CACI
Ubaid bercerita kisah dua orang wanita yang berpuasa. Kedua-duanya hampir mati kehausan. Seorang lelaki telah memaklumkan kepada rasulullah saw. Baginda memalingkan muka. Lelaki itu lalu berkata lagi," Ya nabi Allah. Sungguh! keduanya hampir mati kehausan". Maka keduanya di bawa ke masjid . Seseorang membawa sebuah mangkuk besar. Rasulullah lalu mengarahkan mereka berdua muntah ke dalam mangkuk besar tersebut. Wanita itu memuntahkan nanah, darah, daging dsbnya sehingga penuh mangkuk tersebut. Kemudian rasulullah saw bersabda," Kedua wanita ini berpuasa dari apa yang dihalalkan Allah kepada mereka. Tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan Allah terhadap mereka. Yang satu mencaci yang lain, maka mereka memakan daging manusia bersama-sama".(Hadis riwayat Ahmad)
tq kerana berkongsi ilmu ini.
ReplyDelete