Friday, September 12, 2008

PESAN TUHAN

"KAMI JELASKAN YANG DEMIKIAN ITU
AGAR KAMU JANGAN BERDUKA CITA
APA YANG LUPUT DARI KAMU
DAN SUPAYA KAMU JANGAN TERLALU GEMBIRA
TERHADAP APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADAMU.
DAN ALLAH TIDAK MENYUKAI
ORANG-ORANG YANG SOMBONG
LAGI MEMBANGGAKAN DIRI"
Surah al-Hadid:23
Sebuah ingatan buat erisya agar jangan putus asa dengan ujian yang diterima. Juga sentiasalah bersyukur di atas kurniaanNya. Paling mengerikan sekiranya segala anugerah Allah adalah merupakan istidraj semata. Segala nikmat yang boleh menjauhkan diri dari Allah adalah istidraj. Misalnya, pangkat yang diperolehi buat kita terlalu sibuk untuk mengingati Allah. Harta kekayaan yang diperolehi jauhkan kita dari rumah Allah. Anak yang ramai buat kita tak sempat nak bersyukur pada Allah dsbnya lagi. Bila melupai Allah maka jadilah kita seorang yang sombong dan angkuh. Terlupa kita bahawa suatu masa nanti, kita akan bertemuNya semula; dan semua perbuatan akan dipertanggungjawabkan.

2 comments:

  1. Erisya terima kasih Pesan Tuhan juga pesanan buat kita semua

    ReplyDelete
  2. kak sakura,
    sama-samalah kita tegur-menegur antara satu sama lain, muhasabah diri kita yang tak lari dari membuat khilaf.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah