Tuesday, September 16, 2008

ISHIGAKI ISLAND














Foto kenangan di Ishigaki Island salah satu pulau di kepulauan Okinawa, Jepun. Erisya suka mengambil pemandangan indah di sana, terutama sekali langitnya yang sangat biru. seorang teman pernah mengusik, jika nak gambar pemandangan , baik beli poskad! Tak kisahlah, yang penting erisya rasa gembira. Hanya diri kita yang boleh buat kita gembira!
















Di puncak sebuah bukit. Tinggi juga nak mendakinya. Namun kepenatan terus hilang bila melihat pandangan indah di sekeliling.













Entah kenapa, erisya suka memandang ke langit. Menikmati kebiruan langit,bersih tiada kesan pencemaran. Seorang pegawai Jepun pernah beritahu erisya, 30 tahun dahulu, langit P.Pinang juga sebiru ini. Dulu dia suka pergi ke P.Pinang. Malang, sekarang P.Pinang tidak seindah dulu. Kita terpaksa korbankan keindahan alam semulajadi atas nama pembangunan..berbaloikah pengorbanan ini?

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah