Tempat pertama erisya ziarah di Okinawa adalah Gyokusendo. Dalam perjalanan ke sana, pertama kali juga erisya diperkenalkan dengan lagu Shimancu Takara nyanyian kumpulan Begin. Hingga kini erisya simpan lagu itu sebagai ringtone hp. Tiap kali dengar lagu tuh, erisya pasti terkenang kisah manis dan orang-orang di sana.
Dua replika sisha yang dibina dari bunga-bungaan. Yang menariknya, sisha yang merupakan maskot Okinawa adalah lukisan imaginasi salah seorang penduduk Okinawa. Tak terduga, ia menyerupai singa padahal, seumur hidup mereka tak pernah lihat singa! Mereka ukir sisha atas bumbung rumah atau depan pintu kerana dipercayai sisha boleh memberi perlindungan kepada mereka. Rata-rata mereka tiada agama, tetapi amat menghormati roh nenek-moyang yang diyakini boleh beri perlindungan dari alam roh. Tiap tahun mereka adakan upacara obong sebagai tanda hormat (lebih kurang resam kaum china juga)
Bahagian dalam gyokusendo. Gua ini dipenuhi stalaktit dan stalagmit (lebih kurang macam Gua Kelam di Perlis, utara semenanjung Malaysia) tetapi, gua ini lebih besar, tapi jangan bimbang..ada escalator!
Ramai pelancung berpusu-pusu di dalam gua.
Terdapat kolam kecil di dalam gua ini. Erisya jumpa banyak duit syiling di dalam air. Rasanya mereka buat niat dan membaling duit syiling dalam kolam. Bagaimanapun, erisya doa agar niat mereka tercapai!
"KAMI AKAN PERLIHATKAN KEPADA MEREKA
TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI
DI MERATA-RATA TEMPAT
DI MERATA-RATA TEMPAT
(DALAM ALAM YANG TERBENTANG LUAS INI)
DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI,
SEHINGGA TERNYATA JELAS KEPADA
MEREKA BAHAWA al-QURAN ADALAH BENAR.
BELUMKAH TERNYATA KEPADA MEREKA
KEBENARAN ITU DAN BELUMKAH CUKUP
(BAGI MEREKA) BAHAWA TUHANMU MENGETAHUI
DAN MENYAKSIKAN TIAP-TIAP SESUATU?"
Surah Fushshilat:3
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah