pemaaf terhadap orang tuanya yang telah melanggar amanah Tuhan. Orang tua yang sering mewajarkan perbuatannya terhadap anak dengan meletakkan kesalahan ke atas orangtuanya terdahulu.Hanya cinta yang tinggi kepada Allah sahaja yang boleh menjadikan seorang isteri sanggup memaafkan suami yang zalim. Yang membuatnya percaya rumahtangga adalah jaring penderitaan..tiada jalan keluar bila telah bergelar isteri...terperangkap hingga mati!

Erisya tidak berniat nak mengupas cerekarama semalam. Biarlah wartawan jalankan tugasnya. Erisya lebih tertarik dengan watak ibu Siti (lakonan Normah Damanhuri). Seorang wanita yang sanggup didera oleh suami kerana tak mahu kehilangan anak sekiranya diceraikan. (Ugutan yang biasa dilakukan kebanyakan para suami jika isteri menuntut cerai...tapi jika mereka yang inginkan perceraian, anak2 ditinggalkan tanpa nafkah kepada bekas isteri!). Rasanya sejak erisya mula mengenal kepahitan hidup sehinggalah harini, dah jenuh dengar berita sebegini. Sejak kecil hati erisya memberontak bila sebagai isteri, wanita tidak diberikan penghormatan dan hak yang sewajarnya.

Melihat kes mahkamah syariah yang berat sebelah, buat erisya ingin mempelajari Islam dengan lebih dalam. Apakah kedudukan wanita dalam Islam? Di manakah hak kami? Kanapa suami yang jahat bebas melakukan apa sahaja. Menyalahguna keharusan berpoligami. Menyalahguna kuasa veto yang ada di tangan suami. Hmm..bila diimbas kembali, mungkin pengalaman masa kecil buat erisya lebih tertarik dengan lelaki bukan Islam ..kalau beragama Islam pun, dia bukanlah lelaki Melayu (masa remaja dululah...suami erisya melayu :) ).

Dulu ketika kecil,Erisya sering merasakan, dilahirkan sebagai wanita adalah satu malang. Namun bila belajar tentang haiwan...erisya tertanya sendiri...Allah telah memberikan haiwan jantan kecantikan untuk memikat si betina. Tapi manusia? Allah memberi kaum wanita segala keindahan semula jadi yang boleh memikat mana2 lelaki! Bukankah itu kelebihan kepada wanita? Sebab itulah, walau pelajar sains, erisya memilih Pengajian Islam sebagai minor ketika di universiti dulu. Erisya ingin tahu kedudukan wanita dalam Islam! Akhirnya erisya telah temui jawapan yang erisya cari2 sejak kecil. Islam tidak pernah memandang rendah kepada wanita! Tapi wanita yang menjatuhkan martabat mereka sendiri...rela diinjak kepala atas nama seorang isteri. Tidak mahu menghargai kedudukan sendiri.

Teringat masa bujang dulu. Seorang isteri pernah lari malam ke rumah sewa kami dulu. Dipukul suami. Disuruh ke balai polis, tak mahu! Menangis dan menangis. Tak larat nak dengar dia mengadu tentang kezaliman suaminya. Namun, keesokan harinya, seawal 6 pagi dia telah pulang ke rumah bila dipanggil suami! Yanadei....macam bukan dia yang menangis semalaman! Sekejapan dia dah lupa dengan kesakitan di tubuh badan. Seakan tak nampak biru lebam yang menghias wajah!

Hmm...itu kah kasih isteri?

p/s: kepada seorang teman yang erisya sayangi, maaf jika tersinggung. Erisya faham kerana kita senasib. Tiada siapa yang salah. Takdir juga tak salah! Tapi kita berhak mencorak bahagia kita sendiri! Bukankah itu yang Allah ingin hamba-Nya lakukan? sesungguhnya kita punya pilihan...

10 comments:

  1. Rasanya tidak adil untuk menulis apa berdasarkan apa yg puan tulis disini : tapi saya yakin bahawa apa yg lahir dan zahir dari cerita diatas adalah hasil dari persekitaran , pengalaman ( ditulis dengan emosi )

    Rasanya tidak adil untuk menyatakan yang perempuan dan lelaki itu seharus diletakkan begitu tarafnya. Sebab kita dilahirkan dengan potensi dan keperluan untuk lengkap melengkapi.

    Cuma : nasib.ya nasib yg kadang2 mungkin tidak berpihak kepada kita. Kita terus terusan di beri cerita yg sama....Saya rasa ' sesuatu telah berlaku ' dalam hidup puan kan.....Saya yakin : wanita ada hak. Samada dalam hukum dunia dan agama.

    Hari ini : saya minta maaf ( kalau menyanggahi prinsip puan ) sebab sesuatu juga telah berlaku dalam hidup saya. Rasa seperti kata puan di hujung : kita berhak menentukan mencorak kebahgian kita.

    ReplyDelete
  2. hmm..tawa dalam tangisan.begitulah sy umpamakan nasib orang pompuan ni..teringat masa kecil dahulu,bapa selalu meninggi suara kepada mak tapi semuanya ibarat hujan jatuh ke pasir kerana mak memang tahu sifat lelaki macam mana.kesabaran seornag isteri sangat diperlukan bagi menjamin kedamaian rumah tangga...

    syukur kerana erisya masih kekal dengan rumah tangga yang dibina.cuma hak wanita perlu dimartabatkan lagi sesuai dengan kata-kata-'syurga itu dibawah telapak kaki seorang ibu'.

    ReplyDelete
  3. Jinggo, kita dicorak oleh pengalaman hidup kita sendiri. sesuatu yang adil bagi erisya mungkin tak adil bagi Jinggo dan sesiapa saja yang senasib dengan Jinggo. Tak perlu memohon maaf , Jinggo. Erisya sekadar luahkan rasa yang terbuku dalam hati. Luahan yang begitu ringkas tanpa menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Sekadar memuaskan hati sedih sendiri. Jinggo juga tidak meluahkan peristiwa yang Jinggo alami, kan? Namun erisya betul kagum kerana ianya telah mencorak hidup Jinggo menjadi guru yang hebat! syabas! namun ada insan senasib yang tidak berpeluang memilih jalan positif seperti Jinggo...mungkin kengkangan masyarakat, keluarga atau adat.....Maaf jika erisya lebih menyokong kaum wanita..sedangkan di luar sana ada juga kaum lelaki yang menderita bagi kes yang sama.

    ReplyDelete
  4. terima kasih Ajeem... Tertanya2 siapakah suri di hati Ajeem :)

    ReplyDelete
  5. Salam anakanda erisya.

    Segala yang terjadi adalah berdasarkan ketentuan/taqdir Ilahi. Itu pegangan orang-orang tasauf berdasar "Tidak akan bergerak sebesar zarah sekali pun tanpa izin aku".

    Tapi oleh kerana kita tidak tahu\mustahil akan tahu maka kitalah secara fizikalnya mencorakkan kehidupan kita walau pun hakikatnya segala perbuatan/fikiran adalah di dalam ruang lingkup Nas di atas tadi.

    Berbalik kita kepada manusia dan kemanusiaan (bukan kehaiwanan) sebagai seorang lelaki sama ada suami atau bapa tugas dan tanggung jawabnya sudah pun dimaktubkan di dalam alqur'an dan hadith.

    Alqur'an dan hadis inilah sebenarnya yang menjadi batas/had yang menentukan sama ada seorang isteri perlu taat atau tidak kepada suami.

    Kalau suami yang meninggalkan anak dan isteri yang wajib diberikan perlindungan dan kasih sayang, apakah insan ini masih boleh dipanggil seorang insan/manusia?

    Dia telah melampai segala "had" yang ada, Agama dan Kemanusiaan. Manusia jenis ini dosanya tidak akan terampun selagi insan-insan yang dianiayai itu tidak mengampunkannya walau pun dari seorang anak.

    Nafkah, kasih sayang dan lemah lembut adalah kunci bagi sebuah rumah tangga/keluarga.

    ReplyDelete
  6. Thanks uncle. Betul kata uncle tuh. Itulah yang erisya cari dalam kehidupan ini...keluarga bahagia! sesuatu yang tidak mungkin diperolehi tanpa rasa cinta kepada Maha Pencipta terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  7. huahuahua..erisya tertanya2 ya..takpelah...tak payah tertanya2 erisya oii..masih jauh lagi perjalanan hidup ni sebelum ke alam rumah tangga..hehe..moga umurku dilanjutkan..aminn...

    ReplyDelete
  8. tertarik dengan kata erisya yang terakhir.. sesungguhnya kita punya pilihan.. yer.. untuk apa hidup sebagai suami isteri jika tiada lagi perasaan kasih, tiada lagi kepercayaan dan yang paling penting cinta itu sendiri telah hilang... tiada gunanya lagi bergantung hidup pada orang yang tidak lagi melindungi kita.. untuk apa?? buat sakit badan dan sakit hati jer..

    ReplyDelete
  9. nurdaniella,

    kita sehaluan! erisya juga berpegang pada prinsip yang sama. Semua telah Allah tetapkan...suami ada tanggungajwabnya...jika kita yang pikul semua tanggungjawab suami, baik kita hidup membujang!Namun seperti kata uncle mountdweller, ramai suami masih jahil...maka sebagai isteri kita harus membimbing (huhuhu) jika masih tak sedar diri...kita semaklah balik taklik di belakang sijil nikah kita...Islam benarkan kita cerai taklik demi menjaga kepentingan isteri jgn dianiaya!Kena mengadap kaunselor sebanyak 3 kali...jika suami masih bodoh sombong dengan kaunselor yang lebih arif...istikharahlah minta petunjuk Allah. Jka boleh sabar...dapat pahala macam asiah ngan firaun jika tidak, Allah telah pun beri kita pilihan. Cuma kena rajin minta petunjuk Allah takut tindakan kita berdasarkan emosi...dan balas dendam.Isteri mana tak keciwa jika suami tidak bertanggungjawab...baik toksah kawin!tak gitu? namun, ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan...sebab tulah talak di tangan suami (majoriti suami berfikiran rasional)...kecuali taklik, ianya di tangan isteri , khusus bagi isteri yang dizalimi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah