Saturday, October 11, 2008

AYAT-AYAT CINTA


Baru lepas menonton filem yang erisya nanti-nantikan selama ini (kedekut nak ke panggung wayang). Memang menyentuh perasaan.
1.Si isteri sanggup berkorban demi suami tercinta.
2.Lelaki akhir zaman masih mempertahankan prinsip keislamannya walau digoda 3 wanita jelita ( bukan satu tapi tiga!).
3.Allah mengajar Islam itu sabar dan ikhlas!
4.Rupanya cinta dan keinginan untuk memiliki adalah berbeza.
Pernah dulu erisya mempunyai seseorang yang ingin erisya miliki. Seorang yang dilahirkan sebagai tanda cinta seorang wanita cina dan lelaki Inggeris. Ketika kami berkenalan, si dia masih bekerja di HK. Sesekali pulang ke Malaysia menziarahi saudara mara di sini. Lautan luas telah membataskan pertemuan kami. Namun setiap kali menerima berita darinya, mood erisya melonjak tinggi, walau adakalanya cuma sekeping poskad!
Dalam pertemuan pertama kami, dia telah belikan erisya sehelai skaf di HK. Masa berlalu. Kami mula membincangkan sesuatu yang serius. Perkara yang amat penting buat erisya. Bukan perbezaan negara, bukan perbezaan budaya tapi perbezaan agama. Jujur, erisya bukanlah seorang muslim yang taat. Namun, erisya yakin, muslimnya erisya bukan sekadar keturunan. Ia adalah pilihan hati yang lahir dari naluri. Si dia enggan melepaskan anutannya. Juga tidak pernah memaksa erisya berbuat demikian. Menurutnya, negara I menghalalkan pernikahan dua akidah. Dia gagal memahami kemelut di hati erisya. Akhirnya kami ambil jalan mudah. Berpisah! Sejak itu, jambatan persahabatan yang dibakar api cinta menjadi bara perhubungan kami.
Erisya pasrah. Tiada jodoh kami berdua.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah