Saturday, November 20, 2010

KE KUANTAN

Dah dekat pukul 12 malam. tetiba dapat SMS dari teman lama...berpesan agar lepas kenduri esok Erisya hubunginya untuk bertemu. Ya esok merupakan hari yang menggembirakan.

Pertama kerana teman semakmal akan menikah di rumahnya di Kuantan. Teman yang dah dianggap bagai adik sendiri. Sibuk atau tidak harus luangkan masa meraikan hari bahagianya. Oleh kerana hubungan baik kami, Erisya sukar nak memilih hadiah....maklum mahukan yang terbaik buat teman tersayang. Suami cadangkan alat penimbang...agar mudah memantau berat badan ..maklum dah kahwin badan akan bertambah kembang bagai dipam2! Sebetulnya teman ni mmg mesra dengan suami .... saja nak pekena lah tuh! Anak pulak cadangkan hadiahkan nano ipod....ish!ish!ish! tak pernah dibuat orang! Akhirnya Erisya beli sesuatu yang praktikal buat wanita yang baru bergelar isteri.

Kegembiraan kedua adalah akan bertemu dengan teman baik semasa di U dulu....lepas konvo kami terpisah membawa haluan masing2. Hanya kad raya penghubung kasih. Ish! rindu benar ingin bertemu. Sekarang dah anak enam! Sebetulnya teman yang sorang ni berkahwin awal...masa kami tahun tiga lagi. Tiap kali suaminya outstation pasti  'pos' isterinya ke asrama kami.....lebih2 lagi masa mengandung sulung. Oleh kerana tiada pengalaman, teruk juga lah kami 'menjaga' nya.....tak boleh meniarap takut baby tersepit, tak boleh ke tandas takut terbersalin...pada hal dia memulas perut kerana cirit! Ntah apa-apa lagi lah pantang larang yang kami cipta sendiri....semua serba tak kena. Yang paling seronok bila nampak tapak kaki anaknya di perutnya....! Masa tu masing2 tak sabar ingin punya baby sendiri!

Hmm....Tak boleh nak bayangkan....selepas terputus hubungan sekian lama....apa ya reaksi kami berdua bila bertemu esok? Jerit gembira sambil berpelukan? Atau hanya memandang wajah masing2 tanpa sepatah kata...maklum ada suami masing2...kena lah control ayu! Gimanapun....betul2 tak sabar nak ke Kuantan esok! Eh bukan esok...harini sebab dah kul 1 pagi rupanya!


p/s: Teringat dulu teman sepejabat mengadu isterinya merajuk bila dia beri hadiah ulangtahun kelahiran isteri....dia kecewa kerana isteri tidak menghargai....terus Erisya tanya...hadiah apa? Dengan selamba dia menjawab, " oven...mahal tuh!!"....ish!ish!ish!  besdei hadiahkan oven.....patutlah merajuk!

2 comments:

  1. seronok kan kalau dapat berjumpa dengan kawan lama?? acu pun tengah plan nak ada kan reunion dengan kawan2 sekolah dulu...

    ReplyDelete
  2. betul tuh acu...kak erisya pun tengah buat perancangan yang sama...byglah....selepas bertahun pasti byk yang berubah.... :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah