Monday, September 15, 2008

AWANG SAYANG

Awang kemanjaan kami sekeluarga. Semasa erisya mula bertemu Awang, dia baru sahaja dipotong kedua belah tangannya kerana kemalangan. Awang telah bergayut di kabel elektrik menyebabkan kedua tangannya rentung kerkena kejutean elektrik. Walau doktor memberikan peluangnya hidup 50-50 namun, takdir telah menentukan usianya masih panjang.

Bukan mudah memelihara Awang. Dia sangat manja. Hanya suka makan pisang emas sahaja. Sekiranya kami hidangkan pisang lain, dia tak akan menyentuhnya! Selain pisang emas, dia paling suka makan rambutan. Sehinggakan doktor melarang kami memberi rambutan yang banyak kerana takut kena kencing manis. Namun, berbulan bersama manusia, awang sudah suka makan kek pisang, tepung talam dan lain makanan yang 'juicy'; maklum Awang tak minum air. Kami cuma memberinya air susu yang dibancuh pekat (paste).

Menjaga Awang samalah seperti menjaga anak kecil. Dia mudah menunjukkan emosi. Kalau merajuk, dia tak suka memandang kita. Tetapi bila kita mengalihkan pandangan dia akan memandang kita pula. Tapi erisya paling tersentuh semasa menghiasi daun-daun kayu dalam kandang tidurnya. erisya sangka itu boleh mengubat kerinduannya pada kampung halamannya. Namun, sebaliknya yang berlaku. Awang menutup kedua matanya dengan kakinya, menyorokkan kepala ke badan...rupanya dia sedih kerana teringat kampung! Bila erisya panggil, Awang memandang dengan matanya yang sayu...kemudian sembunyikan wajahnya semula. Sedih betul masa tu.
Lagi satu peristiwa yang sedih bagi erisya ialah ketika pertama kali kami membawanya naik kereta. Tetiba Awang bingkas menerkam ke arah stereng kereta...rupanya dia terlupa dia tiada tangan..ingin bergayut pada stereng!

Tiap kali erisya bawanya berjalan-jalan, akan erisya pakaikan Awang new-born pampers. Kemudian erisya selimutkan awang dalam raga...comel betul ! Tiap kali kami berhenti di lampu isyarat..pasti ada anak-anak dara yang menegur Awang!

Kini Awang tiada lagi bersama kami. Yang tinggal hanyalah VCD ie rakaman perlakuan Awang semasa tinggal di sini. Itulah pengubat rindu kami kepada Awang. Dengar cerita, Awang sudah dewasa sekarang...dan bertambah nakal. Dia tak suka memakai pampers lagi. Jika orang yang tidak disukainya menziarahinya, dia akan pura-pura tidur; sebaik sahaja tetamu itu pulang, Awang bingkas bangun semula menjalankan aktiviti hariannya iaitu bergayut!

Kami sekeluarga rindukan Awang. Dalam hati bertanya, adakah Awang masih mengingati kami lagi?

2 comments:

  1. erisya awang memang comel kan, wah sekarang awang dah pintar ya... pasti awang masih merindu erisya n family yang telah membelai manja dia.

    ReplyDelete
  2. kak sakura,
    harapnya begitulah. moga dia tak lupa tangan yang menyuapkannya makanan dan memandikannya setiap hari.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah