Thursday, September 18, 2008

KEKASIH GELAPKU

Ku mencintai mu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu, sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya, kekasih gelap ku
Yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku,
yang ku cari s’lama ini, dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku
xxxxxxxxxxxxxxxxx
Bait-bait indah dalam lagu Kekasih Gelapku nyanyian kumpulan UNGU dari Indonesia. Tiap kali mendengar lagu ini, erisya terkenang seseorang ie teman baik erisya. Dalam diam, dia telah berkenalan dengan seorang teruna. Oleh kerana masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing, mereka ambil keputusan nak rahsiakan dulu perkenalan mereka daripada pihak keluarga/sahabat handai.
Bulan berganti. Mereka telah bersedia untuk memateri perhubungan mereka bersaksikan sanak keluarga. Tarikh keramat telah dipilih , iaitu sebaik sahaja si teruna kembali ke tanah air.
Pada suatu hari, teman erisya menerima sejambak bunga mawar merah. Tanda kerinduan yang tak pernah padam meskipun si teruna jauh di rantau orang. Kemudian, teman erisya terima satu panggilan telefon. Dengan gembira teman erisya menjawab salam si pemanggil. Tiba-tiba , teman erisya terdiam , hanya lelehan air mata membasahi pipinya. Rupanya, si teruna tercinta telah mengalami kemalangan jalan raya ketika di luar negara.
Sekelip mata, kisah cinta mereka berakhir. Si teruna pergi buat selama-lamanya dengan hasrat yang tak kesampaian..tanpa sempat tinggalkan sebarang pesan.

2 comments:

  1. Aduh sedihnya kisah cinta yang tak kesampaian ni...

    ReplyDelete
  2. kak sakura,
    pernah dulu erisya sedih kerana cinta pertama terkandas, rupanya itu lebih baik kerana sekurang-kurangnya si dia masih bernafas untuk menikmati kebahagiaan dengan orang yang lebih baik dari erisya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah