Gout penyakit biasa yang dihidapi oleh wanita/lelaki. Masa pertama kali dapat penyakit tuh, suami tak boleh berjalan langsung. Kebetulan pula masa tuh erisya tinggal sendiri di PP manakala suami dan baby di Ipoh. Erisya terpaksa ambil EL untuk menjaga suami. Ramai yang mengata kerana suami sakit pun nak ambil cuti!
Masa tuh, kami tak tahu punca penyakit. Kami sangka salah urat sebab kaki bengkak. Suami kata sakit berdenyut2 ! Kemudian suami kak A menawarkan diri untuk melihat kaki suami...menurut kak A suaminya tak suka mengurut orang namun kerana erisya baik ngan isterinya, maka dia ingin membantu. Alhamdulillah, suami boleh berjalan semula. Sebelum balik, abang M sempat beri petua. Jika tersilap urat kat leher masa bangun pagi...tak yah urut. Jika bentan atau bengkak tak yah urut. Sapukan saja tiger balm warna putih (hanya warna putih) pada kawasan yang sakit, kemudia tekap dengan morning towel yang telah direndam dalam air panas (perah airnya).Ulangi hingga tak sakit lagi. Petua ini diajar oleh seorang banduan cina yang pandai mengurut. Dulu abang M pernah kerja di penjara.
Lagi satu petua pula,tekapkan capati panas kepada tempat yang bengkak. Erisya lupa siapa yang ajar tapi, masa mula dengar petua tuh erisya ketawa! Tapi tak lama lepas tuh, suami sakit kaki lagi...nak cari balm, dah tengah malam. Nak dibiarkan, kesian kat suami yang dalam kesakitan. Aklhirnya erisya teringat petua yang erisya ketawakan dulu. Ehhh nak buat capati? Mana nak cari tepung atta. Lantas erisya ambil tepung gandum dan buat lempeng. ketika masih panas, erisya tekap kat kaki suami..alhamdulillah, bengkak mulai surut selepas beberapa kali panaskan lempeng tuh. Pengajaran buat erisya....jangan ketawakan petua orang !
p/s: sakit gout tak leh urut. Petua di atas untuk hilangkan bentan saja. InsyaAllah air zam2 yang bersifat base amat baik untuk penyakit gout yang bersifat asid.
capati panas?
ReplyDeletebaca puisi maksu bertaraf picisan di jamilahyangayu dot blogspot dot com :)
maksu....erisya tak tahu maksu minat tulis puisi! nanti erisya belek satu2 :)
ReplyDeleteWow ! Hebat sungguh pegawai sains alias pegawai forensik ini ye...macam-macam dia tau buat / cuba . Ada cara lain Erisya- suruh pasien berlunjur lurus kemudian tolakkan kedua-dua hujung jari kakinya sekuat mungkin-InsyaAllah relief sekejap (4-5 jam ) lepas tu kena bagi analgesik antipiratik le seperti balk , minyak geliga , minyak cap singa , panadol ,paracetamol, ponstan dll, hehehe
ReplyDeletePK...minyak cap singa? keluaran baru kilang PK ka? tak pernah dengar pun huhuhu. Thanks for the tips!
ReplyDeleteBagus erisya. Petua yang boleh dimanafaatkan ramai yang memerlukan kelegaan segera dan terdesak.
ReplyDeletebetul tuh uncle...petua2 ni elok dikumpulkan, mana tahu kita terdesak nanti
ReplyDeletehahaha...biasanya yang lucu itu memberi seribu makna..kesimpulan yang saya boleh buat daripada entri ini:
ReplyDelete1. erisya isteri penyayang/solehah...untung suami tu...
2. erisya pandai mengurut walaupun ketawakan petua pada mulanya.jadi,semasa mengamalkan petus tu boleh la senyum panjang..manalah tau menambah kemujaraban..hehe..
3. jangan mengurut kalau terkena gout..nasib baik la sy ni malas mengurut...
p/s: teruskan memberi petua yang memang terbukti berkesan..
Ajeem...alah biasalah tuh...bila sakit nak bermanja ngan isteri :)
ReplyDeletekalau tak sakit,lagi la nak bermanja kan..hahaa...bapa saya kalau tak sihat makin mengada2 ngan mak..huhuu...nak berkepit ja kalau boleh 24 jam..sebab tu sy tgk mcm best je berumah tangga ni..hehee
ReplyDeletesuami erisya ada darah tinggi ker?? dulu emak saya pun selalu kena gout ni.. dah pantang makan pun still kena gak.. last2 doktor cakap, ada ubat darah tinggi yang beri side effect dan itulah akibatnya.. gout.. bila dah tukar ubat, barulah hilang.. kalau tak, 2 minggu sekali kena ke klinik.. kesian kat mak.. sekarang ni, makan macam2 pun dah tak kisah dah..
ReplyDeletenurdaniella, suami erisya tiada darah tinggi. tapi semua makanan punca penyakit gout adalah kegemarannya! pantang jumpa huhuhu
ReplyDelete