Friday, November 26, 2010

LEGA!

Alhamdulillah, detik yang paling digeruni telah berlalu. Erisya telah lulus namun tertakluk dengan pembetulan tesis yang harus diserahkan dalam masa 3 bulan. Berkat doa semua yang tersayang, semua berjalan lancar. Malah rakan sekerja juga sempat SMS mendoakan kejayaan. Ketika di luar kamar ujian lisan, seorang pelajar Iran turut mengucapkan perkataan yang sama. Malah sempat berpesan agar membaca ayat2 Quran sebelum masuk ke dalam.

Semua ahli panel adalah peramah dan santai...membuat Erisya kurang gementar. Suasana ini membuatkan Erisya selesa  seolah Erisya sedang membuat pembentangan di depan lembaga pengarah. Tak terasa langsung diri ini sedang dinilai. Setiap soalan yang diutarakan Erisya jawab dari hati...menjawab mengikut pengetahuan yang ada. Tidak berbelit2...segala teguran Erisya terima dengan hati terbuka. Maklum, teguran dari yang pakar dalam bidang ini.

Erisya benar2 hepi ketika mereka semua mengucapkan tahniah...terasa kesusahan yang dilalui selama ini amat berbaloi-baloi! Tetiba sahaja seorang teman menelefon, menurutnya ada yang sanggup sponsor sekiranya berminat untuk sambung belajar lagi....mak oiii....larat kah lagi kepala ini nak belajar ke peringkat yang lebih tinggi? Nak habiskan yang ini pun rasa nak putus nyawa!

Namun perasaan habiskan pengajian memang indah...seolah nak alaminya sekali lagi. Perasaan yang sama dirasai ketika berjaya mendaki Gunung Jerai dulu....walau penat dan letih namun kepuasan jiwa ketika di puncak memang tiada tandingannya...takkan serik walau tahu kepayahan menanti dalam perjalanan!

Ya hidup lebih bermakna bila kita ada sasaran. Ada sesuatu yang ingin kita kejar. Ada sesuatu yang kita dambakan. Dan yang penting...ada seseorang yang sentiasa di sisi kita dalam mencapai impian tersebut. Yang sanggup berkorban wang dan masa demi melihat kita bahagia mencapai impian kita. Yang tidak pernah menghalang walau setinggi mana kita terbang...kerana dia menghormati diri kita sebagai wanita yang punya cita-cita, punya impian yang ingin dilaksana.

Syukur, Erisya mempunyai seseorang untuk berkongsi kebahagiaan yang sebegini!

5 comments:

  1. wah..tahniah..tahniah...
    wish u all d best ye kak

    ReplyDelete
  2. erisya tahniah... erisya amik apa ya. master?

    kalo dah ade yg nak sponsor.. apa salahnya sambung.. kakyong pun nak... ;)

    ReplyDelete
  3. ya amik MSc. tu lah..tgh dok pikior ni...big boss pun beri galakan dan mendokong kuat jika nak sbg belajar lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah