Friday, September 12, 2008

KISAH BURUNG KECIL

Seorang teman erisya telah menceritakan kisah seekor burung. Kisahnya berlaku semasa nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud kerana menolak dakwah yang disampaikan kepadanya. Oleh kerana api sangat marak, semua orang bertempiaran lari meninggalkan kawasan tersebut; kecuali seekor burung kecil yang berusaha memadam api kebakaran tersebut dengan mengisi air dalam paruhnya yang kecil. Puas dia membawa air, namun api masih tetap marak sehinggalah akhirnya Allah menghantar malaikat bertemu burung kecil tersebut. Antara lainnya, malaikat bertanya, kenapakah burung kecil masih membawa air untuk memadamkan api tersebut, sedangkan dia sendiri TAHU dia TAKKAN berjaya memadamkan api. Jawab burung kecil itu, :" sekurang-kurangnya di hadapan Allah kelak aku boleh menjawab bahawa kuTELAH BERUSAHA."

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah