Tuesday, September 16, 2008

AWAN


" ALLAH , DIALAH YANG MENGIRIMKAN ANGIN,
LALU ANGIN ITU MENGGERAKKAN AWAN
DAN ALLAH MEMBENTANGNYA DI LANGIT
MENURUT YANG DIKEHENDAKINYA
DAN MENJADIKANNYA BERGUMPAL-GUMPAL,
LALU KAMU LIHAT HUJAN KELUAR
DARIPADA CELAH-CELAHNYA.
MAKA APABILA HUJAN ITU TURUN MENGENAI
HAMBA-HAMBANYA YANG DIKEHENDAKINYA,
TIBA-TIBA MEREKA MENJADI GEMBIRA"

(Surah ar-Ruum: 48)

LOKASI FOTOGRAFI:ODAIBA, TOKYO

Foto ini, erisya ambil ketika gerimis di waktu senja. Ketika itu, erisya dalam perjalanan pulang dari National Museum of Emerging Science and Innovation. Kebetulan pula, erisya baru saja membeli kamera canon di kitamura Okinawa. Harga kamera di sana agak murah, cuma RM900 sahaja. Bila pulang ke Malaysia, erisya terkejut beruk (beruk pun tak sekejut ini!) kerana harga di Malaysia mencecah RM3000!

Selain kamera, harga set pinggan noritake juga murah di Okinawa, tetapi setelah dicampur, tolak, darab dan bahagi, erisya pejamkan mata dan pekakkan telinga terhadap godaan noritake. Namun sekembalinya erisya ke Malaysia, sekali lagi erisya terkejut...mahalnya! Harga set yang erisya lihat di Okinawa, di Malaysia hanya boleh dapat dua keping pinggan makan! Lantas, kata-kata teman erisya dulu, terngiang-ngiang di telinga,

"Biar menyesal membeli, jangan menyesal tak beli!!!"

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah