Monday, December 6, 2010

DESTINY DAN KISAH CINTA

Baru abis menonton citer Millenge (kupasti bertemu). Kisah cinta yang romantik. Lakonan Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor. Kisah tentang takdir. Tentang keyakinan. Tentang seorang wanita yang hampir kehilangan jodohnya yang sebenar. Tentang keyakinan di hati membuatkan cinta yang hilang ditemui. Sepertimana watak Kareena Kapoor, Erisya juga amat yakin dengan takdir dan jodoh walau dalam perspektif  yang berbeza.

Erisya benar2 yakin seandainya kita menolak jodoh yang ditentukan sejak azali lagi, kita akan hidup sendiri menghabiskan sisa2 hidup. Beberapa teman yang masih membujang akui bahawa hati mereka masih berpaut kepada cinta yang tak kesampaian. Masih terikat dengan kenangan lama. Sehingga tertutup hati untuk memberi peluang kepada orang baru...yang mungkin saja adalah jodohnya yang sebenar. Erisya amat berharap agar suatu hari nanti mereka akan menerima suratan takdir yang telah menentukan jodoh mereka. Erisya yakin seyakin2nya bila kita boleh terima hakikat bahawa Allah lebih mengetahui segalanya maka kita tidak akan ragu terima seseorang yang telah ditakdirkan untuk kita seadanya. Benar2 terima sidia kerana Allah. Cinta pada Nya akan membuka hati kita menerima pasangan kita seadanya...walau mungkin sukar untuk jatuh cinta namun ...sekurang2nya sayangilah sebagai ibu/ayah kepada anak2 kita. Yang telah berkorban untuk melihat kita bahagia. Lagipun cinta bukan ukuran kebahagiaan rumah tangga...ramai pasangan yang berkahwin kerana saling cinta akhirnya berpisah dengan alasan tiada persefahaman lagi. Tiada keserasian lagi. ..dan pelbagai alasan lagi. Bermakna, cinta bukanlah keperluan utama dalam rumah tangga...justeru tidak perlu menunggu2 cinta yang kian menjauh. Nikahi saja orang yang menyinta meskipun dia bukan orang yang kita cinta.

Namun, ada juga orang yang bertuah kerana memiliki cinta sejati. Cinta sejati yang telah disaring oleh kesusahan, halangan dan pengorbanan. Seperti pasangan dari negara China ini. Liu Guojiang, teruna 19 tahun yang telah jatuh cinta dengan Xu Chaoqin yang lebih tua 10 tahun daripadanya. Sebagaimana  negara kita di zaman itu,  percintaan teruna dengan janda yang lebih tua adalah sesuatu yang tidak bermoral..memalukan keluarga. Zaman di mana wanita hanyalah berfungsi untuk melahirkan keturunan  untuk menyambung nama keluarga. Akhirnya demi cinta pasangan itu nekad melarikan diri dan tinggal di dalam gua di sebuah gunung di Desa Jiangjin....Hidup jauh dari kampung...pastinya sukar. Tanpa elektrik dan hanya bertemankan lampu minyak tanah.

Xu berasa sedih dengan kesusahan yang dilalui oleh suaminya dan sering bertanya adalah Liu menyesal memilih kehidupan sebegitu bersamanya. "Selagi kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik" jawab Liu tanpa kesal. Selepas dua tahun, Liu mula memahat lereng gunung menjadi anak tangga bagi memudahkan isterinya turun ke bawah. Suatu tugas yang amat sukar dilakukan demi isteri tercinta.

Suatu hari, Liu jatuh pengsan ketika pulang dari ladang. Liu memeluk suaminya sambil berdoa. Akhirnya di usia 72 tahun, Liu menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam pelukan isterinya. Tangannya yang menggenggam erat tangan isterinya sukar dilepaskan. Seakan enggan meninggalkan isterinya sendiri.Kini tinggallah Xu keseorangan meratapi suami yang telah memungkiri janji untuk menjaganya hingga dia bercerai nyawa. Tanpa diduga, suami yang lebih muda yang pergi dahulu.

Kini  6000 anak tangga tersebut tetap dipelihara dengan baik sebagai lambang cinta sejati oleh kerajaan China.



Zaman ini, berapa kerat pasangan kekasih yang sanggup bersusah payah demi bersama orang yang dicintai?  Ish!  Erisya sendiri tidak sanggup membuang segala yang ada  untuk bersama kekasih hati!

p/s: When I met U, I was lost. When I found U, I found myself.

7 comments:

  1. acu juga mengharapkan hubungan cinta yg dah terbina sekian lama berakhir hingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga akhir hayat
    tapi kita mampu merancang..Allah yang mengetahui segala-galanya
    hanya doa yang mampu acu panjat kan semoga mendapat jodoh yang baik...

    ReplyDelete
  2. Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!

    ReplyDelete
  3. When I met U, I was lost. When I found U, I found myself.

    suka n3 ni kak..

    semasa membaca terlintas di fikiran, siapakah dia yg ditakdirkan untuk adik kerana sehingga saat ini, hati masih lebih senang bersendiri.
    heee...

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah Erisya, dah lama tak ziarah

    ReplyDelete
  5. kadang kadang layan jugak certa certa pilu cam gini tu pun kalau tak de apa apa nak buat

    ReplyDelete
  6. Acu: ya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Akak doa Acu dapat pengganti yang lebih menghargai Acu di sisi...dan tidak akan lukakan hati Acu.aminnn

    Adik sayang, setiap orang ada jodohnya ...bersabar menanti Mr Right! cinta bermula dengan mata dan berakhir dengan degupan jantung!

    btutalsolo: apa salahnya sesekali layan kisah sedey :)

    Pak Karamu, mg sihat selalu!

    ReplyDelete
  7. anonymous: my guess the comment was translated into malay by the google translator.i think i can understand your comment. thanks for your time :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah