Wednesday, December 1, 2010

RASA YANG ANEH

"Tension btl msk keje ni...rs nak bhenti keja je"


Tetiba saja mesej ni masuk dalam inbox. Namun Erisya tidak membalasnya kerana yakin ia hanyalah SMS sesat yang sebetulnya ditujukan kepada orang lain. Ini bukan kali pertama menerima SMS sebegini dari orang yang sama. Sebetulnya banyak yang ingin Erisya tanya. Namun menyedari bahawa kami tidak serapat ini untuk berkongsi rasa...Erisya pendamkan sahaja.
 
Dulu Erisya juga pernah rasa begini. Kali terakhir adalah minggu lepas! Mula-mulanya kerja sini, Erisya rasa ok ...namun lama-kelamaan rasa tak selesa. Asyik terlupa itu ini. Sehingga Erisya rasa kepala ini tak boleh nak berfikir...mudah rasa marah kalau terpaksa memikirkan sesuatu! Setiap malam ahad rasa tension kerana terpaksa bekerja pada hari isnin! Betul2 stress bila teringatkan 'orang tuh'.Selalu terjaga tengah malam dan rasa stress bila terbayangkan 'orang tuh'. Yang peliknya bila solat malam dan sebut 'nama orang tuh' ketika berdoa tetiba saja bulu roma meremang. Dan bertambah aneh, bila bersua dengannya hilang rasa marah dsbnya tapi rasa kesian yang teramat2. Bila bertanya pada rakan2 lain, mereka juga rasa perkara yang sama. Marah macammanapun bila disentuh tangan, terus cair lutut....hilang rasa marah kami yang terpendam selama ini.
 
Dua minggu lepas Ersiya rasa pelik. Sukar nak habiskan bacaan ayat Qursi sebelum tidur. Di pertengahan ayat, rasa seolah diri melayang ke alam lain. Ish! jenuh juga nak habiskan ayat sependek itu! Suatu malam Erisya mimpikan 'orang tuh' lagi...tapi kali ini mimpi yang amat pelik. Esok paginya Erisya rasa tak keruan...dan tak boleh fokus pada kerja. Menurut rakan2 sekerja, seolah Erisya berada di dunia sendiri...hanya tubuh sahaja berada di sini. Sebenarnya masa tuh Erisya sakit kepala dan belakang tengkuk. Tengahari tuh juga rakan2 sekerja sepakat nak belanja makan. Menurut mereka, nak ceriakan Erisya agar normal kembali. Pendek cerita, selepas makan, akhirnya Erisya terpaksa mengalah...  ke klinik berdekatan kerana tak tertahan sakit.
 
Selama dua hari Erisya sakit kepala ...makan ubat tahan sakit juga tak sembuh. Yang anehnya, bila bangun pagi pada hari kedua ada kesan cakar di lengan. Cakaran halus seolah dicakar oleh anak kucing; tapi tak sakit atau berdarah. Malah mandipun tak terasa pedih. Malam tuh, Erisya mimpi pelik lagi dan terjaga di tengah malam. Alang-kepalang dah terbangun, Erisya terus solat malam. Semasa mengangkat takbir untuk solat witir...tetiba Erisya jadi blank. Tak tahu nak baca niat solat apa? Termangu2 sendirian. Bila teringat semula nak baca niat witir...sekali lagi Erisya blank...berapa rokaat ya? adussss...akhirnya Erisya berjaya juga melaksanakannya dalam keadaan blur.
 
Esok pagi, ketika bangun, seperti biasa Erisya baca ayat Qursi. Lepas ayat pertama, Erisya blank...tak tahu nak sambung ayat seterusnya! kelam-kabut gak masa tuh...selepas taawudz barulah Erisya boleh ingat semula! Fuh! tak pernah jadi camni.
 
Alhamdulillah, lepas berubat, kini takde lagi rasa nak berhenti kerja dsbnya. Semangat tambah kuat. Tapi sekali-sekala, berlaku juga bab lupa ni. Semalam lepas makan nasi di kantin, tetiba ajer Erisya angkat pinggan nak bawa ke dapur! " Tak per kak...nanti kami angkat pinggan tuh!" kata adik2 waitress di situ sambil ketawa!
 

5 comments:

  1. waduh, gitu sekali.. ade yg cemburu dgn erisya ya....

    Alhamdulillah Erisya sudah kembali spt biasa...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....nak kata pulih 100% belum lagi maklum belum sampai seminggu berubat...ntahlah naper ek org sanggup buat camtuh padahal Erisya tiada apa yang perlu didengkikan...

    ReplyDelete
  3. Dear kak sayang,
    sampai mcm tu sekali kak?
    wah...
    apalah niat inidvidu tu kan?

    thank God kak dah pulih.
    semoga dijauhkan daripada dikenakan lagi oleh insan tersebut..

    apakah niat tersembunyi dia..?

    ReplyDelete
  4. erk..ada yg dengki kan akak ke??

    ReplyDelete
  5. adik sayang dan acu sayang...ntah lah...nak kata dengi tak de apa yang boleh didengkikan ....rasa sebab tak suka maklum aura kami berbeza.Tak semua org suka ngan Erisya. Tapi tak pe..bila dihitung peratusan yang suka lebih tinggi...so just abaikan golongan minoriti yang membenci :)..Biarlah Allah aje yang memebalsnya...rakan sekerja beri petua kalau ada org yang sakiti hati kita, baca al fatihah 10X dan sedekah ajer pada mereka!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah