Wednesday, October 29, 2008

LIPAT BAJU DALAM 2 SAAT

Bila menonton video ini, teringat ketika di Cape Town dulu. Erisya membantu tuan rumah melipat kain. Tak sampai hati pula melihat anak lelakinya menggulung-gulung kain masuk ke dalam bakul. Kebetulan ketika itu, ada dua orang tamu datang berziarah. Kami berbual mesra sambil mereka melihat erisya lipat baju. Mereka heran bagaimana erisya boleh lipat pakaian dengan kemas....seolah-olah telah diseterika. Mereka bertanya, tak perlu sterika ka selepas ini? Erisya jawab, akan seterika kemudian.

Mereka pelik. Rupa-rupanya telah jadi kebiasaan mereka menggulung-gulung sahaja kain ampaian sebelum disimpan dalam laci. Tak putus-putus mereka memuji lipatan pakaian erisya...hehehe mereka tak tahu satu Malaysia lipat pakaian camtu..! :)

Oh ya...teringat pula peristiwa ketika melawat sebuah institusi kesihatan di Kyoto dulu. Entah macamana , semasa menuju ke dewan seminar, erisya terlihat seorang lelaki sedang mengemas katil di dalam sebuah bilik. Ish! bukan niat nak intai, tau...erisya ternampak! Kemudian erisya tanyalah kat pegawai Jepun tuh...bilik apa ya? Erisya pelik. Bilik itu bukan wad orang sakit! Jawapannya membuatkan erisya terkejut beruk! ish! beruk pun tak terkejut camtu. Rupa-rupanya, bilik itu khusus untuk rawatan terapi kepada lelaki-lelaki bujang yang tidak tahan hidup bersendiri! Salah satu masalah di sana ialah peningkatan LELAKI BUJANG yang membunuh diri ! Antara terapi yang dijalankan ialah mengajar lelaki-lelaki tersebut cara berdikari..lipat baju sendiri, kemas katil sendiri, memasak dsbnya. Ehhh jangan silap faham! Itu bukan bermakna wanita Jepun kejam suka nak mematahkan harapan kaum lelaki di sana...Taraf hidup yang tinggi dan mas kahwin yang mahal (di sana mas kawin adalah standard bagi semua orang) membuatkan ramai pasangan kekasih yang tak mampu berkawin.

Bagaimanapun, kaum wanita yang bujang TIDAK menghadapi masalah sedemikian. Mereka fokus kepada karier, mengambil anak angkat serta hidup bahagia selama-lamanya. [Di sana, hanya wanita bujang sahaja yang bekerja. Para isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak kira sebesar manapun pangkat mereka, bila berkahwin mereka tumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak].

Aneh bukan? Situasi yang sama tapi pendekatan yang berlainan. Lelaki dan wanita buat pilihan yang berbeza....dan natijahnya juga tidak sama!

3 comments:

  1. Lain padang, lain belalang.
    Lain orang, lain ragam.
    Negara orang, kita sumbang
    Rakyat sendiri, mati bungkam.

    Tanam padi, tumbuh lalang
    Harapkan menteri, semua temberang.

    ReplyDelete
  2. Wah hebatnya kalau leh belajar lipat baju dalam 2 saat ajer....

    ReplyDelete
  3. uncle..menarik seloka uncle tuh hehehe harap lepas ni tukar menteri lain pula :)

    kak sakura..afiq pun dah pandai lipat baju ngan kemas...siap ajar pembantu rumah hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah