Monday, December 22, 2008

HADIAH




Harini erisya dapat hadiah dari rakan sekerja. Bukan hadiah hari lahir ...dia tak tahupun bulan ni erisya sambut hari lahir. Juga bukan hadiah krismas. Hadiah anniversary pun bukan (oops! tu suami jer yang boleh beri!). Ianya adalah hadiah perpisahan. Hujung tahun ni dia mula cuti belajar selama dua tahun. Sepulangnya ke ofis nanti, mungkin erisya tiada lagi di sini. Hmmm....sedih gakkkk
Terima kasih Min...buku yang amat berguna!
Ok, seperti yang dipinta oleh Lots of Love, (mukasurat pun, masih banyak yang kosong!) Erisya ingin citer kejadian menarik ketika erisya di Jepun dulu.


Kisah 1
Walau ada bas yang bawa erisya berulang-alik dari hotel ke lab; namun kekadang erisya pulang ke hostel naik teksi jer (biasanya RM60 ....lebih kurang 40 min perjalanan). Entah apa malang, suatu hari pemandu teksi yang membawa erisya tak tahu cari alamat hostel (padahal dah beri kad alamat!). Jenuh kami berbincang......macam ayam ngan itik..namun tak jumpa juga jalan. Tetiba, pemandu teksi tu matikan meternya yang sedang bergerak pantas! Dia tak mahu caj perjalanan yang sesat! (kalau kat sini pemandu teksi sengaja cari jalan jauh sebab nak caj lebih huhuhu)

Kisah 2
Erisya tingin nak ke Shikinaen. Sumer kengkawan dah pergi. Akhirnya erisya nekad nak pergi sendirian...alah bukannya jauh sangat. Erisya keluarkan peta dan tunjuk kepada pemandu nama tempat yang ingin erisya pergi. Entah kenapa bila erisya nak masukkan duit, pemandu tu beri isyarat suruh erisya duduk. Ooooo patutlah, bas dah nak bergerak rupanya. Erisya pun duduk di bangku hadapan sekali. Sebaik ajer bas berhenti, erisya bingkas bangun nak masukkan duit. Pemandu tu geleng2 kan kepala...sambil menekan minyak. Sekali lagi , erisya terpaksa duduk semula. Bila berhenti, erisya bergegas lagi ke peti duit. Kalini gelengan kepala pemandu tuh bertambah kuat..siap tutup lubang duit dengan kedua belah tangan! Eh! Rupanya erisya tak perlu bayar tambang! Bila erisya citer kat Oshiro-san dia pun terkejut! Tak pernah berlaku camtu katanya!

Kisah 3

Di sana, erisya beli banyak buah tangan yang berupa pinggan bersalut emas di tepinya. Berbanding di Tokyo, harga di Okinawa lebih murah! Puaslah erisya beli pedang samurai (alahhh replika jer) , purse, pinggan seramik dsbnya. Dalam perjalanan pulang, erisya ternampak ada pertunjukan tarian di tengah padang. Maka erisya pun berhenti menonton. Barang2 yang telah dibeli erisya letakkan di tepi padang...sebelum ke tengah padang untuk mengambil gambar penari2 yang sedang asyik menari. Hmmm....jika di Malaysia apa akan terjadi pada barangan tu sumer? pasti hilang, bukan? Namun, bila habis tarian2 tu sumer...beg2 erisya masih di tempat yang sama tidak terusik!


Kisah 4
Erisya keluar bersama Jahrera-san. Erisya menegurnya kerana tak tutup tingkap kereta ketika parking. Jahrera-san kata, toksah risau! selamat! (Hmmm...kalau kat sinilah...pasti kereta tu selamat di tangan pencuri kereta!)

Kisah 5
Di tepi jalan, tiada lelaki2 melepak mengusik2 gadis yang lalu-lalang. Jalan2 tenang dan aman. Jujur saja ya, erisya rasa lebih selamat berjalan2 menyedut udara malam di sana berbanding di tanah air sendiri! (Errr bukan maksud erisya ada lelaki yang mengusik / menggangu erisya...ish! dah tua2 ni sape yang nak mengusik lagi...maksud erisya tak lah takut nak jalan malam2 sebab jalan begitu aman tanpa kelibat spesies lelaki yang tidak dikenali!)

Kisah 6
Errr ....Cukuplah ya....tak larat nak tulis dah! Nanti-nantilah kita citer lain , ok? :)

16 comments:

  1. Salam

    Alahai beruntunglah dapat hadiah tu

    ReplyDelete
  2. Sesekali kenangan diingat
    menjadikan yang lampau semakin dekat.

    ReplyDelete
  3. Malaysia ni semakin hari semakin tidak selamat rasanya..bukan setakat gangguan pencuri, penyamun dan perompak..risiko tanah runtuh pun semakin menjadi-jadi sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. kalaulah di malaysia macam tu, kan best.. aman damai.. kenapalah masa tun m buat dasar pandang ke timur, kita tak nak ikut semua tu..

    ReplyDelete
  5. Terima ksih pak! erisya memang suka dapat hadiah buku :)

    Betul tuh sdr MM...kenangan indah sewajarnya diingat :)

    Tirana dan Nurdaniella...merkea amat berdisiplin...camnerlah mak/ayah dan guru2 boleh mendidik begitu? mungkin kerana mereka sendiri berdisiplin makan anak2 mudah nak turut.

    ReplyDelete
  6. bagus nye kalau Malaysia selamat mcm tu...

    ReplyDelete
  7. Oppssst.. Terlepas plak sy entri nie..
    sukanya kak..
    jap.. sy bc k.. huhu..
    Thanx kak.. Luv akak..

    ReplyDelete
  8. Kisah 1:
    Wow.. baiknya driver tue.. Apalah malang ngn driver2 kat tpt kita. ble2 jak dorang nak lambungkan tambang especially org2 asing..
    wht a dif mind.. huhu..
    ayam ngn itik? huhu..
    Thanx kak..

    ReplyDelete
  9. Kisah 2:
    Seronoknyer xyah byr tambang..
    bertuah kak..
    bolehlah akak round2 kalau xyah byr kan? huhu..
    kenapa ek dia xnak tambang?

    ReplyDelete
  10. Kisah 3:
    WAh, baik2 nya org2 sna..
    kalau tpt kita.. jgnkan yg diletak jauh skit.. brg2 yg dlm poket pon hilang.. adeish.. baiknyer..
    jelesnya aku. hehe..
    shoppin ek? mmm, nilai matawang kita tukar ngn japan ok tak? cam rendah kan?

    ReplyDelete
  11. Kisah 4:
    uish.. herannyer aku nie..
    kes rompak/curi kurang/xder ar kat Japan.
    aku plak yg risau..
    adeishh.. agak teruk gak kat M'sia nie kan?
    cian org2 Japan pie M'sia nie.
    xpasal2 kehilangan brg2..
    huh.

    ReplyDelete
  12. Kisah 5:
    Bestnyer.. Selamat aku..
    mana sume org ek?
    wht a dif kat tpt kita. even lewat cmana pun, masih ramai yang lepak2.. + kacau2.. haihhh..
    Best!!

    ReplyDelete
  13. LOL, masa akak pergi ratenya RM1000 adalah RM32. sana barang mahal...kalau lunch , paling murah 500 yen (shiling terbesar) iaitu RM15 duit kita masa tuh. tapi akak selalu amik teh (o cha) sebab teh jepun percuma! kalau nak shopping baik pi bangkok atau bandung huhuhu kat sana untuk makan angin jer....hmm..akak tinginlah nak ke Korea lak....harap adalah yang nak sponsor ke sana :)

    ReplyDelete
  14. hehe..lama tidak bertandang di blog erisya nii...hmm..kisah dua lucu la erisya...apa yang saya boleh simpulkan,saya heran dan kecea kerana malaysia walaupun begitu tegas dengan agama yang dianut tetapi lemah dalam pelaksanaan..kesian kita semua.

    ReplyDelete
  15. betul tu ajeem...on the paper jer tapi perlaksanaannya? hampeh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah