Monday, September 8, 2008

MALAM DI PUTRAJAYA

DI DALAM AIR
SINAR LAMPU MENARI
HANYA BAYANGAN
INDAHNYA SEMENTARA
DI KALA MALAM KELAM

Pada 16 Ogos Erisya sekeluarga ke Putrajaya menonton pertandingan bunga api. Sementara menunggu-nunggu bunga api bermula, erisya melihat bayangan lampu dalam tasik. Sungguh mengasyikkan melihat sinar lampu meliuk-liuk mengikut riak air. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat. Bunga api dilancarkan. Tarian lampu di dalam air turut hilang. Kekaguman erisya telah beralih kepada bunga api dari Australia. Cahaya bunga api yang terang dan indah telah tenggelamkan keindahan tasik di bawah sinar lampu.





Malangnya Australia gagal pertahankan kejuaraan mereka meskipun, mulut erisya ternganga melihat kehebatan bunga api negara itu.


1 comment:

  1. Erisya wah berkesempatan juga ke pesta bunga api ya, sakura xsempat nak pergi.putrajya waktu malam memang indah sekali

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah