Friday, September 5, 2008

MIMPI


DEDAUN KUNING
GUGUR DI MUSIM LALU
TIADA GANTI
HADIRMU BAGAI MIMPI
MENGHIASI TIDURKU



Kini aku menjadi seorang perindu. Rindu pada sebuah senyuman. Rindu pada renungan matanya yang jernih. Kurelakan sebuah pemergian yang tiada jalan kembali; walau masa tidak dapat membalut luka di hati.

Walau cuma sebulan, kehadirannya sudah cukup membahagiakan dan cukup mengajar erti kepasrahan, erti sebuah kesabaran dan memahami betapa kerdilnya kita selaku hamba Illahi.

3 comments:

  1. sungguh syahdu tanka ini...mengalir air mata ...tiada beza sebulan atau setahun kehadirannya cukup membahgiakan dalam hidup ini.

    ReplyDelete
  2. salam petang jumaat erisya.

    Sebaik kembali dari masjid, saya membuka kotak hotmail dan sakura khabarkan tentang blog erisya.

    Selamat berblog.

    Wassalam.

    darma mohammad.

    ReplyDelete
  3. salaams kak sakura dan DM,

    DM, terima kerana sudi menjengah ke daerah ini.

    kak sakura,
    jika kasih telah terpahat, jangka masa tidak memebri makna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah