Foto ini erisya ambil dalam perjalanan ke Institut Kesihatan Okinawa. Tempat ini agak jauh dari tempat penginapan erisya. Setiap hari, sebuah bas mengambil kami dari OIC . Kami terpaksa menempuh ladang tebu sebelum tiba ke destinasi. Tambang teksi sehala dari tempat kerja ke tempat penginapan adalah RM70. Pernah sekali, teksi telah tersasar jauh. Tak tahu ke mana dia bawa erisya, naik bukit, turun bukit..tidak juga sampai ke OIC. Susah juga bila kami tak boleh berkomunikasi. Namun, erisya kagum kerana pemandu teksi tersebut telah mematikan meternya sebaik sahaja beliau menyedari bahawa kami telah tersesat jalan. Seumur hidup ini, tak pernah erisya bertemu pemandu teksi sejujur ini.
Erisya rasa bertuah dapat menjejakkan kaki ke negara itu, bukan sahaja pemandangannya indah malah akhlak penduduknya jauh lebih indah!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah