BELALANG PATUNG
KUMPUL DEBUNGA JAGUNG
SERAK KENANGAN
RINDU LALU MENUMBUH
JAUH DI KAMPUNG LAMAN
Semasa erisya nak mengambil foto buah tomato, tiba-tiba seekor belalang patung (cakcibor) hinggap di bunga jagung. Rasanya dah bertahun-tahun erisya tidak melihat belalang patung. Semasa kecil, erisya selalu melihat belalang patung menari-nari atas permukaan air ketika mandi di sungai bersama kawan-kawan. Sekarang sungai pun dah tercemar oleh bahan buangan dari kilang getah di kampung erisya. Tiada lagi riuh ketawa anak-anak memanjat pokok untuk menjebur ke dalam air. Kesian anak cucu erisya kerana tiada kenangan seumpama itu. Ada tidak pun terpaksalah main air di KLCC ajer!
Erisya bila sebut kg. dah lama xbalik kg ek.. pasti erisya juga dah lama xtengok Awang di kg. kan..he he he Awang di kg. bukannya Awang di bandar ya ;-))
ReplyDeletekak sakura,
ReplyDeletehahaha...iya memang erisya amat rindukan awang (kg, ya). dengar cerita dia dah dewasa sekarang. masa erisya jaga dulu, dia masih bayi lagi; baru saja kedua tangannya di potong di hosp UPM.
kak sakura, errrr awang bandar pun dah lama tak jumpa!