Semalam, dalam perjalanan pulang, teman Erisya bercerita tentang seorang guru. Dia menyuruh anak-anak muridnya memasukkan bola golf, guli, batu kecil, pasir dan kopi ke dalam sebuah bekas. Ada murid yang memasukkan pasir dahulu..hasilnya bola golf tidak muat untuk dimasukkan ke dalam bekas kerana telah dipenuhi oleh pasir, batu kecil dan guli.
Ada juga yang memasukkan bola golf dahulu; diikuti batu kecil, guli dan pasir. Hasilnya kesemua bahan itu boleh dimuatkan ke dalam bekas tersebut. Kemudian anak murid bertanya, " bagaimana dengan kopi?".
Guru itu tersenyum, " bancuh kopi, minum dan relakslah!"
Ya, sekiranya kita hanya memikirkan perkara-perkara yang remeh-temeh dalam hidup kita, pasti kita tak boleh nak selesaikan masalah/perkara besar. Sebaliknya jika kita selesaikan perkara yang besar dahulu , perkara yang kecil akan jadi mudah.
Pendekata, harus tahu priority kita. Dahulu erisya terlalu pentingkan tugas di pejabat. Balik kerja pukul 8 malam. Sampai rumah hampir pukul 9 malam. Tak sempat nak bermain dengan anak. Kadangkala, hujung minggu juga erisya ke pejabat ...maklum, banyak perkara yang harus dibereskan. Tugas teknikal, bukan-teknikal, pengurusan dan entah apa-apa lagi lah. Bagi mengelakkan 'backlog' erisya terpaksa menggunakan waktu lepas pejabat untuk menaip laporan-laporan yang harus diserahkan kepada pelanggan. Mulanya erisya jarang-jarang pulang lewat, tapi akhir nya dah jadi kebiasaan pula. Tanpa erisya sedari, telah abaikan tugas yang lebih penting iaitu ibu! erisya khilaf kerana tak perasan anak-anak mengeja sayang sebagai M-A-S-A. Tiada ertinya mainan yang mahal bagi mereka jika kita tiada masa nak main bersama.
Erisya hanya tersedar bila anak bongsu erisya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sejak itu, seboleh mungkin erisya pastikan keluar pejabat tepat 5.30 petang! Cukuplah mengabdikan diri selama 8 jam. Waktu selebihnya adalah milik erisya sekeluarga. Biar pulang 12 malam, tugas pejabat takkan habis! Pemergian anak bongsu banyak mengajar erti kehidupan kepada erisya. Sesungguhnya hidup ini amat singkat!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah