Monday, February 9, 2009

APA NAK JADI?

Di mana2 saja orang bercerita isu MB Perak...sebagai anak perak, erisya juga ditanya persoalan yang sama (rasa malu teramat2!)....papepun, syukur bukan erisya yang mengundi mereka kerana sejak merantau erisya tak pernah mengundi di Perak....maka rasanya tak perlulah erisya memberi banyak komen kerana tak tahu hujung pangkal cerita....cuma tertanya2 jika MB kami bertukar ganti...dapat balikkah tanah melayu yang dah bertukar tangan tuh?

Jujur, erisya lebih berminat dengan usaha2 kerajaan negeri PP untuk menangani masalah pengangguran di PP ...maklum, banyak kilang telah berpindah ke negara lain. Ramailah warga PP yang menganggur kelak (tak tahulah samada semua akan menerima VSS atau tidak). Salah satu usaha adalah dengan memberi arahan kepada agensi2 berkanun agar menerima 500 orang pekerja baru secara kontrak; di mana 50% daripada gaji mereka dibayar oleh kerajaan negeri PP....suatu usaha yang menarik. Tapi tak tahulah negeri teman tercinta tuh, tidak terlibat ngan kegawatan ekonomi kot....masing2 sibuk berebut kerusi panas MB jer.

Sebelum pilihanraya dulu, macam2 janji tapi lepas dapat kerusi kalut tentang jenama kereta rasmi, main lompat2, pindahmilik tanah dsbnya....ish ! pernah terfikirkah masalah rakyat yang mengundi dema semua?

penat...memang penat!...tapi nak komen bebanyakpun, erisya pun kurang cerdik pasal politik ni cuma sekadar lihat lagak YB-YB yang dah menang pilihanraya dan apa yang mereka sibukkan selama memegang kuasa....

errr.....jangan lupa tangan yang mengundi boleh menggoncang dunia YB ! Tu pun kalau ada pilihanraya....gawat-gawat ni, ada duit ka nak buat pilihanraya tuh? Tapi tak adil kan jika rakyat tidak diberi pilihan?

p/s: tak suka ngan budaya lompat2 ni...sistem pilihanraya kita tak sama ngan US atau Indonesia....kita pangkah parti bukan individu...wajarkah mereka memegang jawatan jika tidak lagi mewakili parti asal mereka? Boleh kah parti pemerintah ditukar2 tanpa mandat dari rakyat? Hmm...musykil!




18 comments:

  1. Puan

    sebagai anak perak - yg masih mengundi di perak ( walaupun berkempen di selangor ) resah dengan apa yg berlaku....

    saya orang yg tidak meletakkan diri pada label mana2 : cuma menjadikan diri seorang yg amat sensitf dengan segala pergolakan politik - hasil dari pergaulan dan pembacaan dalam bidang ini.

    kesimpulan - sejarah akan berulang !

    ReplyDelete
  2. salam erisya... tak pernahkah terlintas di fikiran mereka, betapa mereka sebenarnya hanya menggadaikan maruah melayu??

    ReplyDelete
  3. Apa yang uncle boleh katakan politik yang diamalkan di Malaysia sekarang dari pengalaman uncle adalah kotor. Tidak kiralah parti apa sekali pun. Kalau di katakan UMNO kotor, tetapi PAS dan DAP tetap menyertai pilihanraya. Ini bermakna mereka juga bersekongkol menyokong kekotoran itu.

    Dengan kata mudah ialah "Kalau tidak berani mengkhianat dan takut dikhianati" jangan menceburkan diri di dalam kancah politik.

    Apa pendapat erisya?

    ReplyDelete
  4. huh~ betul 2 erisya.. ayu pun anak jati perak.. agak memalukan dgn isu perebutan kuasa neh.. pentg sgtkah kuasa neh? ape guna kuasa kalo kepimpinan x dilakukan dgn sewajarnya...
    * hanya berharap negeri perak dapat diperintah mengikut undang2 islam dan rakyat tidak kehilangan hak...

    ReplyDelete
  5. Tuan J....erisya juga berkecuali tapi melihat kemelut di negeri asal amat meresahkan...maklum seara-mara masih di sana tak banyak sikit turut terlibat dalam kancah tersebut

    k.Nurdaniella...rata2 mereka hanya pentingkan perut sendiri

    uncle...manusia yang mengotorkan politik tu, kan? yang kesalnya orang yang mengaku ikut sunnah turut sama dalam kekotoran itu...sedangkan byk sirah politik rasulullah saw boleh dijadikan contoh...masa perjanjian hudaibiyah...umat Islam tidak pelu menggadaikan agama...semua orang hormati rasululllah saw yang amanah. sekarang ni memang sukar nak cari ciri amanah dalam diri pemimpin...tak gitu uncle?mungkin sebab tuh erisya tak terlibat dalam politik walau ditawarkan jawatan....takut dikhianati dan tak rela mengkhianati....sekadar ahli biasa untuk berganding bahu melaksanakan projek yang bermanafaat kepada masyarakat setempat...kalau takat jalan2 buat rombongan ke sana-sini...

    ReplyDelete
  6. Ayu..tu lah...selama ini erisya bangga kerana sultan kita sayang muftinya...bangga kerana sultan kita berpendidikan tinggi...namun jika terpaksa tunduk pada tekanan politik..apalah gunanya kita perabih duit bayar elaun kepada kerabat2 diraja tuh? banyak tau duit kita habis bayar kat kerabat tuh...banyanglah kita ada berapa negeri yang ada sultan?! tingat kepada seorang kawan tuh....sehari dapat elaun RM200 sehari! bukan anak sultan..cuma anak raja muda....dan itupun bertahun2 yang lalu...sekarang mungkin lebih tinggi lagi! bayangkan perak ada sultan, raja muda, raja dihilir...sebab tu erisya frust sangat2 jika payung negeri tak boleh lindungi kita dari panas politik...

    ReplyDelete
  7. ayu....sori terpanjang lak balas komen...gawat2 ni...mmg sensitif kalau cakap bab duit rakyat huhuhuhu..

    ReplyDelete
  8. huhu..macam mane plak dengan generasi muda yang melihat senario politik hari ni?yg bakal memimpin?mngkin mereka akan belajar dari pemimpin sekarang..apa nasib negara tercintaku nanti?huhuhu

    ReplyDelete
  9. aish..
    camne nak aman nie,asyik betukar tangan je..
    aja pun xpandai gak politik. tpi xsukee la tengok org2 giler kuasa nie!

    ReplyDelete
  10. fahana dan ajaa...memang mengerikan bila generasi muda mencontohi golongan pemimpin sebegini...sekarang pun kita nampak trend orang berlumba2 nak jadikan anak sebagai artis atau politikus...

    ReplyDelete
  11. Salam

    Erisya jawab dengan mudah, katakan itu sudah kehendak Tuhan, kalau nak lebih tahu tanyalah Tuhan

    ReplyDelete
  12. Hi Erisya Nor, sounds very messy what's going on in Perak.
    I have lost touch with Malaysian politics....so don't know anything now.
    Here as our Giant neighbour is South of us, I more interested, especially with Incik Obama the big guy now, ha ha.
    Heard he can speak Indon bahasa.
    I will be busy next few days ahemmm getting ready for Feb 14th. Already got something special for you, *wink*. Lee.

    ReplyDelete
  13. pak karamu...hmmmm...hanya Allah yang Maha Mengetahui ;)

    Lee....yes..his motehr married to indonesian ....wahhhh really? cant wait to see...or shall I say read the surprise wink wink

    ReplyDelete
  14. Erisya,

    Dalam pemikiran saya kini, ada beberapa perbezaan antara org politik ngan kita.,

    antaranya;

    KITA bimbangkan keadaan ekonomi kita, sementara mereka bimbangkan kedudukan mereka..

    KITA bimbangkan kesejahteraan dan masa depan anak-anak bangsa, sementara mereka lebih bimbangkan masa depan kroni2 mereka dan periuk nasik mereka.

    KITA bimbangkan kehilangan kuasa bangsa kita sedangkan mereka lebih bimbangkan sekiranya tidak dapat menunjukkan yg mereka berkuasa.

    Dan akhirnya..................kita yang menjadi mangsa. Di bebani TAX yg entah bila akan berkesudahan. Dihadapkan dengan berita-berita yg mengejutkan kt TV saban hari. Di hidangkan dengan bacaan2 yg umpama berita2 dari luar negara( berita rusuhan sana-sini).

    Entahlah..

    Semoga Malaysia diberkati.

    ReplyDelete
  15. arryani...tu lah kan....takat amik sikit2 tu tak kisahlah sangat....ni sampai boleh mewah tujuh keturunan!

    ReplyDelete
  16. maka benarlah..

    WANG begitu berkuasa..

    **LOL mengharapkan MB yang baru boleh menyelami hati rakyat..

    **Risau dengan keadaan di Perak..

    Karpal vs Anuar vs Sultan vs...

    DAULAT TUANKU!

    ReplyDelete
  17. LOL...itulah nilai wang di akhir zaman ni....malah boleh membeli kasih-sayang sedara -mara ;)

    ReplyDelete
  18. Nak KASIH SAYANG 1!
    BUNGKUS!

    ngeee...

    Aku mengasihimu dengan HAIKU..
    ngeee...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah