Tuesday, November 25, 2008

WANGIAN

hypnose
poeme


Dua pewangi kegemaran erisya yang baru erisya beli di KLIA baru2 ni. Sebetulnya, inilah kali pertama erisya membeli pewangi sendiri. Selalunya teman yang hadiahkan. Kerana saiznya yang cute (minatiure) erisya pecahkan rekod peribadi (kedekut) membeli pewangi tersebut. Selama ini, erisya tak minat menggunakan pewangi! Entah kenapa, pulang dari PP erisya dah berubah....hmmm...buang tebiat ka? Biasanya ada dua masa wanita dikaitkan dengan perubahan sikap. Pertama: ketika hamil.... Kedua: sebelum menjelang ajal. Oooops! yang pasti, erisya tidak termasuk dalam golongan pertama tuh!
Erisya teringat dengan cerita teman baik erisya dulu, sejam sebelum pemergian ayahnya, arwah sempat menulis dalam diari. Terasa ada angin yang bertiup di liang romanya. Terasa sejuk. Tak pernah rasa begitu sebelum itu. Hmm..ada beberapa lagi tanda namun erisya tak ingat lagi (maaf!).
Kisah kedua pula, kisah rakan sekerja suami. Pulang ke rumah pada lunch break ...bukan untuk menjamu selera tapi membaca surah yassin ! Petang itu beliau tidak pulang ke tempat kerja. Disahkan meninggal!
Kisah ketiga pula tentang seorang wanita yang menjual kain dari rumah ke rumah. Tiba di rumah sedara erisya, makcik tuh minta segelas air sejuk. Dahaga katanya. Sebaik sahaja menelan seteguk air,makcik tu terkulai jatuh! Disahkan meninggal di tempat kejadian. Jenuh juga sedara erisya disoal jawab ngan pihak polis! Mungkin mereka syak makcik itu diracuni kerana tak mahu bayar hutang kain! Ish!...motif yang lemah!
Hmm...bila erisya dengar kisah tuh...erisya rasa mereka amat bertuah ...mudah betul meninggal tanpa sakit tenat di hospital atau kemalangan yang mengerikan. Giliran kita ntah macammana pula! Sebelum melahirkan anak sulung dulu, erisya pernah bermimpi seorang ustaz mengajar ayat agar memudahkan sakaratul maut....wheewwww...mengerikan! Dalam mimpi tersebut erisya tak puas berdoa agar diberi kesempatan melihat baby membesar....syukur, erisya selamat melahirkan!

11 comments:

  1. kita tak sedar kiranya itu tanda mereka akan pergi..amalan membaca surah al-mulk akan memnudahkan saat kematian kita..insya-allah..bile teringat betapa sakitnya Nabi Muhammad S.A.W sakit saat sakaratul maut...aku rasa sedih sekali bila baginda masih mengingati umatnya dan sangat menakutkan bila teringat kekerapan malaikat maut menjenguk kita tapi terasa bahagia dan rindu bila mengingatkan akan bertemu penciptaku..saya link erk...

    ReplyDelete
  2. Akhirnya saya semakin seronok membaca ' cara ' erisya menurunkan cerita ( saya pencinta bahasa walaupun kat Universiti ambil Bio ) - mengenai mati : saya tidak banyak pengkiraan sekarang - saya tafsirkan apa yg saya lakukan adalah dakwah yg tidak mungkin saya mampu zahirkan dalam bentuk lain. Diharapkan ilmu yg menyalir pada anak2 dan rakan2 yg pernah bersama saya mampu memberi sedikit ' markah ' kepada saya.....

    ReplyDelete
  3. Salam Erisya...

    Saya pulak suka sangat dengan perfume sebab itu setiap kali birthday, hubby akan belikan minyak wangi.

    Sebut pasal kematian, gementar rasa sebab terasa diri belum bersedia tapi mati itu tidak menunggu kita bersedia sebaliknya kitalah yang kena berusaha bersedia menerima kebatangannya.

    ReplyDelete
  4. Salam anakanda erisya.

    Itu dikatakan buang tabiat.

    Apa pun kematian mesti datang menjengah semua makhluk yang hidup hatta malaikat sekali pun.

    Tapi ada segelintir insan yang tahu hari dan saat kematianya.

    Perkara begitu hanya didapati dengan anugerah Allah.

    Uncle juga tidak suka minyak wangi. Pada hari lahir uncle tahun lepas, aunty hadiahkan minyak wangi, tapi sampai sekarang dah lebih setahun tak habis-habis lagi. Jarang pakai.

    ReplyDelete
  5. Farhana, betul tuh...surah al mulk dapat lindungi dari siksa kubur...tapi erisya sendiri tak constant mengamalkannya :(

    Jinggo, iya..semoga coretan kita turut mendapat pahala :)

    salam tirana, best nyer kerana suami memahami citarasa tirana. erisya baru belajar2 guna perfume...tapi suami beri amaran..jgn guna di luar rumah :)..adakala kita juga menyangka masih lambat ajal menjemput...semoga istighfar kita diterima-Nya

    salam uncle,

    iya ada yang tahu bila akan meninggal, khususnya para alim ulamak. Siap boleh beritahu tarikh dan waktu dengan tepat!Golongan itulah yang tak sabar2 menanti pertemuan ngan Ilahi!

    ReplyDelete
  6. ooops! sori uncle...nak tambah sikit...sian kat aunty...uncle tak suka pakai perfume tuh...kena habiskan sebelum ulangtahun 2009, tau...:) nanti aunty tak mau kasi hadiah lagi ;)

    ReplyDelete
  7. Erisaya akak suka mandi minyak wangi he he he

    ReplyDelete
  8. wahh..kisah yang menginsafkan..ingat2lah kematian sebelum penyesalan menyelubungi diri..ingatlah ajal akan menjemput setiap insan pada bila2 masa...erisya ada fs tak?semalam entah macam mana erisya bleh masuk dalam mimpi...lawa betul la erisya dlm mimpi tapi bukan macam photo kat profile tu tau...hehee...

    ReplyDelete
  9. erisya, jgn lah cakap buang tebiat nak mati, takut lin dgr.. Lin ada fakta pasal tu, nnt lin post balik yer kat dlm blog.. Menginsafkan!

    ReplyDelete
  10. my dear jemput ke blog akak ambil hadiah ya

    ReplyDelete
  11. kak sakura...wah camni tokeh minyak wangi yang untung besar huhuhu

    ajeem....mana tahu tu erisya huhuhu ntah sape menyamar!

    Lin, nanti post ya...kak erisya nak baca! TK

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah