Tuesday, December 23, 2008

PULANG

Petang ni jam tiga harus mengambil anak pulang. Tiga hari anak di summercamp. Tak tahulah apa reaksinya pulang ke rumah nanti. Maklum, anak menunjukkan rasa tidak sukanya ketika ke sana dulu. Masa mula2 memaklumkan tentang summercamp, anak membantah kerana tidak berbincang dengannya dulu. Tapi erisya maklumkan bahawa kalini (buat pertama kalinya) ; no discussion...kerana erisya menggunakan kuasa veto sebagai ibu. Anak diam tapi erisya tahu hatinya tak rela.

Pertama kali anak menginap di luar (selalunya erisya yang ke outstation). Dalam lirih dia memberitahu semua, ibu yang menghantarnya ke sana. Jujur, erisya juga sedih. Maklum, selama ini anak sentiasa di sisi. Malah ketika di hospital selama dua minggu kerana masalah kandungan, dialah yang setia menemani....hinggakan semua staff hospital mengenalinya. Erisya bangga punya anak setaatnya....meski bosan tinggal di wad namun tak pernah mengadu ingin pulang....menurutnya, dia tak sabar menanti kelahiran adiknya....satu-satunya adik dari rahim yang sama. Sayang, tak sempat ,menjalankan tanggungjawab sebagai abang, adiknya pergi dahulu.

Hmm..tak sabar rasanya menanti kepulangannya....adakah dia juga begitu? Hilang sudahkah marahnya?

11 comments:

  1. Puan saya suka dalam bab penggunaan kuasa Veto tu : sebab kadang anak2 remaja membuat tafsiran berdasarkan apa yg ditahu berdasarkan apa yg disekelilingnya.

    Sebab saya yakin pergi SummerCamp adalah satu peluang yg terbaik untuk dia membangunkan diri : cuma diawalnya anak2 remaja liat nak pergi sebab ' tak ada kawan'....

    Rasanya tak sabar nak tahu : apa perasaan dia selepas penggunaan kuasa veto yg digunakan dan perasaan selepas balik SummerCamp....

    ReplyDelete
  2. tuan Jinggo,

    Lepas erisya tekankan perkataan veto..dia diam..tahu bahawa semua hujah2nya takkan diterimapakai! meski tak melawan tapi erisya tahu dalam hati pasti membantah.

    Harapnya sebelum meninggalkan sekolah rendah kelak, anak erisya tak malu lagi untuk bersosial. Summercamp langkah pertama ke dunia remaja :)

    erisya pun tak sabar nak interview anak tentang apa yang telah dipelajarinya di sana.

    ReplyDelete
  3. kak erisya syg...
    saya pasti, anak pulang nanti, dia tidak marah..saya pasti yang dia akan OK, malah skrg mungkin dia sdg rindu ibunya..
    percayalah, sb saya pernah dihantar sertai Summer Camp di bawah kelolaan Dr. Hassan Ali...oleh ibubapa saya.
    Mula2 saya ingat saya ke sana kerana sb cuti sekolah, tetapi di sana saya banyak belajar erti berdikari, kasih sayang, menghormati org, menyayangi, dan menghargai...
    saya juga belajar bagaimana menjadi anak yang solehah...
    semoga kak erisya bahagia nanti...
    :)

    ReplyDelete
  4. harap2 anak erisya faham.. seorang ibu tau apa yang terbaik untuk anaknya.. moga kemarahannya sudah hilang..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ann dan nurdaniella...moga dia dah faham kenapa adakalanya kita terpaksa gunakan kuasa veto :)

    ReplyDelete
  6. to be continue kan?? nak tahu ending..
    hehe.. dia suka tue kak..
    sabar je nnt kak dengar citernya.
    hehe..

    ReplyDelete
  7. erisya,

    Uncle pasti kalau kena dengan modulnya anak erisya akan berubah. Dia akan menceritakan yang dia suka semasa di sana.

    Yalah macam uncle, uncle tidak kisah kerana anak-anak uncle biasa dengan keadaan kem. baik summercamp atau kem motivasi. Jangan risau, dia tentu gembira dengan pengalamannya.

    Uncle pernah alaminya juga ketika Along masuk ATMA dan Adik ke MRSM dalam minggu yang sama sedangkan mereka berdua memang rapat dengan uncle. Memang terasa kesunyian dan bimbangkan Along. Maklumlah ATMA bukan tempat sebarang orang yang lembik dan manja. Tapi alhamdulillah ok. Adik ok, Along ok dan uncle ok lepas tu.

    Kalau boleh uncle nak tengok anak erisya. Kalau emailkan pun uncle berterima kasih.

    ReplyDelete
  8. semoga suatu ari nnt acu juga dikurniakan anak yg taat spt anak kak erisya...Amin..

    ReplyDelete
  9. haha..anak manja la katakan...hmm..sekali sekala kuasa veto kena guna tuu..

    ReplyDelete
  10. macam tulah Ajeem...oleh kerana pernah kehilangan anak...adakalanya seolah kami tumpukan dua kali ganda kasih sayang pada anak yang tinggal...bagaimanapun, kami berusaha mengawal perasaan agar tidak memanjakannya....lembut tapi tegas!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah