Wednesday, December 3, 2008

HILANG

Puas erisya mengorek2 kotak2 berisi buku. Tak jumpa! Puas erisya selongkar setor. Tak jumpa juga! Hmm..tak tahu nak cari kat mana lagi. Dulu semasa di PP, erisya juga pernah hilang barang. Tidak berharga namun amat penting buat erisya. Kemudian staf citer perihal kehebatan seorang bomoh menemukan cincin perkahwinannya yang hilang! Jujur, erisya tak percaya bomoh. Pernah semasa bujangan dulu erisya sakit batuk tanpa henti (berulang kali ke hospital tetap tak sembuh...disahkan negatif dari TB), beberapa rakan rekomen bomoh namun kesemua bomoh tu reject memberi rawatan kepada erisya. Tak tahu naper.

Kalini, hati meronta2 nak jumpa bomoh. erisya mencongak2....boleh ke jumpa bomoh? Hmm..cuba ajerlah! Darurat! Sebelum tuh erisya kena pujuk suami dulu! Akhirnya pujuk punya pujuk, suamipun cair (nasib baik daya pujuk A ++ !). Kamipun bergegas ke BL bertemu bomoh tuh. Sampai jer di rumah bomoh tuh, kami diberi business card! Wahhhh canggih! betul2 cari makan! Mata erisya meliar memandang persekitaran rumah. Hmm....nampak bekas lilin yang dinyalakan. Istighfar dalam hati. Kata orang jika berubat guna lilin, ada hantu raya....astaghfirullah! Tengah berkira-kira nak larikan diri, tetiba bomoh tu menyapa kami. Setelah kenalpasti hajat kami dia berserapah......tanpa gunakan lilin. Lega! Kemudian dia kata benda yang erisya hilang tuh selamat. Jangan bimbang.

Selesai jer kes barang hilang, tetiba dia menegur suami. Menurutnya suami kena santau! Erisya dan suami berbalas pandang. Ish! Biar betul! Erisya yang batuk tak berhenti bukan suami! Erisya yang ringan mulut bertanya, " macamana tau?" Menurut bomoh tuh, mata suami bercelak....tanda kena santau! Erisya hampir tergelak. Suami mula mengerling tajam ke arah erisya. Alahai! Sejak lahir mata suami bercelak! Takkan disantau sejak dalam kandungan lagi kot? Bomoh tu mulalah 'merawat' suami. Tapi sekejap jer sebab kami beri alasan ada hal nak pulang lekas ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, suami berleter. Marah sebab erisya beriya2 nak ke bomoh. Degil. Tak dengar nasihat suami. Mudah dengar cakap kawan dan bla bla bla. Tapi erisya tergelak bila di hujung kata suami mengomel , " padan muka abang! Dengar sangat cakap bini!"

Itulah kali pertama dan terakhir kami suami isteri jumpa bomoh! Barang yang hilang tuh? Sampai sudah tak jumpa tapi bila bertanya kepada tuan punya barang, menurutnya erisya telahpun kembalikan kepadanya...bila? erisya tak ingat! Dia pun tak ingat !




p/s: sesiapa tahu doa cari barang hilang?

9 comments:

  1. Salam Puan - ini satu pengalaman : sebab saya pernah juga diajak ke Ipoh untuk jumpa bomoh untuk beberapa hal. Tapi entah macamana -saya tidak didedah dalam aktiviti macam tu sebelum ini.

    Tapi saya berbaik sangka aja dengan semua ' bomoh2 '- sebab hari ni kita berhadapan dengan macam2 jenis bomoh ( macam penceramah motivasi juga )- di hujungnya ada 2.Fulus dan Niat. Mana yang mahu didahulukan.....

    ReplyDelete
  2. salam anakanda erisya.

    Memang pendirian suami dan erisya itu betul. Sembahyang hajat adalah lebih baik. Bomoh banyak macam bomoh, bomoh gomol pun ada!

    Satu masa dalam tahun 1986 kita itu uncle baru pindah ke rumah sendiri. Satu malam rumah uncle dimasuki pencuri. Banyak juga barang yang hilang termasuk barang kemas dan duit.

    Masa tu ramailah kawan yang pujuk uncle jumpa bomoh tapi uncle kata tidak payah jumpa bomoh, Bomoh yang paling Agungkan ada. Abang uncle pun suruh uncle sembahyang hajat juga uncle tidak buat.

    Kata-kata himah uncle mematikan pujukan mereka. "Barang yang ada padaku bukan hak ku. Barang itu hak Allah dan Allah berhak untuk memberikan kepada sesiapa saja yang Allah suka" saya sambung lagi "Allah menggerakkan hati pencuri itu untuk masuk ke rumahku dan sekiranya Allah hendak bagi kepada orang itu, maka orang itulah yang punya"

    Tapi selepas kali pertama tu, banyak kali lagi rumah uncle diceroboh sampai uncle pun tak ingat berapa kali.

    Tapi yang pastinya rezeki uncle tetap bertambah!

    ReplyDelete
  3. Hello Erisya, subject ini saya not familiar.
    Wa, ada lagi bomohs? I thought bomohs now jurrasic, what with modern medicine etc.

    Amacham boleh hilang barang tu? Maybe you duduk, tulis where you went, what you did on that day or week, it might help to bring back your memory?
    Try gostan balek or backtrack your past movements...it might bunyi the locheng,
    Anyway, hope things turn out okay for you Erisya.
    Always enjoy your songs here.
    You have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  4. hehe.. satu pengajaran buat erisya.. tertarik dengan kata2 uncle mountdweller.. apa yang ada pada kita adalah hak Allah.. samada berbentuk barangan dan juga orang2 yang kita sayang.. bila2 masa aje Allah berhak untuk mengambilnya semula.. kan..

    ReplyDelete
  5. salaams Jinggo,
    Iya berbaik sangka ngan bomoh tapi erisya siasat dulu cara rawatannya...takut tersasar dari landasan islam....yang ngaku ustaz pun tak leh nak caya sangat :)

    uncle, erisya setuju tuh. semua tuh dikira sedekah sebab tuh rezeki uncle ebrtambah..sabar ngan musibah kehilangan harta. jika hilang barang erisya tak kisah...tapi erisya pening sebab hilang sesuatu yang tidak boleh diganti...sesuatu yang amat penting meski tidak berharga.InsyaAllah buat solat hajat lagi :)

    Thanx for the tips Lee! akan cari lagi.Thanx for dropping by

    Nurdaniella,
    betul, jika hilang harta benda, boleh beli balik jika Allah tambah rezeki lagi...erisya selalu hilang barang kemas esp cincin..maklum bila wudhuk tanggalkan dari jari, pastu lupa! pernah hilang cincin hadiah suami sebelum bertunang dulu di tempat kerja...erisya tak kisah sangat tapi semua staff bersungguh2 tolong cari! mereka kata sentimental value huhuhuhu tapi tak de rezeki, sampai sudah tak jumpa.Mereka yang lebih keciwa dari erisya! Bila beritahu suami, dia relax jer...dan berkata "dah tak de rezeki..nanti abang beli baru!".Bgmanapun, erisya hargai bantuan mereka semua...baru erisya tahu mereka sayang erisya :)

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Pertama saya ucapkan selamat hari Raya 'Idul Adha, mudah-mudahan aman rumah tangga

    Ok ini saua sertakan do'a barang hilang, sebenarnya ayat ini ayat Al Quran, ia sangat mujarab jika kita amalkan

    Puan buka surah Luqman ayat 16, amalkan ayat ini sampai jadi darah daging insya Allah jika barang itu di curi orang beribu batupun ia boleh datang balik

    Ok jadikan amalanherpa

    ReplyDelete
  7. saya pun pernah kena...ada idea nak bercerita ni, next week ler kot. pasal bomoh dan kemahiran tengok airmuka orang...kalu kata saya kena santau, kena ilmu, itu ini begitu begini..macam2 ler.

    doa brg hlang? ada kot, tapi tak sempat nak cari, maaf, cuba gugle, kot kot ada

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Pak karamu. Tips yang sangat baik. eirsya dah tengok terjemahan ayat tuh :)

    ReplyDelete
  9. maksu, TK. memang ada mcm2 bomoh kat mesia ni huhuhu tapi biasanya mereka yang reject nak jumpa erisya huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah