Sunday, October 12, 2008



Khalid bin Maisarah telah bercerita berkenaan seorang sahabat yang selalu meriba anaknya ketika menghadiri majlis ilmu rasulullah saw. Suatu hari anak itu telah meninggal dunia; sejak itu, sahabat itu tidak pernah lagi datang ke majlis rasulullah saw. Rasulullah saw memanggil sahabat itu dan bertanya,

" Wahai sahabat, manakah yang lebih engkau sukai, bersama anak seumur hidupmu atau anak menunggumu di pintu syurga serta membuka pintu untukmu?

Jawab sahabat itu, " Ya rasulullah, pastilah kulebih suka dia menungguku di pintu syurga!"

Maka rasulullah saw bersabda, " Itulah yang akan terjadi kepadamu serta anak kesayangmu itu".

Mendengarkan itu, seorang lelaki dari golongan ansar bertanya apakah ianya khusus untuk sahabat itu sahaja.

Rasulullah saw menjawab, " Hal ini berlaku untuk semua muslim yang kematian anaknya."




(HR an-Nasai dan Baihaqi)




Sabda rasulullah saw, " Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-Nya, yang tidak mungkin dicapai dengan amalnya maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah berikan ketabahan dan dengan kesabarannya itu ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan Allah azzawajalla bagi dirinya".




(Ibn Abiddunya dalam kitabnya al Amradi wal-Kaffarat)

2 comments:

  1. salam Sdri:

    Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammmad SAW, yang tuhan janjikan NERAKA tempatnya, merupakan seorang yang sangat suka kepada bayi lelaki. Kegembiraannya ditunujukan semasa beliau mendengar Abdullah mendapat bayi lelaki, beliau sangat gembira dan memerdekakan sepasang hamba sahaya. Itulah kekuatan kasih sayang antara bayi dengan orang dewasa. Tapi bagaimana bayi2 sekarang dibuang dengan sewenang2nya..??? Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. salam sdr,
    Memang menyedihkan. Kebanyakannya benih Islam!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah