Erisya baru pulang dari melihat rumah contoh. Tak jauh dari Putrajaya. Perjalanan ke sana buat erisya lemah semangat...jauhnya nak ke ofis! Harganya..oklah..taklah mahal sangat. Di BBB harga rumah > RM400k. Manalah erisya mampu!
Rumah tu semi-D, setingkat sahaja (sakit lutut nak naik tangga!), antara rumah tiada pagar kerana seluruh kawasan perumahan itu dipagari tembok tinggi . Ada pengawal keselamatan menjaga pintu pagar waktu malam.Waktu siang tiada pengawal buka pintu pagar kerana pemaju bekalkan remote control untuk membuka pintu pagar. Nampaknya, tetamu tak boleh lagi buat kejutan bertandang ke rumah..kena buat appointment dulu!
Yang paling erisya suka ialah masjid kawasan tu aktif. Anak-anak sekolah rendah dah dilatih menghafal surah yasin, sajadah dsbnya. Malah mereka dilatih untuk menjadi imam ketika qiamullail. Suasana yang erisya cari -cari selama ini. InsyaAllah, bila berada dalam komuniti yang baik, erisya juga akan jadi baik!
Rumah itu ada lapan bilik. Teman erisya terkejut ...lapan bilik?? cuma harga RMxyz? Murahnya! Errr sebenarnya, lima bilik tidur dan 3 bilik air. Selesakan? Tapi ada perkara yang lebih menarik lagi. Erisya boleh memilih untuk mengubahsuai rumah tersebut ikut citarasa sendiri. Nak tambah / kurangkan bilik, tukar tiles, tambah pagola, tambah built-in cabinet di bilik, dapur dsbnya. Pendekata semuanya akan dimasukkan ke dalam plan rumah sebelum tanda tangan S n P. Ini yang memikat erisya membeli rumah tersebut . Kenapa? Kerana erisya boleh menjualkannya dengan harga lebih tinggi kelak . Dari pengalaman, pengubahsuaian yang tiada dalam plan rumah, tiada harga di mata pihak bank. Kita terpaksa menjualnya ikut harga pasaran walau dah berhabis wang buat pengubahsuaian. Selain itu, semua perbelanjaan pengubahsuaian akan dimasukkan dalam harga rumah. Semua ditampung oleh pihak bank yang beri pinjaman. Tak perlulah erisya keluar wang tunai untuk ubahsuai rumah kelak. Maka bila berpindah kelak, erisya tak perlu beli perabut bilik tidur, tak perlu ubah suai rumah untuk tambah dapur / kabinet dapur dsbnya.
Pendekata, erisya benar-benar terpikat dengan rumah ini . (kalau dah suka, semua indah belaka). Syukur erisya tak perlu bayar wang booking, downpayment, yuran peguam dsbnya. Selepas rumah siap (2010), barulah gaji akan dipotong tanpa sebarang bayaran tambahan kepada pemaju/peguam! Alhamdulillah , bagi insan tak mampu seperti erisya, rumah ini lah idaman kalbu!
p/s: Oh ya, kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar. Tumpuan peminat ikan bakar. Buat erisya terkenangkan Teluk Tempoyak di PP.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah