Sebenarnya ilham tanka ini muncul bila menerima sekeping gambar dari H yang ketika itu masih belajar di Jerman. H amat meminati seni fotografi (sejak usia belasan tahun). Malangnya foto itu telah hilang dari simpanan. Entah kenapa bila melihat foto kirimannya itu, dapatku rasakan sepi dan sendu yang tidak berkesudahan. Foto itu sungguh istimewa bagiku. Kini H telahpun kembali bertugas di Jakarta. Tak tahulah jika dia masih aktif berfoto. Nak meminta dia hantar semula foto itu, rasa malu pula.
Dari tanka ini juga, kugubah semula menjadi puisi bebas bawah bimbingan rakan penulis. Walau susah, kuingin mencuba menghasilkan puisi bebas setelah bertahun menghasilkan haiku dan tanka di bawah bimbingan sifu jahrera di Taman Lilly. (Apresiasi buat sifu jahrera kerana memperkenalkanku pada suatu dunia yang indah). Duniaku sendiri di mana kudapat mencari ketenangan dari hiruk pikuk kehidupan.
Salam puan erisya.
ReplyDeleteWalaupun itu gambar tetapi ia sesuatu yang real.
Bangku itu tidak menyedari bahawa di sisinya berdiri sepohon pokok yang besar. Tentu sekali sebelum ini, mereka sudah bersahabat baik. Mungkin kerana kedinginan, lidah kelu untuk berkata-kata.
Nanti tatkala tiba musim bunga, orang memerlukan bangku untuk duduk, sambil menikmati bunga-bunga di ranting pohon besar itu.
Kedua-dua saling memerlukan dan saling memanfaatkan kehadiran masing-masing.
Wassalam.
DARMA MOHAMMAD
Pasir Mas.
erisya san,
ReplyDeleteNampak macam beremosi, nak berhenti haiku dan tanka ke?
Passing baton ke DM.
erisya pastinya seronok ya mempunyai seorang teman yang pandai seni fotografi pasti bermacam gaya seni foto yang diambilnya.
ReplyDeleteSalaams semua,
ReplyDeletek.sakura, ya memang seronok berkawan dengan orang mahir dalam fotografi.Foto yang diambil sangat berseni.Sayang foto tu hilang.
Cfu, maaf ya.nak bertapa jap macam ahli lain dulu. mana tahu lepas ni dapat banyak ilham.
DM,betul seperti kata DM.mereka saling memerlukan. Musim sejuk agak dingin, bila musim panas tiba, segala kedinginan itu akan hilang jua.