Saturday, October 4, 2008

CUTI2

Erisya ingin berkongsi foto yang erisya ambil ketika bercuti di PD selepas raya.





Salah satu pohon unik di perkarangan kamar hotel.Malangnya tak tahu nama pohon ini.













Bot-bot nelayan di kawasan berhampiran
















Masjid Jalan Lama, Port Dickson











Pandangan dekat puncak menara masjid yang unik























Ini adalah pokok kelulut yang hanya tumbuh di tepi pantai. Erisya tak suka biji2 itu terlekat di kaki seluar. Sakit bila terkena kulit! Pernah dengar orang mati kerana digigit obor-obor? Sebenarnya bukan digigit obor-obor tetapi geronggong (slanga utara). Geronggong ni berbentuk seperti gelas yang diterbalikkan. Di bahagian bawah seperti obor-obor tapi berwarna hijau fluoresen. Selepas digigit, kulit melecur dan menggelembung seperti kena air panas. Dalam masa 24 jam, sendi akan terasa sakit yang amat sangat. Jika digigit, cepat-cepatlah tumbuk biji2an kelulut dan tempelkan atas tempat yang digigit tadi , insyaAllah mujarab! Petua ini diajar oleh aruah pak mertua , seorang nelayan.
















Foto diambil ketika matahari terbit.















Foto diambil di lokasi dan waktu yang sama
















Ketika matahari terbit.















Antara aktiviti pantai , menaiki 'banana' .Harganya RM100 bagi satu trip (boleh dinaiki 4-10 orang). Erisya tak naik sebab sayang duit!(lagi satu alasan ialah erisya tak pandai berenang...mana tahu, erisya tercicir ke laut pula nanti!)















Ini adalah butiran pasir yang terhasil dari aktiviti ketam. (lubang di tengah adalah lubang ketam). pelbagai corak terhasil bila ketam mengeluarkan pasir dari terowong yang dibinanya di dalam tanah. Sekarang adalah musim ketam di PD. Eriysa suka lihat kepelbagaian corak yang dihasilkan. Seni juga ketam tuh!















Tempat erisya menginap. Jujur, erisya lebih suka Hotel Regency. Boleh dinner di tepi pantai. Romantis! Namun di saat ini, erisya tiada pilihan. Syukurlah dengan apa yang ada.




















Pemandangan waktu matahari terbenam di pantai Tanjung Tuan, Port Dickson. Kamera eriysa jenis biasa ajer, jadi tiadalah filter dsbnya untuk menghasilkan gambar yang lebih canggih.

2 comments:

  1. kak sakura, saja jer jalan2 ngan adik2 .nanti kita boleh gi sama-sama...dinner di tepi pantai!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah