Thursday, November 20, 2008

HARI KE 3

Semalam sempat juga erisya membawa teman2 seapartment makan nasi kandar. Pertama kali ke PP. Syukur mereka bear2 suka nasi kandar walau agak spicy. Erisya bawa mereka pusing2 ke BJ complex. Mereka teruja dengan fesyen pakaian melayu di situ....memang cantik...errr cuma harga tak berapa cantik! Pengalaman ketika kecil buat erisya agak kedekut berbelanja. Bajet sepasang baju kurung hanya RM150. Kalau beli nilai yang lebih pun kerana ada diskaun! Malah jika ada jamuan pun erisya tak reti makan jika makanan penuh meja! Cukuplah satu jenis lauk dan satu jenis sayur. Biasanya erisya hanya ambil makanan yang terhampir sahaja...hmmm susah nak buang tabiat ini ...kesian juga kepada mereka yang pernah belanja erisya makan...terutama buffet!

Pulang dari window shopping, kami ke rumah kakak pupu. Rasa gembira bertemu kak N dan Abg L....rupanya sekarang sistem universiti dah berubah....boleh memohon jawatan dengan mudah. Hmm...patutlah seseorang telah offer nak rekomen erisya bekerja di universiti tempatnya bekerja! Hmmm....sebetulnya , bagi erisya , bidang pendidikan suatu amanah yang amat mulia. Tak mampu erisya pikul. Atas dasar itu juga erisya tak minta KPLI. Erisya sedih bila teman2 memohon KPLI kerana tiada pekerjaan bukan kerana minat! Tapi, tak boleh nak salahkan mereka....keperluan hidup! Dulu pernah isi borang KPLI, tu pun kawan yang tolong isi borang dan beri duit setem! Selepas erisya pulang dari kena 'basuh' dengan timbalan dekan, erisya telah istikharah ...ternyata erisya bermimpi mengisi borang SPA!

Abg L juga beritahu Dr S dah tiada di universiti itu lagi. Hmm...mungkin dah bersara. Prof A pula telah lama meninggal dunia kerana kanser! Sedihnyeeee....prof A adalah pendidik yang baik. Teringat pula citer prof H tentang kajiannya berkenaan kanser. Tenaga pesakit kanser adalah rendah (dikira dalam unit volt). Amat jauh bezanya dengan orang yang bebas kanser. Namun tenaga orang yang kuat berzikir amat tinggi! (maaf jika ada kesilapan kerana erisya pun dah ingat-ingat lupa citer ni....nanti lah erisya akan confirm ngan prof, jika dah publish!)....Hmm teringin pula nak survey, berapa peratuskah orang yang kuat berzikir bebas kanser! Selain dari aura yang positif, pemakanan juga penting untuk pesakit kanser. Ramai yang sembuh bila mereka bertukar diet pemakanan. Malah ada yang telah berada di paras 3 atau 4....Dr dah beri tempoh 6 bulan jer untuk hidup...namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya! Ternyata masih ada yang mampu melawan pembunuh senyap tersebut!

4 comments:

  1. Erisya kepada insan2 yang terlalu baik buat kita mereka tetap didalam hati kita.

    ReplyDelete
  2. saya dah hilang suara - kata2 : semuga dunia ni terus dihuni oleh orang yg baik2.....

    ReplyDelete
  3. betul kak sakura, erisya selalu doakan semua yang telah banyak membantu erisya, tak kiralah yang Islam atau bukan Islam; terutama para guru erisya...walau mereka cuma mengajar satu ayat!

    ReplyDelete
  4. Cerita pasal kanser nih, Lin ada buat post terbaru. Penting utk org perempuan! ada masa nnt erisya baca yer..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah