Wednesday, December 31, 2008

PEMERGIAN

Biasanya tahun baru erisya sambut dengan linangan air mata. Ramai insan yang erisya sayangi pergi ke alam baqa di waktu tahun baru menjelang. Yang terakhir adalah Aqil. Esok , jam 8.45 pagi...sekali lagi erisya terpaksa menerima sebuah lagi pemergian. Sahabat erisya akan berpergian ke U.S. untuk melanjutkan pelajaran nya.

Kami dah lama bersahabat. Sejak masih bujang lagi. Kami sama-sama baru kerja ngan gomen. Dia anak jati Sabah. Walau usianya lebih muda..Erisya amat selesa berkawan dengannya. Tak seperti rakan sekerja yang lain, dia amat setiakawan. Berani berkata benar. Sanggup bertemu pihak atasan untuk membela kakitangan. Tak lokek beri bantuan. Namun adakalanya erisya takut gak ngan anginnya .... Tapi erisya tahu jika telah menyinggung perasaannya...meskipun tak pernah marah erisya. Dia memang tak pandai berlakon. Emosi jelas tertera di wajah. Membaca perasaannya begitu mudah. Masa bujang dulu, dia rajin mengadu kat erisya jika ada masalah. Tak kiralah masalah kerja atau aweks. Alahai! dia tuh bukan saja ramai peminat.....tapi juga rambang mata! Rasa nak ngadu jer kat mak we nya di KL! (kini mak we tu dah bergelar isteri...sahabat erisya tuh setia pada yang satu)

Pernah sekali tuh, dia cedera tangan kerana membantu erisya di lab. Hampir erisya pengsan tengok darahnya! Merah pekat! (sampai kini, jarinya tak boleh dibengkokkan). Diburu rasa bersalah, erisya usahakan cari ikan haruan (sampai import dari Kedah!)....agar dia cepat sembuh....maklum, operation! Pertama kali erisya masak ikan haruan....hakikatnya erisya paling geli lihat kepala haruan yang persis seperti ular! Namun demi sahabat, erisya cekalkan hati. Kuatkan tekad.

Tapi masalahnya, teman2 serumah juga geli ! Camner nak potong ni? Dahlah tuh....liat lak nyawanya! Ketukpun tak mati! (Urgghhh barulah erisya tahu, betapa diri ini zalim rupanya!). Akhirnya nak tak nak, teman serumah terpaksa telefon rakan sekerjanya untuk membantu.....alhamdulillah berjaya juga erisya masak haruan buat sahabat tersayang. [Ehem!....kenalan yang bantu potong ikan haruan tuh telah menjadi suami erisya kini....siapa sangka kan? dah jodoh :) ]

Sebab tu lah, suami tak pernah cemburukan persahabatan kami berdua. Ketika di NICU, dia dan isteri kerap datang memberi semangat kepada erisya dan suami. Malah ketika mengambil jenazah Aqil di rumah mayat, dialah yang menemani kami suami-isteri....Iya, satu-satunya sahabat lelaki erisya di tempat kerja.

Tadi siang, ketika lihat wajahnya yang ceria....hati erisya tak putus berdoa..."ar-Rahman...lindungilah sahabatku ini.....permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratnya ....janganlah dia berubah di sana.......".

13 comments:

  1. tahun baru.jadinya masing2 berhijrah..em,jarak tak menghalang kan kak erisya?hem,seronok ceriter akak.tak sangka pulak dia lelaki.
    tapi ikan haruan best apa..dapat ikan haruan goreng..huh.sedap sungguh..hehehe
    insya-allah,allah akan lindungi..doa' seorang sahabat setia pasti didengar allah untuk ukhwah fillah..

    ReplyDelete
  2. the best entry i have ever read....hehe..unik betul kisah hidup erisya ni...sweet memory di lab...sweet memory sy di lab masa di labuan ialah mencampurkan banyak larutan kimia smpai menghasilkan suatu sebatian baru...penuh asap makmal tu..hahaa...

    orang kelate bilang diorang suka tengok sabahan...there are many variations..sampai minta tolong cari lagi...hehe..apa punya urang..carilah sendiri...

    p/s: sapa tau jodoh anak erisya orang sabah..hehe..boleh bertandang selalu ke sabah...

    ReplyDelete
  3. saya pun rindu sahabat saya. dia pun agak kepala angin dan tak pandai berlakon, tapi saya tak kesah. asalkan dia tak talam dua muka. apa pun, sekarang zaman It, boleh YM dengan dia. :]

    ReplyDelete
  4. fahana_ann, iya kak erisya ni tak pilih kawan lelaki atau pompuan...jika ikhlas...dialah sahabat!memang kak erisya goreng ikan haruan tuh...sedapppp tapi err kepalanya kak erisya buang!

    Ajeem, nasib baik tak meletup hahaha sebetulnya, anak sedara pompuan pun kawin ngan sabahan, dua orang sepupu lelaki kawin gadis sabahan gak...jika jodoh anak ngan sabahan...tak de masalah bagi erisya :)erisya pun suka ngan gadis sabah.lembut dan cantik2 ;)

    Dulu, kami satu lab di PP. Then dia tukar ke KL. Bila erisya kuar dari PP, tak sangka dapat satu lab ngan dia lagi di KL; sebab tuh kami rapat bukan sekadar rakan sekerja tapi dah jadi sahabat. Yang kelakarnya pernah erisya makan ngan dia kat kedai makan di ofis...sebab ada kerja erisya balik awal ke lab...tetiba dia call..."eh! ko dah bayar blom?" Rupanya erisya lupa bayar! patutlah mamak tu claim kat dia! erisya minta maaf dan janji nak bayar balik..tapi biasalah....sebagai lelaki macho pasti tak mau duit dari pompuan kan hahaha


    betul tuh farhana....kak ersiya paling benci orang talam dua muka! alahh nanti sure dia call dari sana..pasti ada apa2 dia suruh akak tengok2kan di ofis hahaha

    ReplyDelete
  5. Erisya,

    ramai plak jodoh ngan sabahan yer..sarawakian takde ke?hehee...erisya tengok komen dalam blog saya tu..ahlang tu asyikkan nak jodohkan saya ngan erisya..merapu betul.hahaa...

    ReplyDelete
  6. ajeem,

    mak sedara erisya orang kuching..anak jati sarawak..malah anak2nya pun ramai kahwin orang sana :)

    laaa apahal lak ahlang tuh huhuhu merapu betul

    ReplyDelete
  7. hehe.. maknanya erisya bertemu jodoh ngan suami pasal ikan haruan la yer.. sukar sebenarnya nak menjalin persahabatan dengan seorang lelaki.. sukar kerana akan timbul suara2 yang tak enak di dengar bila kita rapat ngan lelaki.. akak dulu pun lebih gemar berkawan ngan lelaki.. mereka lebih sempoi, tak banyak kerenah.. kan..

    ReplyDelete
  8. kak nurdaniella, memang banyak fitnah...tapi bukan semua kawan lelaki rasional....kalau dapat yang jenis perasan...hampeh! pastu pukul canang kita yang suka kat dia urrgggh!

    ReplyDelete
  9. Erk..
    Ikan Haruan Pertemukan kita..
    Huhu..

    ReplyDelete
  10. LoL ....penangan ikan haruan huhuhu

    ReplyDelete
  11. Asyik2 aku jer 'pengomen' terakhir..
    huhu..

    ReplyDelete
  12. "..erisya pun suka ngan gadis sabah.lembut dan cantik2 ;).."

    p/s:
    xleh ar LOL perasan coz lembut & chanteQ xder plak dlm diri ini..
    huhu..

    27/03/2009

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah