Wednesday, December 29, 2010

PEMINAT KUCING


Petang tadi Erisya terkejut. Ada kucing baru dalam kereta. Rupanya suami telah membawa pulang kucing yang tidak bertuan. Menurut suami, pertama kali terpandang kucingnya tetiba hatinya terdetik bahawa kucing itu miliknya. Aneh! Bagaikan cinta pandang pertama ! Hmmm...pertama kali bertemu Erisya pun tak rasa camtuh! Jeles? Eh taklah...takkkkkanlah nak jeles ngan kucing kehkehkeh




Sebetulnya  Erisya dah  rimas....banyak kucing kat rumah ...dah ada 4 ekor...salah satu sedang bunting! Namun oleh kerana anak dan ayahnya peminat kucing terpaksalah beralah..tambahan pula mereka telah memenuhi syarat yang diberikan iaitu mandikan kucing selalu dan beri toilet training.


Sebelum ini, walau tidak bertuan, kucing baru kami iaitu O-Yen diberi makan oleh kenalan suami. Dengan keizinannya, kini O-yen jadi milik kami. Dia sempat bercerita, semasa hayat,  aruah ibunya juga seorang peminat kucing.Suka kutip kucing di tepi jalan dan memberi mereka makan. Di hari pengkebumian aruah ibunya, tetiba ada lebih 50 ekor kucing datang. Tak tahu dari mana.Semua mengiau sayu. Kejadian aneh itu membuatkan  Pak Imam bertanya, aruah suka kucing ka? Ayahnya menjawab ya. Malah bangkai kucing aruah kutip dan tanam jika terjumpa. Menurut Pak Imam, kucing2 di kuburan tersebut adalah kucing2 yang pernah aruah beri makan. Mereka turut sedih di atas pemergian aruah dan ingin ucapkan selamat jalan.


Hmmm...begitu sekali Allah tunjuk tentang orang yang rajin bersedekah hatta kepada kucing sekalipun. Amat menyayangi haiwan kesayangan rasulullah saw. Tak kira comel atau tidak...hidup atau mati...aruah melayannya dengan baik. Sesungguhnya ikhlas tidak boleh dibuktikan dengan kata2...hanya Allah yang boleh menilai keikhlasan seseorang...dan Allah tunjukkan kepada kita sebagai contoh teladan.

p/s: Ternyata, haiwan juga pandai berterima kasih dan kenal dengan orang yang berbudi padanya!

3 comments:

  1. saya tak berapa 'ramah' sangat dengan kucing tapi saya suka tengok orang yg sayang kucing tu main2 dengan kucingnya..comel sgt..hehe

    ReplyDelete
  2. Allah Hu Akbar, TQ for sharing citer arwah ibu kawan. Memang pertama kali auntie dengar 50 kucing berada di hari perkebumian.
    Alhamdulillah, moga arwah terpelihara di sana. Amin

    ReplyDelete
  3. Mr.EE acu pun sangat suka dengan kucing.kat rumah dia banyak kucing..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah