Tuesday, September 23, 2008

NASIHAT IBNU QAYYIM

Dalam hati manusia ada kekusutan, tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.


Dalam hati manusia ada keganasan, tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.


Dalam hati manusia ada kesedihan, tidak akan hilang kecuali suka mengenali Allah swt.


Dalam hati manusia ada kegelisahan, tidak akan tenang damai kecuali berlindung dan bertemu dengan-Nya


Dalam hati manusia ada penyesalan, tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya; redha dengan Qadha dan Qadar-Nya; sentiasa sabar hingga bertemu dengan-Nya


Dalam hati manusia ada hajat, tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya


Sentiasa berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya


Andai dunia dan isinya diberikan, masih lagi tidak dapat membendung hajat hati hamba-Nya

2 comments:

  1. kata nasihat yang penuh bermakna yang seharusnya kita lakukan untuk amalkan kita bersama.

    ReplyDelete
  2. kak sakura,

    samalah kita bermuhasabah. jangan tinggalkan erisya sendiri dalam kejahilan/kesesatan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah