Sunday, September 7, 2008

SAKURA



Sedang asyik berkemas tiba-tiba terjumpa buku nota lama. Terdapat satu coretan di situ. Coretan itu bertulis sebuah lirik lagu Jepun lama dari sebuah filem Thailand yang membuat penggambaran di Jepun. Tak silapku, filem itu bertajuk "painting". Kisah cinta sejati yang tidak berkesampaian. Lirik itu berbunyi begini.

Meski bukan bunga sakura,
Syukur kitalah yang paling cantik
antara jenis yang sama
Meski hanya satu gunung Fuji,
Masih ada gunung lain yang diminati
Meski tak dapat jadi mentari
Jadilah bintang
Apapun jua dirimu akhirnya,
Terimalah, walau apapun jua
Jadilah yang terbaik dalam kehidupanmu
Tanpa mengira siapa dirimu.

2 comments:

  1. Indah lirik lagu ini kisah cinta sejati yang tida kesampaian.

    ReplyDelete
  2. kak sakura,
    Walau tak kesampaian namun cinta mereka kekal hingga ke mati. Menyintai tidak bermakna memiliki.Menyedari diri kita dicintai sepenuh hati, itu sudah memadai.:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah