Monday, November 24, 2008

AYAT MUNJIYAT


Dengan menyebut dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah 'Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakal." (at-Taubah:51)

Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Yunus:107)


Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan tidak ada satu binatang melatapun di bumi melainkan Allah lah memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (Hud:6)




Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya kubertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada sesuatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Hud:56)



Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Ankabut:60)


Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tiada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Bijaksana. (Fathir:2)






Dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan sesungguhnya jika kami bertanya kepada mereka,"siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"nescaya mereka menjawab, "Allah". Katakanlah, "maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat nebghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?" Katakanlah,"Cukuplah Allah bagiku. kepada-Nyalah orang-orang yang berserah diri bertawakal."

(az-Zumar:38)


Seperti yang erisya janjikan kepada seseorang, Erisya masukkan tujuh ayat al-Quran yang dinamakan ayat munjiyat dan terjemahannya dalam n3 ini. Ayat ini adalah ayat penyelamat dari berbagai kesusahan.

Ramai yang bertanya, apakah erisya tak pernah dilanda masalah? Bagaimana erisya boleh sentiasa ceria jika ada masalah? Benar, erisya jenis happy go lucky...sentiasa ketawa. Namun sebagai insan biasa adakalanya erisya merasakan erisyalah insan paling malang...sejak kecil tak habis-habis dilanda masalah. Tercari-cari kasih-sayang sejati dsbnya. Segalanya berubah setelah erisya membantu wanita yang sedang dalam kesusahan. Mereka dua beradik datang dari Kedah. Atas dasar kemanusiaan, erisya mengajak mereka bermalam di rumah. Si kakak tak putus-putus mengucapkan terima kasih dan menyatakan sesuatu yang tak pernah terlintas di benak erisya sebelum ini, " erisya bertuah na...memiliki segalanya yang diingini oleh wanita!" Entah kenapa, sejak itu ramai pula yang mengungkap kata2 yang sama kepada erisya!

Eh? Biar betul...sejak itu, erisya tersedar sesusah manapun, masih ada lagi orang yang lebih susah dari erisya...kenapa merungut? setinggi manapun, pencapaian erisya, masih ada orang yang lebih tinggi...kenapa sombong? Erisya yakin semua ujian yang menimpa adalah untuk menghilangkan rasa sombong di hati. Agar erisya sentiasa sedar diri betapa erisya amat mengharapkan rahmat Allah.

Tiap kali dalam kesedihan, ayat 7 ni sentiasa di bibir erisya. Ternyata Allah sentiasa memberi bantuan baik dalam mimpi atau di alam nyata. Di saat anak bongsu nazak di ICU, ayat ini jugalah yang beri kekuatan. Syukur walau menghabiskan masa di kaki lima ICU bersama suami dan anak sulung, kami masih kuat. Ada sahaja insan menbantu. Malah aci yang bekerja di hospital turut doakan anak erisya di kuilnya! Menurutnya, dia terharu lihat ketabahan erisya.

Suatu hari, selepas membaca ayat munjiyat, erisya terlena. Tetiba erisya terjaga dan terdengar ada suara yang memberitahu, " jangan risau, Allah jaga Aqil". Jujur, sejak bersalin, itulah kali pertama erisya berasa begitu tenang. Setenang-tenangnya...Kemudian erisya masuk ke ICU untuk menyimpan susu. Namun, ketika itu ramai doktor pakar mengelilingi katil Aqil. Rupanya Aqil sedang nazak. Ketika itu entah kenapa, tiada air mata yang mengalir. Seolah telah kering. Erisya hanya mampu memegang ubun-ubun Aqil ...sambil dalam hati cuba memohon agar nyawa kami ditukarganti...sebagai ibu, tak sanggup melihat dada Aqil berombak-ombak....

Buat teman2 yang bertanya tuh, itulah kekuatan kita ...DOA. Maaf jika erisya tiada empati...namun sejak kematian anak, erisya merasakan segala masalah yang datang adalah kecil belaka. Tak perlu kita tension....KUN FAYAKUN....pertolongan Allah sentiasa hampir...bersabarlah menanti ketentuan-Nya...semuanya hanya berlaku dengan keizinan-Nya belaka

13 comments:

  1. Salam buat erisya.

    Apa saja yang ada di dunia ini adalah milik Allah dan tidak akan bergerak walau sebesar zarah sekali pun tanpa izin Allah.

    Uncle kagum dengan kekuatan yang erisya dan suami miliki. Lahaulawala quwwatailla billahil aliyyil azim.

    Di situlah pokoknya. Teruskanlah apa yang erisya amalkan sekarang melainkan yang tidak sesuai dengan kita. Insya Allah Tuhan yang maha pemurah akan merahmati erisya sekeluarga.

    Itulah sebenarnya yang Allah mahukan kita lakukan. Menolong orang yang susah satu kewajipan bagi yang lebih senang. Insya Allah rezeki akan dilimpahi dengan berkat.

    Tahniah dari uncle kerana erisya telah lulus ujian Allah yang cukup pedih untuk diterima. Bagi uncle belum tahu lagi sebab selama ini uncle tidak diuji sedemikian beratnya.

    Percayalah kebaikan akan dibalas dengan kebaikan jua.

    Oh.. ya arwah anak erisya tu sakit apa?

    ReplyDelete
  2. Eh eh eh ... hidup ini penuh cobaan.Ini bukan blok politik lah, ini betul-betul luahan rasa akak Erisya tau ! Anyway vanakam and nandri !

    ReplyDelete
  3. Saya yakin dan percaya kepada apa yg puan tulis - hidup ini adalah umpama main ' boomerang ' - kita memberi dan akhirnya akan menerima. sedaya kita jadi sebaik umatNya......dan saya membesar ( hari ini ) dengan pembikinan yg amat dasyat untuk selingkarkan : tapi segalanya KUN FAYAKUN......

    ReplyDelete
  4. Maksu,uncle,PK dan jinggo...
    terima kasih. sebetulnya semua kisah di blog ini tak pernah erisya kongsi bersama teman2... selepas 3 tahun baru erisya boleh luahkan kesedihan hati...tu pun dalam blog sahaja! Aqil dilahirkan tak cukup bulan kerana erisya terlalu sibuk dengan tugas hingga melanggar arahan doktor. Pakar bayi hanya ada di hospital alor setar dan kuala lumpur. keadaan Aqil yang lemah tidak memungkinkan kami memindahkannya ke mana-mana hospital. Malah katil di ICU tak cukup....segalanya bermula bila aqil dipindahkan ke unit lain bagi memasukkan bayi lain ke katilnya. ketika proses pemindahan suami bertegas agar menanti erisya dulu kerana suami takut erisya tak dapat melihat aqil ketika hayatnya...maklum, keadaannya amat kritikal! Dr juga menyesali tindakan tersebut...sudah tertulis.seperti yang telah erisya tulis dalam n3 lama....erisya amat terhutang budi kepada en haris dari trengganu yang tidak putus memberi kami semangat meski kami tidak pernah bertemu atau kenal sebelum itu. Allah hu akbar! menghantar seseorang yang tak pernah kami kenal kepada kami sekeluarga di saat dilanda musibah!Semua teman baik suami turut membantu ...menguruskan pengkebumian dsbnya...tak mungkin dapat kami balas jasa mereka di hayat ini!

    ReplyDelete
  5. sayu membacanya tapi tahniah kerana terus kuat..betul..saat sakit,hanya allah tempat jadikan kita terus kuat.juga saat gembira,tidak sesekali melupai DIA.ayat2 yang dibaca tadi,insya-allah akan saya amalkan..moga ALLAH merahmati kita semua..amin

    ReplyDelete
  6. fahana...amalkanlah...insyaAllah akan rasai perbezaannya...:)..juga motivasi buat erisya agar terus amalkan....rugi besar jika pembaca blog ini amalkan sedangkan erisya terleka! :)

    ReplyDelete
  7. Lin patut panggil erisya kakak.. hehe,

    Suka sgt baca setiap bait kata yg dicoretkan. Bila Lin baca post kali ni, ada satu perasaan berdetik dlm hati.

    Apapun thanks pd kak erisya sbb membuatkan Lin terfikir sejenak dgn setiap dugaan yg Lin hadapi.)

    ReplyDelete
  8. Lin, di hujung tiap dugaan ada bonus yang menanti :) tapi kita jangan sombong..kena minta selalu ngan Allah esp selepas sepertiga malam...Allah sendiri ternanti2 kita meminta dari-Nya!

    ReplyDelete
  9. salam,
    hurm,saya ad dengar, kita kena bc selawat ni 100 kali, betul ke..
    mcm mn sbnrnya cara yg betul utk amalkan bacaan ni? lepas solat ke, bila2 ke.. ke mcm mana?

    ReplyDelete
  10. salam,

    maaf saya tak dengar hal sebegitu. Tapi bagi saya, ada baiknya buat kadar yang termampu. 3 x lepas solat dsbnya mengikut kemampuan diri. biar sedikit tapi yang penting consistent/isqamah. itu lebih baik daripada amalan yang banyak tapi akhirnya kita berhenti kerana tak mampu nak teruskan lagi wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Salam persaudaraan...

    Ayat diatas memang terkenal dengan Ayat 7 atau Munjiyat...

    banyak cara dgn mengamalkanya... salah satunya ialah membaca sekali setiap lepas solat Fardhu Subuh dan Magrib...dgn istiqamah...

    ReplyDelete
  12. salam persaudaraan. Thanks for the sharing!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah