Tuesday, October 21, 2008

PENGGALI KUBUR

Erisya ingin berkongsi cerita tentang seorang penggali kubur di kampung. Ooopps! kisah ini tiada kaitan dengan penggali kubur di blogdrive yang tidak sukakan sajak (peminat pantun no1) tuh.

Penggali kubur ini bukan orang melayu. Telah berpuluh tahun menggali kubur saudara seagamanya yang terletak bersebelahan dengan perkuburan orang Islam. Suatu hari, penggali perkuburan Islam meminta bantuannya menggali kubur jenazah Islam. Kerana kesihatannya tidak mengizinkannya menggali kubur.

Tidak lama kemudian, penggali kubur bukan Islam tadi mengucap dua kalimah syahadat! Gempar! Angin tidak, ribut tidak dia bertukar akidah. Bila ditanya, dia menceritakan bahawa dia mendapat hidayah ketika membantu kawannya menggali kubur. Terbau wangian di dalam tanah yang digali. Malah ada angin sejuk keluar dicelah-celah lubang di dinding kubur tersebut (seperti air-cond.). Tak pernah dia merasakan begitu nyaman dan tenang menggali kubur!

Kata orang jika jenazah adalah orang yang baik, semua urusan pengkebumian akan dipermudahkan. Erisya kagum, Allah telah memberi hidayah kepada seseorang berkat amalannya meski selepas kematiannya!

Abu Rafi' meriwayatkan sabda rasulullah saw: "Sesiapa yang memandikan mayat dan menyembunyikan aibnya, maka Allah akan mengampuni sebanyak 40 dosa besar daripadanya dan sesiapa yang menggali kubur bagi saudaranya, sehingga dia turun menimbusnya, maka seolah-olah dia membuat rumah baginya, yang tahan sehingga saudaranya dibangkitkan".

p/s: kisah ini telah berlaku berpuluh tahun dahulu. Diceritakan kepada erisya oleh seseorang yang bertanggungjawab ke atas kes ini. Terdapat masalah 'teknikal' ketika penggali kubur itu ingin menukar status agama anak-anaknya. Bagaimanapun, kes itu telah selesai dengan baik.

4 comments:

  1. kalau begitu kene ramaikan lagi penggali2 kubur yang non muslim. herg herg herg..... nanti dieorang boleh convert islam.....herg herg herg.....

    Kuasa allah siapa yang tahu....

    :-)

    ReplyDelete
  2. sdr pendekar,
    bukan sumer jenazah Islam baik camtuh hehehe. Masa melihat foto keluarga penggali kubur tuh rasa sebak , betapa Allah memberi hidayah kepada sesiapa saja, tak kira apa cara!

    ReplyDelete
  3. Arisya,

    Uncle pernah bersama-sama menghantar jenazah kawan uncle mati kemalangan. Semasa hayatnya kawan uncle ini cukup jujur dan tawaddha'. Walau pun Allahyarham lepasan luar negara tetapi imannya cukup tebal.

    Jenazahnya seolah-olah enggan dikuburkan sehingga bunyi azan asar.

    ReplyDelete
  4. uncle mountdweller,

    menarik pengalaman uncle.betullah, kuburan adalah guru bisu buat kita yang masih hidup..pengubat hati yang mati.TK kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah