Monday, September 29, 2008

FRIENDS


Friends in your life are like pillars on your porch.

Sometimes they hold you up and sometimes they lean on you.

Sometimes it's just enough to know they're standing by.



(anonymous)
foto: meditenean on Flickr





NO ONE CAN GO BACK AND START A NEW BEGINNING,


BUT ANYONE CAN START TODAY AND MAKE A NEW ENDING.


(anonymous)
foto: soleil levan on Flickr


TEACHER


The mediocre teacher tells;


the good teacher explains;


the superior teacher demonstrates;


the great teacher inspires


(William Arthur Ward)

Dulu semasa mula tinggal di asrama, erisya hadapi masalah besar kerana EQ yang lemah. Erisya tak betah bersama teman-teman sekolah yang 100% melayu. Sebelum itu, sekolah erisya tak ramai melayu. semasa remaja, ramai yang tidak sangka erisya adalah orang melayu..maklum zaman tuh, manalah erisya suka pakai baju kurung!

Tak silap erisya, ketika di asrama tiga orang teman yang lari dari asrama. Ada yang menyambung pelajaran ke US, ada juga ke UM dan ITM (sekarang UiTM). Bila mendengar kejayaan mereka , erisya pun mulalah memasang angan-angan nak lari! Tak tahan tinggal di sekolah itu. Satu-satunya tempat erisya mengadu hal adalah cikgu O. Tak tahu macam mana, cikgu O dapat mengesan hasrat erisya mahu larikan diri. Apa lagi, terus erisya dipanggil mengadap. Antara katanya yang erisya ingat hingga kini, adalah " Jika orang yang telah putus asa pun Allah bantu , apa lagi orang yang tidak berputus asa!"

Kata-kata itu tersemat di lubuk hati erisya sehingga kini. Namun selepas tamat matriks, tiada lagi khabar berita dari cikgu O. erisya begitu rindu nak bertemu cikgu O. Ingin erisya nyatakan padanya bahawa erisya telah berjaya berkat nasihatnya dulu. Moga di suatu hari nanti kami akan dipertemukan semula. erisya yakin cikgu O tak pernah lupakan anak muridnya yang nakal ini!

Sunday, September 28, 2008


Dulu, erisya sibuk mengejar masa di tempat kerja. Erisya tiada masa nak hubungi teman-teman selalu. Namun, bila anak bongsu tenat di ICU, barulah erisya sedar hanya teman-teman yang mengambil berat. Bukan orang-orang atasan di pejabat. Satu lagi pengajaran yang erisya terima adalah, tak semestinya orang yang pernah kita tolong akan membantu kita di saat kesusahan. Syukur di saat getir, Allah telah menghantar seseorang yang tidak pernah erisya kenal membantu. Dialah yang memberi kekuatan kepada erisya. Setiap hari H sms bertanyakan keadaan anak serta memberi kata-kata semangat. Malah dia mengajar erisya ayat-ayat yang boleh erisya amalkan sebagai penawar. Menurutnya, doa seorang ibu lebih mustajab. Malam jumaat pula H mengadakan solat hajat di surau bersama 40 orang. Hingga kini, erisya tak pernah bersua muka dengannya. Namun, erisya berniat mahu menziarahi H sekeluarga di T suatu hari nanti , insyaAllah. Heran kan? Seseorang yang tinggal jauh , yang tidak pernah dikenali begitu ikhlas membantu erisya disaat erisya memerlukan. Erisya berdoa agar Allah memudahkan segala urusannya di dunia juga di akhirat. Bantulah dia dalam kesusahan sebagaimana dia membantu erisya di saat kesusahan dulu. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baiknya terhadap erisya sekeluarga.
Sejak itu erisya tidak pernah risau; kerana Allah pasti menghantar seseorang untuk membantu erisya tiap kali dalam kesusahan. Ya, Erisya tidak pernah ditinggalkan sendirian.

LIFE







BE HAPPY







BE ALIVE





CATATAN UNTUK SITI


Melahirkanmu anakku
adalah melahirkan kembali diriku
suatu kejadian yang mengalahkan keajaiban
duhai...semakin kalahlah aku dengan ketakjuban
Rasanya aku perlu meminta maaf
mengheretmu kepada dunia
dan tidak dapat menjanjikan apa-apa
sekadar catatan dari kesilapan-kesilapanku
yang telah mengajar
bahawa harta seorang perempuan adalah namanya
penyelamat seorang perempuan adalah imannya
Anakku
dalam ciptaan yang Maha Besar
kita adalah kecil
tetapi jangan sekali-kali
memperkecilkan diri sendiri
Zurinah Hassan, 1979
dari buku Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi
Terbitan UKM, 2003
Foto: babybytes.nl



A wise man thinks all he says;


a fool says all that he thinks





(anonymous)

Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup:

- orang yang tidak cekap laksanakan apa yang disuruh

- orang yang hanya buat bila disuruh

(Luqman al Hakim)

KEMBALI



Gelembung buih membebaskan udara
pecah di muka air. Kembali dia ke alam
semulajadinya

Jasad manusia membebaskan roh
lesat ke alam ghaib. Kembali dia ke alam
rahmat Tuhannya




DARMA MOHAMAD
Pasir Mas, 1989





FOTO:bksecretphoto on Flickr

Saturday, September 27, 2008

KHABAR

Firman Allah swt,

"Hai Daud, sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat maksiat dan berilah peringatan kepada orang-orang soleh."

Nabi Daud berasa heran dan bertanya,

"Ya Tuhanku. kabar gembira apa yang harus kusampaikan kepada orang-orang yang berbuat maksiat dan peringatan apa untuk orang-orang soleh?"

Allah berfirman,

"Sampaikan kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat maksiat bahawa sebesar apapun dosa mereka, Aku akan mengampuninya. Jika seseorang berbuat dosa lalu bersimpuh di hadapan Tuhannya, rahmat Allah amat besar baginya.
Sebaliknya, orang-orang soleh, apabila mereka membanggakan kebaikan-kebaikan mereka, pastilah mereka binasa!"

Dipetik dari: Sajian Rohani Penyejuk Iman
oleh Syaikh Ahmad Al-Sa'dani

KAMAR (2)


DALAM KAMAR INI
AKU MERAUNG KERAS
TAPI ALAM AMAT BISU
ALLAH, NAMA-MU MERAYAP DALAM SARAFKU
DALAM DARAHKU.
DARMA MOHAMAD
Sri Layang, 1990

RUMAH BARU

Erisya baru pulang dari melihat rumah contoh. Tak jauh dari Putrajaya. Perjalanan ke sana buat erisya lemah semangat...jauhnya nak ke ofis! Harganya..oklah..taklah mahal sangat. Di BBB harga rumah > RM400k. Manalah erisya mampu!

Rumah tu semi-D, setingkat sahaja (sakit lutut nak naik tangga!), antara rumah tiada pagar kerana seluruh kawasan perumahan itu dipagari tembok tinggi . Ada pengawal keselamatan menjaga pintu pagar waktu malam.Waktu siang tiada pengawal buka pintu pagar kerana pemaju bekalkan remote control untuk membuka pintu pagar. Nampaknya, tetamu tak boleh lagi buat kejutan bertandang ke rumah..kena buat appointment dulu!

Yang paling erisya suka ialah masjid kawasan tu aktif. Anak-anak sekolah rendah dah dilatih menghafal surah yasin, sajadah dsbnya. Malah mereka dilatih untuk menjadi imam ketika qiamullail. Suasana yang erisya cari -cari selama ini. InsyaAllah, bila berada dalam komuniti yang baik, erisya juga akan jadi baik!

Rumah itu ada lapan bilik. Teman erisya terkejut ...lapan bilik?? cuma harga RMxyz? Murahnya! Errr sebenarnya, lima bilik tidur dan 3 bilik air. Selesakan? Tapi ada perkara yang lebih menarik lagi. Erisya boleh memilih untuk mengubahsuai rumah tersebut ikut citarasa sendiri. Nak tambah / kurangkan bilik, tukar tiles, tambah pagola, tambah built-in cabinet di bilik, dapur dsbnya. Pendekata semuanya akan dimasukkan ke dalam plan rumah sebelum tanda tangan S n P. Ini yang memikat erisya membeli rumah tersebut . Kenapa? Kerana erisya boleh menjualkannya dengan harga lebih tinggi kelak . Dari pengalaman, pengubahsuaian yang tiada dalam plan rumah, tiada harga di mata pihak bank. Kita terpaksa menjualnya ikut harga pasaran walau dah berhabis wang buat pengubahsuaian. Selain itu, semua perbelanjaan pengubahsuaian akan dimasukkan dalam harga rumah. Semua ditampung oleh pihak bank yang beri pinjaman. Tak perlulah erisya keluar wang tunai untuk ubahsuai rumah kelak. Maka bila berpindah kelak, erisya tak perlu beli perabut bilik tidur, tak perlu ubah suai rumah untuk tambah dapur / kabinet dapur dsbnya.

Pendekata, erisya benar-benar terpikat dengan rumah ini . (kalau dah suka, semua indah belaka). Syukur erisya tak perlu bayar wang booking, downpayment, yuran peguam dsbnya. Selepas rumah siap (2010), barulah gaji akan dipotong tanpa sebarang bayaran tambahan kepada pemaju/peguam! Alhamdulillah , bagi insan tak mampu seperti erisya, rumah ini lah idaman kalbu!

p/s: Oh ya, kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar. Tumpuan peminat ikan bakar. Buat erisya terkenangkan Teluk Tempoyak di PP.

MASA

Semalam, dalam perjalanan pulang, teman Erisya bercerita tentang seorang guru. Dia menyuruh anak-anak muridnya memasukkan bola golf, guli, batu kecil, pasir dan kopi ke dalam sebuah bekas. Ada murid yang memasukkan pasir dahulu..hasilnya bola golf tidak muat untuk dimasukkan ke dalam bekas kerana telah dipenuhi oleh pasir, batu kecil dan guli.

Ada juga yang memasukkan bola golf dahulu; diikuti batu kecil, guli dan pasir. Hasilnya kesemua bahan itu boleh dimuatkan ke dalam bekas tersebut. Kemudian anak murid bertanya, " bagaimana dengan kopi?".

Guru itu tersenyum, " bancuh kopi, minum dan relakslah!"

Ya, sekiranya kita hanya memikirkan perkara-perkara yang remeh-temeh dalam hidup kita, pasti kita tak boleh nak selesaikan masalah/perkara besar. Sebaliknya jika kita selesaikan perkara yang besar dahulu , perkara yang kecil akan jadi mudah.
Pendekata, harus tahu priority kita. Dahulu erisya terlalu pentingkan tugas di pejabat. Balik kerja pukul 8 malam. Sampai rumah hampir pukul 9 malam. Tak sempat nak bermain dengan anak. Kadangkala, hujung minggu juga erisya ke pejabat ...maklum, banyak perkara yang harus dibereskan. Tugas teknikal, bukan-teknikal, pengurusan dan entah apa-apa lagi lah. Bagi mengelakkan 'backlog' erisya terpaksa menggunakan waktu lepas pejabat untuk menaip laporan-laporan yang harus diserahkan kepada pelanggan. Mulanya erisya jarang-jarang pulang lewat, tapi akhir nya dah jadi kebiasaan pula. Tanpa erisya sedari, telah abaikan tugas yang lebih penting iaitu ibu! erisya khilaf kerana tak perasan anak-anak mengeja sayang sebagai M-A-S-A. Tiada ertinya mainan yang mahal bagi mereka jika kita tiada masa nak main bersama.

Erisya hanya tersedar bila anak bongsu erisya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sejak itu, seboleh mungkin erisya pastikan keluar pejabat tepat 5.30 petang! Cukuplah mengabdikan diri selama 8 jam. Waktu selebihnya adalah milik erisya sekeluarga. Biar pulang 12 malam, tugas pejabat takkan habis! Pemergian anak bongsu banyak mengajar erti kehidupan kepada erisya. Sesungguhnya hidup ini amat singkat!

Friday, September 26, 2008



HAPPINESS IS AN UNLISTED


TELEPHONE NUMBER






(Merrill Douglass)





INSAN BOLEH BERDUSTA DENGAN KATA,
TAPI BUKAN MATA...
FOTO: steppina on Flickr

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Erisya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga berbahagia disamping keluarga tercinta.
TAKBIR BERGEMA
MENYAMBUT SYAWAL TIBA
TANGAN DIHULUR
MAAF DIPINTA, MOGA
UKHUWAH BERKEKALAN

TERIMA KASIH


Terima kasih kak sakura di atas kad yang indah ini.

pohonan hijau
membayangi mentari
hangat dakapan
kasih utuh merimbun
bawah payungan Tuhan


Wednesday, September 24, 2008

TOBAT

Pada zaman nabi Musa as pernah berlaku kemarau yang panjang. Mereka lalu bertemu nabi Musa as dan memintanya agar berdoa kepada Allah swt agar menurunkan hujan. Nabi Musa as pergi bersama 70,000 orang ke satu kawasan lapang untuk melakukan solat bagi meminta hujan. Namun, hari semakin terik. Awan yang menutup langit turut menghilang. Maka, nabi Musa as berdoa lagi.

Lalu Allah swt berfirman kepada nabi Musa as, " Wahai Musa, di antara kalian ada seseorang yang bangga menampakkan perbuatan dosanya kepada Kami. Dia telah melakukannya sejak empat puluh tahun yang lalu. Suruhlah dia keluar dari lingkungan kalian. Kerana dosanya, kalian tidak mendapat curahan hujan dari langit."

Musa as pun berdiri di hadapan umatnya. Lalu berseru (disampaikan oleh Allah kepada khalayak yang ramai itu), " Wahai pelaku maksiat yang menampakkan kemaksiatannya kepada Allah selama empat puluh tahun, keluarlah dari lingkungan kami!Kerana dosamu, hujan tidak turun."

Mata pelaku maksiat meliar ke kiri dan kanan. Barangkali ada orang lain keluar dari kumpulan mereka. Namun, akhirnya dia sedar bahawa dirinya lah yang dimaksudkan oleh nabi Musa as. Dia berkata dalam hati, " Jika aku keluar, terbongkarlah kejelekanku di hadapan Bani Israel. Tapi jika aku diam saja di sini, pasti aku dan mereka akan binasa kerana kemarau dan paceklik (kebuluran)."

Diapun menutup wajahnya di dalam baju lalu berbisik, " Ya Tuhanku, ku telah bermaksiat kepada-Mu selama empat puluh tahun dan Engkau telah memberikan tangguh kepadaku. Hari ini, ku menghadap kepada-Mu sebagai seorang yang patuh, bertobat dan menyesal. Terimalah tobatku, dan tutuplah aibku di tengah manusia, wahai Tuhan yang paling mulia dari segala yang mulia." Belum selesai hamba itu berkata, tiba-tiba awan putih menutup langit lalu turunlah hujan dengan sangat deras.

Nabi Musa as berdiri sambil berkata, " Ya Tuhanku, Engkau telah menurunkan hujan kepada kami, padahal tiada seorangpun keluar dari kumpulan kami."

Allah swt lalu berfirman kepada nabi Musa as bahawa orang yang telah menyebabkan hujan tertangguh telahpun bertobat kepada-Nya. Nabi Musa as pun memohon agar Allah swt perlihatkan hamba yang patuh dan bertobat itu kepadanya.

Allah swt menjawab, " Hai Musa, ketika dia berbuat maksiat kepada-Ku, Aku tutupi aibnya. Bagaimana mungkin Aku akan membuka aibnya setelah dia bertobat kepada-Ku?"

PERCIKAN IMAN

Ali bin Abi Thalib berkata, " Barang siapa memiliki enam hal, ia didambakan syurga dan dijauhkan dari neraka:

1. Mengenal Allah lalu mentaati-Nya
2. Mengenal Setan lalu menentangnya
3. Mengenal kebenaran lalu mengikutinya
4. Mengenal kebatilam lalu menjauhinya
5. Mengenal keduniaan lalu menolaknya
6. Mengenal akhirat lalu berusaha meraihnya"

LENA



JANGAN MELIHAT DOSAMU
YANG KECIL, TETAPI
LIHATLAH KEPADA SIAPA
ENGKAU BERBUAT DOSA
(Bilal bin Sa'ad)




desiran bayu
memecah sunyi malam
hati bergetar
hembusan hidayah -Mu
kejut lena yang panjang

HALAL vs KOSHER


Dulu, erisya menganggap bahawa makanan yang kosher adalah halal dimakan. Maklum, orang yahudi ada banyak persamaan dengan kita seperti sembelih haiwan untuk dimakan, bersunat dsbnya. Rupa-rupanya anggapan erisya salah belaka. Kosher tidak sama dengan halal dalam erti kata yang sebenarnya.

Kashrut (bahasa hebrew) adalah sistem peraturan pemakanan Yahudi. Kosher (kashur dalam Hebrew) pula memberi makna sesuai untuk dimakan. Walaupun, cara penyembelihan adalah lebih kurang sama, namun keduanya adalah dua entiti yang berbeza dari segi makna dan rohnya. sebagai contoh, Islam mengharamkan alkohol, arak, wain dan dadah. Sedangkan makanan/minuman ini ditandakan sebagai kosher oleh orang yahudi.

Gelatin,yoghurt,marshmallow dan keju pula dianggap kosher oleh Yahudi tanpa mengira sumbernya. Manakala bagi Islam, ianya tidak halal jika berasal dari sumber 'non-zabiha' (tidak disembelih). Enzim yang digunakan hendaklah benar-benar dari sumber yang halal. Oleh itu, sebarang makanan seumpamanya yang bertanda kosher tidak semestinya halal.

Untuk maklumat lanjut tentang makanan halal, boleh merujuk http://www.halalscience.0rg/

Adalah perkara yang menyedihkan sekiranya umat Islam sendiri tidak memperdulikan lagi soal makanan halal/haram. Adakalanya erisya rasa tertekan, siapakah yang akan menjawab soalan Allah nanti, orang teknikal (termasuk erisya), penguatkuasa yang bersikap lepas tangan atau pengguna sendiri yang tak ambil kisah dengan makanan yang dimakan?

JAHAT DIBALAS BAIK

"TOLAKLAH KEJAHATAN ITU DENGAN CARA SEBAIK-BAIKNYA,
SEHINGGA ORANG YANG BERMUSUHAN DENGANMU
AKAN MENJADI KAWAN SETIA, DAN SIFAT SEUMPAMA ITU
TIDAK DIKURNIAKAN-NYA KEPADA SESIAPAPUN,
MELAINKAN ORANG-ORANG YANG BERSABAR, DAN TIDAK
DIBERIKAN-NYA MELAINKAN KEPADA
ORANG YANG MEMPUNYAI KEBERUNTUNGAN YANG BESAR"
(S.Fushshilat:34-35)
Kata Anas bin Malik:
Itulah orang yang bila dicaci-maki oleh saudaranya lalu ia berkata,
" Andaikata anda telah berdusta dalam caci-makimu itu, mudah-mudahan Allah ampuni anda. tetapi jika anda benar dalam ucapanmu itu, mudah-mudahan Allah ampuni saya"

Tuesday, September 23, 2008

DOA SAHABAT

HADIS:


"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"



"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali

NASIHAT IBNU QAYYIM

Dalam hati manusia ada kekusutan, tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.


Dalam hati manusia ada keganasan, tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.


Dalam hati manusia ada kesedihan, tidak akan hilang kecuali suka mengenali Allah swt.


Dalam hati manusia ada kegelisahan, tidak akan tenang damai kecuali berlindung dan bertemu dengan-Nya


Dalam hati manusia ada penyesalan, tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya; redha dengan Qadha dan Qadar-Nya; sentiasa sabar hingga bertemu dengan-Nya


Dalam hati manusia ada hajat, tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya


Sentiasa berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya


Andai dunia dan isinya diberikan, masih lagi tidak dapat membendung hajat hati hamba-Nya

TAUBAT


PERTIGA MALAM
KOKOK AYAM BERTALU
TERKEJUT JAGA
MULUT BASAH BERTASBIH
MENANTI SUBUH TIBA


Rasulullah saw pernah bersabda kepada Aishah ra, Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya."


( HR Bukhari, Muslim dan Ahmad).






"Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."




(S. Az-Zumar:53)


foto: photo passion on Flickr

Monday, September 22, 2008

RAMADHAN


SINAR TAHAJUD
TERANGI LIKU JALAN
HUJUNG RAMADHAN
FOTO: zebogen on flickr

LAILATUL QADAR

MALAM YANG GANJIL
TURUN HUJAN GERIMIS
TERANGI RUMAH
SAMBUT TETAMU LANGIT
BAWA SERIBU RAHMAT


Sepuluh malam yang akhir menjadi rebutan para mukmin. Mega pahala ditawarkan kepada orang yang beramal. Setiap kali bulan ramadhan, erisya akan teringat dengan seorang nenek yang tinggal di KL ini.Walau sudah lama berlalu namun erisya takkan melupakan kisah ini. Nenek ini seorang yang kuat beramal. Pendekata amalan sunat dah menjadi kewajibannya. Suatu pagi, jirannya seorang lelaki beragama Hindu bertanya, "semalam siapa datang rumah aci?" Nenek tu jawab tiada tetamu. Jiran tersebut tak puas hati," malam tadi saya nampak rumah aci banyak terang. Ada ramai orang pakai baju putih dalam rumah". nenek itu hanya tersenyum; dia sibuk bertahajud malam tadi, tak mungkin dia melayani tetamu yang bertandang!

Sunday, September 21, 2008

JALAN PULANG


RIANG BERKICAU
TERBANG MENUJU AWAN
DI BALIK KACA
MATA SAYUP MEMANDANG
INGIN PULANG BERSAMA


FOTO:Nesher Guy on Flickr




Petang ini, sahabat baik erisya akan pulang ke PP. Flight pukul 4.30 ptg. Erisya tak dapat menghantarnya kerana malam ini, harus ke KLIA untuk menghantar anak saudara yang akan pulang ke Tokyo pula.


Setiap kali sahabat baik erisya meninggalkan KL, erisya sedih. 15 tahun kami bersahabat. Susah senang kami bersama. Tawa tangis kongsi berdua. Meskipun telah berkeluarga, persahabatan kami tetap utuh. Masih teguh walau dihambat jarak dan masa.

Saturday, September 20, 2008

DAP



BURUNG DI DAHAN

TIDAK LAGI SENDIRI

BERLAGU RIANG

SENADA SEIRAMA

NIKMATI SISA CINTA




FOTO:Essjay in NZ on Flickr



Buat teman Erisya yang sedang Di Alam Percintaan (DAP)

LOVE


WE MAY GIVE WITHOUT LOVING,
BUT WE CANNOT LOVE WITHOUT GIVING
-ANONYMOUS-
FOTO:tudor11uk on Flickr

BULAN


MALAM YANG PANJANG

BULAN TERSENYUM INDAH

MENDAKAP ERAT

SEAKAN TAK LEPASKAN

DAKU DARI KENANGAN



FOTO: KAREN FROM MICHIGAN on Flickr

CACI

Ubaid bercerita kisah dua orang wanita yang berpuasa. Kedua-duanya hampir mati kehausan. Seorang lelaki telah memaklumkan kepada rasulullah saw. Baginda memalingkan muka. Lelaki itu lalu berkata lagi," Ya nabi Allah. Sungguh! keduanya hampir mati kehausan". Maka keduanya di bawa ke masjid . Seseorang membawa sebuah mangkuk besar. Rasulullah lalu mengarahkan mereka berdua muntah ke dalam mangkuk besar tersebut. Wanita itu memuntahkan nanah, darah, daging dsbnya sehingga penuh mangkuk tersebut.

Kemudian rasulullah saw bersabda," Kedua wanita ini berpuasa dari apa yang dihalalkan Allah kepada mereka. Tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan Allah terhadap mereka. Yang satu mencaci yang lain, maka mereka memakan daging manusia bersama-sama".

(Hadis riwayat Ahmad)

TAWADDHUK


Mainan hidup. Di atas atau di bawah. Ada peraturannya. Ada pantangannya.
Tak selamanya di atas. Tiba masa, pasti ke bawah juga.
.


SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH
MEWAHYUKAN KEPADAKU:
'BERTAWADDHUKLAH KAMU
SEHINGGA SESEORANG
TIDAK BERMEGAH-MEGAH
ATAS SESEORANG,DAN
SESEORANG TIDAK BERLAKU
ANIAYA ATAS SESEORANG.
(Hadis riwayat Bukhari)

Friday, September 19, 2008

DIDIK


TIDAK ADA PEMBERIAN ORANG TUA
KEPADA ANAKNYA YANG LEBIH BAIK
DARIPADA BUDI (PENDIDIKAN) YANG BAIK
(Hadis riwayat Tarmizi)
BERBICARALAH KAMU BERDUA (MUSA DAN HARUN)
KEPADANYA (FIR'AUN), DENGAN KATA YANG
LEMAH -LEMBUT, MUDAH-MUDAHAN DIA
INGAT (SEDAR) DAN TAKUT
(Surah Thaha:44)
Mengingatkan diri erisya,
adakah erisya lebih baik dari nabi Musa dan nabi Harun?
adakah anak sejahat Fir'aun?
Sehinggakan erisya tak boleh mendidik anak dengan lemah - lembut?

REZEKI



Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi kepada para malaikat yang membagi-bagikan rezeki:

"Hamba manapun yang kamu jumpai, yang cita-citanya hanya satu (semata-mata untuk akhirat), berilah jaminan rezekinya baik dari langit mahupun dari bumi.
Dan hamba manapun, yang kamu jumpai mencari rezekinya dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah dia rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya.
Dan jika ia telah melampaui batas kepada selain itu, biarkanlah ia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah Aku tetapkan untuknya."

(hadis riwayat Abu Naim)











Lokasi fotografi: Kuala Sungai Pinang , Pulau Pinang







JEJAK YANG HILANG


Di pantai ini, telah kita tinggalkan jejak
kenangan terindah.
Masa berlalu. Musim berganti.
Tanpa sedar, jejak itu telah lama padam
dihanyut ombak.
Lokasi fotografi: Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong (sebelum Tsunami meragut 30 nyawa )

TERHAMPAR

SEJURUS SEBELUM SIANG
JARAS NAFAS MENYUSUR SUBUH
TUMIT MATAHARI TERHENDAK
DI UFUK TIMUR
BERSAMA CENGKAMAN AKHIR UNTUK BERLEPAS
AKU MENGHANTAR DOA KEPADA-MU
TADI MALAM SEBELUM ISTIRAHAT
AKU GILIS SEGALA SULUR MIMPI
YANG BURUK-BURUK
DARMA MOHAMAD, 1987

Lokasi fotografi: pantai berhampiran Jambatan Pulau Pinang.

Thursday, September 18, 2008

MALAM

MALAM BAGAI SEHELAI DAUN
TERHAMPAR DI RUANG KAMAR
LALU AKU BARING DI ATASNYA
KEDINGINAN

DARMA MOHAMAD,1976










FOTO: swardraws on Flickr

PENGGALI KUBUR BERKATA KEPADAKU


ENGKAU PATUT TURUN KE SINI
SEBENTAR DALAM HIDUPMU DAN RASAKAN
HAWA BUMI DALAM LAHAD INI
SENTUHLAH BUTIR-BUTIR PASIR
TEMPAT TUBUHMU AKAN DIHAMPARKAN
SETELAH ENGKAU MENJADI MAYAT
DAGING BUMI ITULAH YANG AKAN
MENGGARAMI JASADMU DAN TULANGMU
SELUMAT-LUMATNYA. ENGKAU PATUT BERTANYA
KE MANA ROHMU SETELAH TUBUHMU DIBUNGKUS
LAHAD INI
ENGKAU PATUT TURUN KE SINI
SEBENTAR DALAM HIDUPMU DAN RASAKAN
UDARA PENGAP DALAM LAHAD INI
TAFAKURLAH ENGKAU
DI LANTAI TANAH
DI DINDING TANAH
DI BUMBUNG TANAH
UNTUK NANTI MENGEMBALIKAN MAKRUF
ENGKAU PATUT MENGHITUNG
BERAPA TAPAK JARAKMU HIDUP
DENGAN JARAK LAHAD INI
Pasir Mas, 1990
DARMA MOHAMAD
Kumpulan Puisi Bernafas Islam
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2003

KEBEBASAN



KEBEBASAN ITU
SEJAUH PANDANGAN MATA
TAPI BOLA MATA TERSENGKANG
ANTARA SOKET MATA
KEBEBASAN ITU
SEJAUH JANGKAUAN AKAL
TAPI SEKEPAL OTAK TERKURUNG
ANTARA TEMPURUNG KEPALA
1988
DARMA MOHAMAD
Antologi Puisi Gernyut Nafas
terbitan PENYAIR, 1989

ANAKKU SAYANG











Pelbagai reaksi cahaya mata erisya. Tawa dan tangisnya menjadi penawar. Kenakalannya membuat erisya marah dengan bibir terkatup rapat menahan tawa.

JANJI


DERUAN AIR
MEMECAH SEPI ALAM
MEMBISIK KATA
KASIH TAK MUNGKIN HILANG
MESKI BANYAK MENGHALANG
Foto diambil di Air Itam Dam, Pulau Pinang. Air ini masih bersih kerana belum tercemar oleh aktiviti manusia. Erisya minum air sungai tersebut, rasanya agak pahit seperti air rebusan akar kayu yang sangat cair. Memang menyegarkan! Bagaimanapun, erisya tidak mandi di sini walau kesejukan air begitu kuat menggoda kerana pihak PBA TIDAK membenarkan camping ataupun mandi di sini.