SALJI YANG GUGUR
JADI TITIK INGATAN
CINTA SEJATI
TEGAR MENGHUNI HATI
MESKI BANYAK MENGUJI
Erisya baru habis menonton episod akhir My Girl drama bersiri Korea. Memang menyentuh perasaan. Cerita ini ada segalanya, sedih, benci dan lucu. Perihal kedegilan seorang datuk yang tak pernah serik / mahu belajar dari kesilapan. Kisah setia seorang sahabat . Kisah cinta sejati yang agung, sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang dicintai. Syukurlah pengakhirannya membahagiakan , jika tidak, terkilan juga erisya menghabiskan masa sejam setiap hari menontonnya!
Bagi yang belum menontonnya lagi, silalah tonton..dijamin tak menyesal!
Secara ringkasnya ia mengisahkan seorang gadis (Joo Yoo-rin) yang pandai berbohong untuk lepaskan diri dari masalah. Takdir telah menemukannya dengan seorang jejaka kaya (seol gong chan) . Banyaklah insiden yang lucu antara mereka berdua. Gong Chan akhirmya mengupah Yoo rin menyamar sebagai adik saudaranya yang hilang demi menyelamatkan datuknya yang sedang sakit tenat. Tanpa di duga keduanya telah jatuh cinta (biasalah tuh...). Pelbagai dugaan datang menguji cinta mereka. Ternyata tiada siapa dapat menghalang jodoh. Kekasih Gong Chan terpaksa terima hakikat yang dia telah kalah dengan keutuhan cinta Yoo rin dan Gong Chan. Sahabat karib Gong Chan pula terpaksa akur dengan jodoh Yoo rin dan Gong Chan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Ego datuk Gong Chan juga akhirnya tunduk dengan kesucian cinta mereka.
Selamat Menonton!
Wah cam bestnya ajer jalan cerita drama korea ni,dah habis ke siri drama ni?
ReplyDeletekak sakura, sebenarnya erisya pinjam satu set vcd drama tuh. ada 16 keping semuanya.
ReplyDeleteakak, citer nie mmg best....bkn stakat sejam jer sehari, lebih dari tu pn kita x sedar...hehehe....rasanya fina tengok citer ni sambil2 buat bunga telur dulu....so x lah rasa membuang masa sangat...:P
ReplyDeletedefina
betul tuh fina...akak pun ajran nonton . cuma sesekali bila kawan offer, akak pinjam vcd. akak luangkan masa ngan keluarga dengan main indoor games atau nonton vcd kegemaran....
ReplyDelete