Tuesday, October 11, 2011

AL KAUTSAR

Selepas dua minggu berkursus, tetiba sahaja sakit terasa semula. Parut luka ditikam belakang rupanya  masih berdarah lagi. Hati ini masih belum ikhlas melepaskan segala kesedihan. Entah kenapa hati benar-benar tersayat sembilu....begitu sukar untuk melupakan.

Hari pertama bekerja dimulai dengan hati yang hambar. Ditambah pula dengan pengumuman bajet 2012....Pengumuman keramat yang amat ditakuti..membuatkan kami tidak fokus dengan pengumuman seterusnya (yang seharusnya berita gembira). Pengumuman yang bisa membuat perjalanan karier dan tugas kami lebih sukar. Juga membuat ramai teman-teman yang konvo bersama turut rasai tempiasnya.

Sejujurnya memang Erisya agak tegang. Rasa keciwa yang membuak-buak sukar dibendung lagi. ....Namun di saat hati sedang ditusuk keresahan tetiba mendapat emel daripada daripada rakan sekerja. Bagaikan ada telepathy, dia menghantar emel fadhilat al kautsar. Terus Erisya zikirkan surat yang mengandungi tiga ayat tuh......sambil mata membayangkan mereka yang menyakiti...tetiba sahaja hati sejuk umpama aliran sungai menyusuri batu yang keras...perasaan yang nyaman. Hilang segala kegundahan dan kerisauan..... Alhamdulillah.... kesakitan kerna ditikam insan-insan yang paling dipercayai juga turut hilang...seolah nama mereka tidak lagi ujud dalam dunia Erisya. Betul-betul hilang.

Ketika zohor tadi, Erisya sempat berdoa panjang, agar dikurniakan sahabat dunia dan ahirat yang dapat memimpin tangan ini  ke jalan-Nya....terima Erisya seikhlas hati...tanpa niat lain selain kerna-Nya.

Dan Erisya amat bersyukur di saat-saat begitu, Allah telah menghantar penawar dengan cara yang tidak disangka-sangka...mengubat hati yang gundah tanda kasih sayang-Nya yang tidak terhingga.


Ingin Erisya kongsi kandungan emel:






Surah ini dikatakan surah penghibur hati kerana diturunkan ketika Rasulullah SAW kehilangan dua orang yang dikasihi iaitu putera baginda Ibrahim dan ayah saudara, Abu Talib. Khasiat-khasiat lain adalah :-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. 
Wallahu a'lam.

Friday, September 30, 2011

DOA dan REZEKI

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
-S.at-Taalaq: 2-3-

"Sesungguhnya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami) lalu Kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan"
-S.al-A'raaf: 96-

Di antara syarat murah rezeki adalah bertaqwa kepada Allah.
a) Banyakkan beristighfar
b) Banyakkan berdoa
c) Pastikan rezeki bukan sumber yang haram (sebagai contoh tiada unsur riba).

Berdoa? pasti ada yang  seperti Erisya dulu....merasakan penat berdoa. Lelah kerana terlalu mengharapkan agar doa dikabulkan sepantas kilat....Menghitung doa yang tak kesampaian. Sedangkan Erisya  terlupa menghitung berapakah kurniaan-Nya meskipun tidak dipinta. Pernahkah Erisya meminta oksigen? Pernahkah bersyukur kerana masih bernafas tiap kali bangun tidur? Berapa kalikah Erisya tunaikan solat tepat pada waktunya......Apa pernah Erisya sengaja melambat-lambatkan solat hingga ke hujung waktu.  Tiap kali solat berapa lama Erisya luangkan masa untuk bersama-Nya? 5 minit? 10 minit? wahhh panjang tuh! Katalah 10 minit di darab 5 ...maka dalam 24 jam masa yang Allah berikan, Erisya telah luangkan masa bersama-Nya selama 50 minit...tak sampai sejam pun. Dan Erisya  masih bertanya pada Allah...kenapa doa lambat kabulkan..sedangkan seharusnya Erisya tanyakan "layakkah... wahai diri?"

Ingatkah wahai diri; Allah kabulkan doa melalu 3 cara:


1) Allah kabulkan doa yang kita minta sebelum kita menutup mata.
2) Allah kabulkan doa di akhirat nanti
3) Allah gantikan dia kita dengan yang lebih baik .....misalnya selamatkan kita dari musibah atau kecelakaan.


Sesungguhnya janji Allah adalah benar...



Tuesday, September 27, 2011

THE BLIND GIRL

There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, "If I could only see the world, I will marry you."


One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.


He asked her, "Now you can see the world, will you marry me?"


The girl looked at her boyfriend and saw he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them at the rest of her life led her to refuse to marry him.


Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: "Take good care of your eyes,
my dear, for before they were yours, they were mine".





p/s: thanks Anslah...for the good advice. Always  remember who we were and who is always there for us....

JANGAN BERKIRA...


"WAHAI BILAL BERINFAKLAH! JANGAN TAKUT KEKURANGAN 
DARI ZAT YANG MEMPUNYAI LANGIT"

AL-Albani mensahihkannya dalam Shahih Al-Jami' (1612)

"BERINFAKLAH DAN JANGANLAH KAMU 
MENGHITUNG-HITUNG HARTA-MU;
KARENA ALLAH AKAN MENGHITUNG-HITUNG
REZEKI-NYA UNTUKMU.
DAN JANGANLAH KAMU BAKHIL DENGAN HARTAMU,
KARENA ALLAH JUGA AKAN BAKHIL KEPADAMU"

H.R.AL-Bukhari (2402)





Dah jadi tabiat...tiap kali membuka purse pasti mencari-cari duit RM1 sebelum menderma...sehabis tinggipun RM10. Seolah-olah RM50 tidak laku untuk diderma...sedangkan mulut menyatakan yakin bahawa setiap derma akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari Allah Taala....Setiap sedekah yang diberikan akan sampai ke tangan-Nya sebelum ianya sampai di tangan penerima. Namun ntah kenapa jari ini tidak mahu menurut arahan agar memilih ajer wang yang ada tanpa mengira apa warnanya.....Dalam hati masih terdetik....duitku tak cukup untuk memberi lebih.....Hmm...betapa sukarnya mendidik hati ini...

Sunday, September 25, 2011

PETUA BATU HEMPEDU DAN HATI

Minggu lepas dapat panggilan. Rupanya ramai yang dah alami penyakit batu hempedu ni. Kebetulan Erisya dah lama simpan resipi ini ..maka Erisya nak berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Sejujurnya Erisya sendiri tak pernah mencubanya kerana tidak mempunyai penyakit ini. Namun, orang yang menceritakannya telah menunjukkan foto batu yang telah berjaya dikeluarkannya. Malangnya Erisya tak tahu cara nak upload foto tuh kat sini sebab bukan jpg.

Selamat mencuba dan....Semoga lekas sembuh!


Cara Pembuangan Batu Karang Di Hati & Hempedu:
1.   Puasa selepas pukul 4pm
2.   6pm Minum EPSOM SALT (1 sudu the+air suam) untuk buang
      najis.
3.   8pm Minum EPSOM SALT lagi
4.   10pm minum campuran 125ml Monavie+ 125ml Minyak Zaitun
      (cool pressed)
5.   6am pagi esok minum EPSOM SALT lagi.
6.   8am minum EPSOM SALT lagi.
7.   Tunggu buang najis



Friday, September 23, 2011

SATU vs DUA

Bohonglah jika Erisya tak marah. Tak kecewa bila kehilangan dua orang yang paling erisya percayai. Namun, kekeciwaan tuh tertebus dengan dua berita gembira. Pertama rumah yang Erisya beli telah siap sepenuhnya. Kedua meraikan konvokesyen. Ya, setiap pintu yang tertutup, akan terbuka dua lagi pintu. Sebagaimana tertutup satu-satunya pintu rezeki yang menghubungkan ibu dan bayi; tali pusat ...lantas terbuka pula dua pintu rezeki  yang lain iaitu payudara ibu.

Jangan digusarkan pintu yang tertutup. Sebaliknya mata harus dibuka luas untuk mencari dua pintu yang telah dibuka untuk kita. Bagi Erisya, setiap kali diuji, Erisya akan menangis..benar2 menangis sepuas hati. Munajat minta kekuatan dari Yang Maha Kuat. Luahkan sedih, marah, sebal. Namun ada time framenya. Berilah masa untuk keluarkan apa yang terbuku di hati bersama air mata ..seminggu, sebulan....paling lama adalah 3 bulan. Kemudian kesat air mata dan bangun semula! Jangan diingat pintu yang telah tertutup itu...sudah tiba masa untuk mencari dua pintu baru yang dibuka oleh Maha Pencipta.

Tiada siapa yang selamanya susah. Akan tiba masanya, kita  mampu ketawa bila mengimbas semula zaman susah kita dulu. Semasa Erisya menyusuri kampus malam  tadi, Erisya terpegun dengan keindahan malam yang meraikan konvokesyen yang akan berlangsung. Anehnya Erisya tidak ingat langsung kemeriahan konvokesyen Erisya yang pertama dulu. Yang Erisya ingat, masa tuh Erisya keseorangan. Tiada siapa untuk berkongsi kegembiraan. Sebagaimana Erisya keseorangan ketika mendaftar diri di sekolah rendah dulu...begitulah juga Erisya berseorangan di hari konvokesyen yang pertama. Namun kini, Allah telah memberi peluang Erisya menebus kesedihan dahulu.

Kali ini, Erisya tidak lagi seorang diri di hari konvokesyen...Allah telah memberi peluang kedua.

      Syukur di atas ni'mat-Mu, ya Allah!

Thursday, September 22, 2011

TERUJA

Alhamdulillah...pagi tadi barulah rasa teruja nak konvo. Kalau tak, rasa biasa jer...tanpa perasaan. Gembira lihat wajah ceria para graduan. Maklum selepas lama bertungkus lama akhirmya ijazah dalam genggaman. Bagi Erisya meskipun ianya tidak membuahkan apa2...baik kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, namun tetap rasa puas dengan pencapaian diri. Biarlah majikan tidak memberi insentif...Erisya tetap hargai pengalaman dan pengajaran yang dipelajari. Menghargai erti kepayahan dan kesabaran, hargai sokongan insan2 tersayang baik keluarga, kawan2 mahupun supervisor. Tanpa sokongan mereka, rasanya dah lama Erisya berputus asa....bukan sedikit rakan sekerja yang terkandas. Kenapa? Supervisor yang telalu sibuk, masalah sampel, tiada sokongan pihak majikan dll.

Erisya amat faham perasaan mereka....kerana pernah berada di tempat yang sama. Pihak pengurusan hanya mencari kesalahan namun bila minta bantuan....apa pun tak de. Cakap kosong. Sedangkan satu-satunya bantuan yang Erisya pinta adalah tandatangan untuk sahkan Erisya kaki tangan kerajaan bagi mengambil sampel di luar negara....surat telah Erisya sediakan dan cetak...cuma tandatangan saja! Tak minta duit sesen pun duit  jabatan. Semuanya ditanggung oleh geran universiti. Akibatnya Erisya terpaksa menukar tajuk projek dan bermula dari bawah...mencari sampel haiwan yang baru! Dah lah terpaksa extend, pihak universiti pula tak bertolak ansur beri diskaun yuran pengajian walaupun Erisya tidak menggunakan makmal. Surat rayuan dibakulsampahkan. Bayanglah teman di universiti lain hanya membayar RM350 setahun tapi Erisya bayar RM1500 ! Beza harga yang amat tinggi. Syukur ada wang EPF...lepas lah bayaran yuran pengajian.

Pengajaran, berhati2lah memilih universiti dan supervisor. Pastikan juga sampel yang kita perlukan mudah diperolehi. Jangan jadi seperti Erisya meskipun CGPA melayakkan Erisya convert kepada PhD namun masalah data keputuan penyelidikan yang tidak cukup membuatkan tidak layak memohon pertukaran. Betul2 study program pengajian yang ditawarkan, bertemu bakal spervisor berulang kali sebelum daftar...pastikan mereka adalah pakar dalam bidang yang ingin kita dalami..apakah mereka mempunyai dana yang mencukupi dsbnya. Jika diteliti semua rakan-rakan Erisya yang tewas adalah pelajar universiti dan supervisor yang sama! Bukan suatu kebetulan yang aneh.

Buat adik2 yang konvo sama..Tahniah! inilah masanya kalian tuai apa yang telah disemai bertahun2....semoga kalian dapat pekerjaan yang diidamkan!

Tuesday, September 20, 2011

PULANG LAGI

Wiken baru ni Erisya pulang lagi ke kampung. Kali ini menghadiri majlis pertunangan adik sepupu. Majlis Pertunangan merangkap Rumah Terbuka. Menu? Nasi ayam, satay, lemang dan rendang serta kambing panggang.

Pulang dari majlis Erisya sekeluarga menziarahi Mak Itam. Sedih..matanya mulai kabur...telinga juga dah mula tak dengar. Meskipun Mak Itam dah jadi pelupa namun Mak Itam masih  kenal Erisya sekeluarga!

Sesuatu yang 'menarik'...cucu-cucu Mak Itam tidak lagi bertutur 'cakap dagang' meskipun sedari kecil diajar bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Rao. Malah bahasa Kelantan (sebelah ayah) juga tiada dalam kamus hati mereka. Mereka lebih senang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Teringat ketika berada di Okinawa...rata-rata anak muda pulau itu lupa bahasa ibunda..lebih mahir bertutus Bahasa Jepun. Nampaknya Japanisation telah berjaya! Hmm..bagaimana pula di Malaysia? Hanya orang Melayu kah yang lupa bahasa suku mereka? Bagaimana dengan kaum China dan India? Masih perlukah sekolah bahasa Tamil dan Mandarin ketika konsep 1 Malaysia dilaung-laungkan?

Erisya? Sejujurnya Erisya juga tidak boleh bertutur bahasa Rao. Maklum dibesarkan oleh nenek sebelah ibu yang berdarah Aceh. Hmm...bahasa Aceh juga Erisya tak faham. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi Erisya. Kini anak Erisya juga lebih senang bertutur Bahasa Malaysia...'cakap KL'. Cakap Penang pun dah tak betul...jadi bahan ketawa kami sekeluarga!

Berbalik pada kisah Mak Itam...rupanya ada sesuatu yang berbuku di hatinya. Dah 4 tahun tidak bertemu dengan cucunya Muhammad Afiq. Masih ingat si kecil yang pernah Erisya cerita dulu? Si kecil yang kehilangan ibunya ketika berusia 4 tahun. Si kecil yang menangis-nangis kejutkan ibunya agar bangun dari mati. Si kecil yang pulang ke kampung dan mencari-cari ibunya di semua bilik kerana menyangka ibunya disorok opah!

Sayu hati Erisya melihat air mata Mak Itam. Cucu kini berusi 14 tahun. Namun telah berpindah jauh selepas ayahnya bernikah sekali lagi. Kali terakhir Erisya dengar Afiq telah berpindah bersama ibu tiri ke Kulim Kedah. Kejadian ini membuatkan Erisya tertanya-tanya...salahkah kami kebumikan ibunya di Pulau Pinang...di depan rumah ibu ayahnya ..dan bukan di tanah kelahiran ibunya di Tapah? Sekiranya dikebumikan di Tapah pastilah Mak Itam dapat bertemu cucunya tiap kali Afiq ziarah kuburan ibunya tiap kali raya. Hmmm...ntahlah. Mungkin ada baiknya jika aruah dikebumikan di tanah kelahirannya...setidak2nya tidaklah Mak Itam berendam air mata. Selaku orang yang telah memujuk Mak Itam agar merelakan jasad anaknya dikebumikan di Pulau Pinang..Erisya rasa amat bersalah dan ingin sekali pertemukan Mak Itam dengan cucunya semula...

Tapi di manakah harus Erisya bermula?

Thursday, September 15, 2011

PENGAJARAN BARU

Alhamdulillah...hari ini mendapat pengajaran baru. Tanpa disengaja ianya keluar dari mulutnya sendiri. Dimana perkhabaran dusta telah disampaikannya pada KP. Kata dusta itu pula lahir dari mulut teman Erisya sendiri. Aneh bukan...kedua-duanya adalah teman yang makan bersama Erisya setiap hari! Yang menyatakan rindu tiap kali Erisya bercuti.

Erisya pun heran camner  tetiba saja lidahnya membuat pengakuan...pengakuan berani mati yang telah membunuh sebuah persahabatan.  Nasib baik lah masa tuh tak de panah petir guruh berdentum macam citer Hindi....maklum...terkejut! Wajahnya berubah ketika Erisya terangkan perkara sebenar bersaksikan nama Allah Yang Maha Melihat. Namun apalah gunanya Erisya clarify lagi sedangkan ianya telah sampai ke telinga KP. Nampaknya kata-kata seorang lagi tuh lebih dipercayai...tak pe lah. They deserve each other.

Anehnya Erisya tak rasa sedih langsung dengan kehilangan ini...cuma rasa diri ini dikhianati.  Hmm...apa-apapun syukurlah Allah membongkarnya melalui lidahnya sendiri...andaikata ada orang yang menyampaikannya pasti Erisya takkan percaya...tak mungkin percaya.

Alhamdulillah...syukur kerana selepas ini Allah pasti akan menghantar dua orang sahabat lain yang lebih baik sebagai ganti....hmmm mungkinkah yang berada di depan komputer ni ?


p/s:
 "BUKANLAH ORANG YANG KUAT ITU YANG PANDAI BERGUSTI TETAPI ORANG YANG KUAT ITU YANG (MAMPU) MENGENDALIKAN NAFSUNYA KETIKA MARAH"
H.R.Bukhari dan Muslim


Semoga Erisya akan terus kuat...

Tuesday, September 13, 2011

KEPULANGAN

Sabtu baru ni, Erisya benar-benar pulang...seperti yang dijanjikan dalam mimpi dulu. Semasa membuka langkah ke sana...Erisya berusaha luruskan niat...biar apapun yang berlaku Erisya terus melangkah.

Pada hari pertama Erisya gagal bertemu. Panggilan telefon tidak berjawab. Kekeciwaan hati terubat bila Erisya telah berjaya menjual 10 kotak Monavie pada hari pertama! Tanpa di duga sambil beraya dapat rezeki! Subhanallah....dengan hanya niat walaupun belum ketemu, Allah telah beri imbalannya! Alhamdulillah...alhamdulillah alhamdulillah. Hanya itu yang mampu Erisya katakan.

Sebelum kami pulang ke Bangi barulah kami berpeluang bertemu. Banyak bercerita kisah dulu-dulu....rupanya  nama Erisya masih terlekat jauh di sudut hatinya...terasa diri ini masih disayangi. Pertemuan ini telah leburkan rajuk yang lama.Dah lama kami tak berbual begini. Biasanya tiap kali pertemuan perbualan kami lebih formal. Dan tiba-tiba sahaja Erisya ingin kami tinggal bersama....melampaukah permintaan ini? Kerana sekiranya terlaksana, mahligai yang dibinanya akan hancur. Hmmm....Erisya tak berani...benar-benar tak berani membuat permintaan ini. Hanya boleh berdoa agar dirinya dilindungi...dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah agar insaf segala kekhilafan. Diampuni segala dosa sebelum dijemput kembali padaNya.

Ya...tiada lagi berbuku di hati....kalini Erisya benar-benar telah terima segala kekurangannya....sebagaimana Allah terima kekurangan Erisya dan tidak putus memberi keampunan tiap kali memohon. Malah memberi rezeki yang tidak di sangka-sangka bila Erisya ingin menghentikan rajuk lama demi kerana Nya.

Kini Erisya rasa lebih tenang...redho dengan apa yang berlaku. Apa yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Siapalah kita hendak memprotes? Sedangkan kasih Allah melebihi segala-galanya. Tiap yang berlaku ada hikmahnya..banyak kebaikannya . Yang hanya boleh dilihat sekiranya kita membuka mata.......bersama mata hati!




"Sesiapa yang mendatangi katilnya sambil berniat melakukan solat lail, tetapi dia diserang mengantuk sampai pagi, dia akan mendapat pahala sesuai dengan niatkan" H.R. Al-Bukhari

"... dan tidurnya adalah sedekah baginya dari Tuhannya" H.R. Ibnu Majah

Friday, September 9, 2011

DRAMA KOREA

Malam ni episod terakhir citer "you dont know women"...memang peminat tegar! Kisah isteri yang teraniaya ...akhirnya dapat balasan yang baik....si bekas suami dan keluarganya juga mendapat balasan setimpal. Memang adil!

Bila terlalu banyak menonton drama Korea, Erisya TERperasaan beberapa perkara:

1. Orang Korea suka makan buah-buahan. Adegan berehat bersama keluarga. menonton tv, mentong..pasti ada buah-buahan.Hmm..sebab tu lah agaknya  wajah mereka fresh! Tabiat yang patut dicontohi...kalau malas nak buang kulit...minum jer MonaVie!

2. Orang Korea masih berpegang teguh pada adat resam walaupun  mereka moden. Betullah kata mereka, anak yang baik tidak boleh menjadi suami yang baik! Ibu punya kuasa veto yang mampu menghancurkan rumah tangga anak jika bukan menantu pilihan!

3. Tidak seperti kelaziman  isteri orang Jepun, isteri orang Korea bekerja membantu suami mencari nafkah.

4. Stress jadi menantu orang korea ni terutamanya menantu sulung...Hmm...tingat kat kak Tie.Masa kak Tie menolak lamaran cinta jurutera Korea.....Erisya rasa rugi nya......rupanya sebagai muslim bukan mudah nak suaikan diri dengan budaya Korea..maklumlah... banyak adat yang dilarang dalam Islam seperti sujud di depan mertua dsbnya.

5. Lelaki Korea mudah menangis...hmmmm..betul ka? atau sekadar lakonan semata-mata? Amat berbeza dengan Jepun di mana watak lelaki digambarkan kasar dan keras

6. Masyarakat Korea masih pentingkan latar belakang bakal  menantu ....harta dan wang ringgit menjadi batu pemberat...lebih kaya lebih baik!

7. Masyarakat Korea memandang rendah kepada seorang janda..apatah lagi jika mempunyai anak! Hmm...yang ni Erisya tak boleh nak terima....kenapa harus ada stigma sebegini? Ada dua-tiga drama Korea menunjuk adegan lelaki yang menghina bekas isteri sebagai janda...hellloooo..siapa yang menjadikan isteri menjadi janda? pastuh nak hina-hina pula......hmmm..

8. Kebanyakan citer drama Korea happy ending. Yang jahat pasti dapat balasan. Yang baik pasti dapat imbalan yang sewajarnya. Kisah yang baik untuk menaikkan semangat para wanita yang ditindas oleh suami yang durjana. Tak macam drama siam tuh (lupa tajuk)....Citer tuh kisah lelaki cacat yang kena dera....ingatkan dia akan berjaya menghadapi deraan dan cemuhan orang kampung... penat-penat ikut minggu demi minggu... si hero mati akhirnya!!! Apa lagi...housemate Erisya punya lah menangis ...ingatkan sedih ....rupanya  tangisan sakit hati sebab buang masa ikut citer bodoh  tuh! Apa tak nya dari mula kenal hidup sampai mati...asyik kena buli jer!

9. Wanita amat tabah. Biarpun mendapat tekanan dari suami dan keluarga mertua mereka enggan diceraikan....tetap melayan suami dan keluarga mertua dengan baik....meskipun hidup tak ubah seperti orang gaji di rumah mertua.

10. Tok besan tidak boleh hidup di bawah satu bumbung. .....jika mesra ianya adalah sesuatu yang pelik lagi aneh!

11. Mereka suka berdoa kepada nenek moyang..bukan Tuhan.

12. Watak lelaki tua biasanya jenis yang  banyak beralah dengan isteri...lebih suka mendiamkan diri walau isteri berbuat salah.....demi menjaga keharmonian rumah tangga yang telah terbina bertahun lamanya.....eh...bukan takut bini tau....tapi bini yang tak takut mereka!

13. ...Hmm apa lagi ya? Yang pasti tak sanggup rasanya Erisya  menjadi menantu orang Korea meskipun lelaki sana tampan dan segak bergaya!

Papepun, Erisya suka nonton drama Korea....belajar tentang budaya mereka yang unik dan menarik!Hmm bilakah agaknya Erisya boleh menjejakkan kaki ke sana?



P/S: tak lama lagi drama new story of gisaeng pula akan berakhir.....:(

Tuesday, September 6, 2011

IF


If a picture paints a thousand words,
Then why can't I paint you?
The words will never show the you I've come to know.
If a face could launch a thousand ships,
Then where am I to go?
There's no one home but you,
You're all that's left me too.
And when my love for life is running dry,
You come and pour yourself on me.

If a man could be two places at one time,
I'd be with you.
Tomorrow and today, beside you all the way.
If the world should stop revolving spinning slowly down to die,
I'd spend the end with you.
And when the world was through,
Then one by one the stars would all go out,
Then you and I would simply fly away
 

Tetiba saja teringat lirik lagu ini. Juga pada yang mengirimnya. Sesungguhnya hidup ini sukar ditafsirkan. Sesuatu yang paling kita inginkan dalam hidup kita, namun ternyata ianya tidak ditakdirkan untuk kita. Erisya yakin, setiap kehilangan pasti ada penggantinya...yang lebih baik...meski kita tidak menghargainya kini sehinggalah bila kita sedar yang kita akan kehilangannya.

Bagi yang pernah kehilangan, jangan disesalkan. Setidak-tidaknya, di sudut hati yang paling dalam, kita tahu kita pernah disayangi. Biarpun sesaat..itulah detik paling indah dalam hidup kita.

Sayang , cinta tidak perlu bersyarat. Kita tidak hanya menyayangi untuk disayangi. Kita juga tidak cinta hanya untuk dicintai. Andai kata kita tidak disayangi lagi, andaikata kita tidak dicintai lagi apakah kita harus melupakannya? apakah kita harus berhenti menyayangi? apakah kita harus berhenti mencintai?

Sayangilah, cintailah. Tanpa mengharapkan balasan. Unconditional love. Tak perlu menyimpan dendam atau sakit hati. Tak siapa dapat menahan bila perasaan kita berubah. Yang telah ditakdirkan pasti berlaku. Mengingatkan diri ....betapa kerdilnya kita sebagai manusia. 



p/s: Wajah kita lebih cantik jika senyum berbanding menangis....ceria-ceria selalu agar sentiasa cantik ;)

Sunday, September 4, 2011

PULANG?

Mimpi malam tadi amat mengerikan. Amat menyedihkan. Meminta tangguh dari Allah. Memohon agar ianya hanyalah mimpi agar masih diberi kesempatan lagi. Sebetulnya dah dua tiga kali mimpikan perkara yang sama. Dan berulang kali juga memohon agar diberi kesempatan. Nampaknya kalini Erisya harus ketepikan emosi dan benar-benar lakukannya demi keikhlasan. Mungkin saja inilah peluang terakhir. Mungkin saja inilah pertemuan terakhir. Sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan jika tidak diluruskan niat.Erisya sendiri tak ngerti kenapa ianya begitu susah untuk dilakukan. Sedangkan dalam hati tiada lagi rasa sakit hati. Tiada lagi rasa dikhianati. Tiada lagi kesedihan.  Malah turut gembira dengan kebahagiaannya disisi keluarga baru meskipun ianya terbina di atas puing-puing hati yang telah berkecai.

Yang dtakdirkan pasti akan berlaku...sekiranya benar segala perasaan telah terkubur...kitalah yang harus meletakkan batu nesannya agar boleh teruskan hidup ini.....tanpa sesal ....segala pujian dan cacian tidak lagi mengundang apa-apa makna sekiranya perjalanan ni diteruskan demi kerana Nya.... Hanya kerana Nya!


Sunday, August 7, 2011

HABISKAN PERJALANAN INI


Sekali kaki melangkah....teruskan perjalanan ini hingga ke garisan penamat. Jangan jadikan takdir/persekitaran/orang lain sebagai alasan untuk kita hentikan perjalanan ini. Mara dan terus mara...





RAMADHAN KAREEM...

Thursday, June 30, 2011

PENAWAR SEMULAJADI

Genap seminggu kaki suami pulih sepenuhnya tetiba kakinya bentan....mungkin kerana terlalu penat memandu dan berdiri lama.Bukan kerana melanggar pantang.Kemudian baru perasan....rupanya healing crisis sedang berlaku. Ketika sakit tuh, suami minum monavie lebih kerap daripada biasa. Malah tiap kali sakitnya menyerang, dia minum monavie. Akhirnya selepas seminggu, bengkak beransur surut. Sakit juga beransur hilang. Kalau sakit pun, sekejapan saja  ianya menghilang sepantas kedatangannya. Dan kini selepas 3 minggu...dah  5 butir batu karang keluar melalui urin.

InsyaAllah lepas ni akan fokus pada batu karang di  hempedu pula (dah scan di hospital...ada satu batu karang ). Namun cara meminumnya adalah berbeza dari biasa...insyaAllah batu boleh keluar walau menurut en Jamil, batu karang di hempedu hanya boleh di keluarkan melalui pembedahan sahaja.

Oleh itu, bagi sesiapa yang sedang alami healing crisis, bersabarlah....insyaAllah lepas seminggu segalanya akan berakhir.

Buat diri Erisya pula, kini berat badan dah turun...kalau dulu saiz 46 kini dah boleh selongkar baju lama saiz 42. Suatu kejayaan yang wajar diraikan. Selain itu, kulit juga bertambah tegang. Sekarang tak perlu perabih duit beli masker kerana sedikit monavie yang dioles pada wajah boleh bertindak sebagai masker!

Bagaimanapun, sayugia diingatkan bahawa ada 7 orang yang tidak boleh minum Monavie dalam keadaan sejuk (baru keluar dari peti ais) ie :

1. Ibu mengandung
2. baru bersalin
3. baby di bawah 3 tahun
4. orang sakit jantung
5. Baru jalani pembedahan
6. sakit lelah (asthma)
7. penyakit sekat pernafasan.

Bagi mereka ini, harus meminumnya selepas biarkan gelas seketika bagi hilangkan sejuk....atau jangan simpan Monavie dalam peti ais (tapi harus dihabiskan dalam masa 7 hari).

Kes krisis pemulihan pula ada pelbagai jenis bergantung kepada penyakit kita.Namun 5 jenis yang biasa adalah:

1. Mengantuk - tandanya tubuh sangat berasid
2. Cirit-birit - tanda ada masalah usus
3. Gatal - kerana organ hati lemah
4. Panas - kerana darah mula berjalan lancar
5. Demam panas - tanda tubuh berasid juga

Bagi yang takut tak tahan, makan lah yang berwarna purple...kerana yang berwarna merah lebih kuat kesannya (lebih pekat dan ada 8 jenis buah yang berbeza dengan Monavie purple).

p/s Buat pertama kalinya, Erisya benar2 hepi kerana telah temui produk yang bagus  untuk Kesihatan, Kecantikan dan Kewangan....dan kini boleh tidur dengan lena.

Thursday, June 16, 2011

PENAWAR GAUT?

Seminggu ni Erisya hepi sangat...bukan kerana dapat ke luar negara lagi ...bukan kerana kucing anak Erisya beranak lagi...tapi kerana doa Erisya terkabul. Kerana selepas sekian lama, suami sudah mampu solat secara normal! Sebetulnya telah agak lama juga suami solat atas bangku kerana tidak boleh membengkokkan lutut. Maklum gaut! Seperti para isteri lain, hati siapa tidak sedih melihat solat suami yang tidak sempurna.Benar-benar lirih!

Minggu lepas, buat pertama kalinya Erisya membelikan suami jus Monavie. Selepas sekian lama ex-boss mengesyorkannya, akhirnya Erisya nekad membelinya. Kalau dilihat harganya, memanglah fikir berpuluh kali. Maklum RM145. Namun bila dikenangkan anak ex-bos yang bertugas sebagai doktor yang belikan Monavie untuk ibunya....hati terdetik..ish takkannnnn lah seorang doktor nak memudharatkan ibunya sendiri!

Alhamdulillah, selepas dua hari minum monavie (60ml setiap pagi dan malam)....keajaiban telah berlaku. Bengkak di kaki suami mula mengecut.....malah semasa berhenti di R & R dalam perjalanan ke Pulau PInang, suami dah boleh membengkokkan lututnya! Dan selepas sekian lama, suami boleh solat jumaat dengan penuh selesa...walau masih agak senget ketika duduk antara dia sujud....namun suami tidak perlukan kerusi lagi.

Yang menariknya, ramai teman dan sedara yang order Monavie bila melihat perubahan pada suami! Namun Erisya tegaskan bahawa Monavie bukan lah ubat. Hanya jus buah sebagai makanan tambahan. Sembuh atau tidak hanya Allah yang tentukan. Umpama ubat...ada yang serasi dan ada juga yang tidak serasi dengan diri kita. Jika tak sembuh jangan saman ya!

Hmm...sejak join Monavie ni Erisya tambah panjang angan-angan....walau tak dapat mencapai kedudukan Ketua Pengarah....tapi biarlah dapat income lebih dari Ketua Pengarah!..Boleh lah opt out dan buka bisnes yang Erisya minat iaitu bidang Kesihatan dan Kecantikan. Walau ada teman  yang ketawa dengan angan-angan ini....ahhh gasaklah. Berangan.....bukan kena bayar seduitpun!  Namun angan2 saja tiada maknanya andai tidak disertakan usaha untuk menjadikannya impian yang terlaksana!





Saturday, May 28, 2011

ALLAH MAHA MELIHAT

Semalam kesabarannya menipis. Benar-benar berkecil hati kerana rakan sekerja yang terpilih menerima   anugerah cemerlang. Merasakan dirinya dizalimi. Merasakan harapan untuk kenaikan pangkat kian menjauh. Merasakan pengorbanannya selama ini adalah sia-sia kerana tiada penghargaan dari bos. Tidak mendapat imbalan sewajarnya dari top management.

Dalam kesedihan itu, dia terlupa bahawa Allah Maha Melihat. Allah Mata Tahu segala apa yang kita kerjakan. Tak mungkin Allah akan biarkan kita dalam penderitaan. Tak mungkin segala yang kita kerjakan adalah sia-sia. Tak mungkin Allah tidak pandai membahagi-bahagikan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Anugerah cemerlang yang diterima oleh rakan sekerja adalah rezeki dari Allah padanya. Tergamakkah kita mempertikaikan keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita?

Segala yang berlaku adalah takdir yang telah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Segala perjalanan hidup, rezeki, jodoh telah ditetapkan. Segala takdir buruk yang berlaku adalah ingatan Allah agar kita sentiasa ingat kepada Nya...memberi kita peluang mendekatkan diri pada-Nya. Dalam kesedihan sewajarnya kita bertanya diri bagaimanakah perhubungan kita dengan Pencipta...apakah kita sentiasa ingat dan mensyukuri- Nya ketika senang sehingga tak perlu lagi Allah berikan musibah untuk mengingatkan kita?

Apakah kita bekerja benar-benar kerana Allah? Bekerja kerana itu adalah tanggungjawab kita bersesuaian dengan gaji yang diterima. Bekerja kerana itu adalah amanah Allah yang telah memberikan kita pekerjaan. Jika benar, kenapa kita harus gusar kerana tidak mendapat pujian manusia? Tidak mendapat pengiktirafan manusia. Cukuplah Allah bagi kita. Tempat kerja hanya sebahagian kecil dari kehidupan kita. Ada sebabnya Allah memberi rezeki kepada kita di sisi lain kehidupan kita.

Yang lebih menyedihkan dari kehilangan anugerah cemerlang adalah kehilangan iman. Melupai bahawa salah satu rukun iman adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Percaya dengan takdir yang telah ditetapkan dan takdir yang bisa kita ubah dengan munajat dan amal. Seharusnya kita tingkatkan usaha untuk menjauhkan takdir yang buruk....dengan pelbagai cara yang diajar Rasulullah SAW.....membuat yang terbaik bagi mendapat keredhaan-Nya...semata-mata kerana-Nya!

Pilihan negatif akibat kekeciwaan akan menjerumuskan dirinya...bukan sahaja rugi di dunia malah di akhirat! Sedangkan matlamat kita adalah akhirat. Dunia hanya jalan menuju ke sana. Hanya sementara... sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Tempat kembalinya kita nanti.

Dan sekiranya kita benar-benar yakin Allah Maha Melihat...mintalah pada-Nya. Rayulah!Rintihlah pada-Nya. Mohon keampunan. Mohon rezeki. Mohon keberkatan pada pekerjaan dan gaji kita. Pasti ....Pasti Allah akan menjawab doa kita. Menjawab pertanyaan kita. Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Kasih-sayang Allah lebih besar dari taat kita pada-Nya.

InsyaAllah, Isnin ini Erisya bercadang mahu 'berbual panjang' dengannya. Tindakan negatifnya bakal menyusahkan Erisya dan team. Tapi bisakah Erisya nyatakan semua ini? Erisya bukan orang yang selayaknya menyatakan ini. Memberi nasihat padanya. Serik... Erisya lebih mudah menasihati dan memberi semangat kepada orang bukan Islam...namun tidak pernah berjaya melakukan perkara yang sama kepada rakan sekerja yang bertudung labuh! Segalanya bagaikan mencurah air ke daun keladi...Sesuatu yang  Erisya kesali dan harus ditangani ...bermula dengan muhasabah diri!

Sesungguhnya hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayah....Erisya hanya menyampaikan!

"BARANGSIAPA TIDAK RELA DENGAN KETETAPAN-KU DAN TIDAk BERSABAR ATAS COBAAN-KU, MAKA HENDAKLAH DIA KELUAR DARI NAUNGAN LANGIT-KU,  DAN HENDAKLAH DIA MEMILIH TUHAN SELAIN-KU"

(Hadis Qudsi)



3 M : MULAI LAH DARI DIRI SENDIRI
                                 MULAILAH DARI HAL YANG KECIL
                                                                     MULAILAH DARI SEKARANG!

                                                                                                                                        (-Aa Gym)
    

Wednesday, May 25, 2011

DOA PENCEGAH KEZALIMAN

Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh, Tuhan 'Arsy yang Agung, jadilah pelindungku dari (...sebut namanya....)dan sekutunya dari ciptaan-ciptaan-Mu itu, dari perbuatan sewenang-wenang dan melampaui batas seorangpun di antara mereka terhadapku. Tiada Tuhan selain Engkau.

(HR Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (707))

Doa yang lain:

Ya Allah yang Maha Besar, Allah lebih mulia dari seluruh ciptaan-Nya, Allah lebih mulia dari apa yang aku takuti dan aku waspadai. Aku berlindung kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, Yang Menahan langit yang tujuh agar tidak menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya dari kejahatan hamba-Mu (....sebut namanya...)  dan bala tentaranya serta para pengikutnya, baik dari golongan jin maupun manusia. Ya Allah, jadilah pelindungku dari kejahatan mereka. Agunglah pujian-Mu, muliakanlah penjagaan-Mu Mahasuci nama-Mu 
dan tidak ada tuhan lain selain Engkau.

Baca 3 kali

(HR Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (708))


Dipetik dari buku " 80 AYAT PEMBUKA PINTU REZEKI"
karya "Muhammad Ash-Shayim"
Penterjemah: Fedrian Hasmad
ISBN: 979-26-4727-9



p/s: Salah satu sebab kenapa Erisya merindui Jakarta adalah kerana buku2nya yang berkualiti lagi murah harganya. Ini adalah salah satu buku yang Erisya beli di sana.

Tuesday, May 24, 2011

SADAQAH DAN IKHLAS

Sebetulnya banyak yang Erisya pelajari tentang diri ketika berada di Bandung/Jakarta. Belajar tentang sadaqah. Belajar tentang ikhlas. Meskipun tahu segi teori tentang sadaqah namun adakalanya begitu sulit untuk hati ini memberi sadaqah dengan ikhlas. Tambahan pula jika yang meminta itu bukanlah golongan yang tidak upaya.

Ketika di Bandung, hati bagai dihiris2 bila melihat anak2 kecil telah diajar untuk meminta2. Malah bisa menghafal dialog yang boleh menarik perhatian....siap boleh cakap cara orang Malaysia! Entah kenapa, hati Erisya begitu keras tidak menghulurkan apa2 hatta sebatang ais krim mahupun Rp1,000 !Hati berdolak-dalik...akhirnya keinginan untuk memberi dipendam begitu sahaja dengan niat...tak mahu menggalakkkan mereka dari terus meminta2!

Keesokan harinya, Erisya bersiap ke Pasar Baru yang selama ini menjadi bualan di Malaysia....ketika di lobi,  teringat jaket  di kamar. Dalam hati terdetik, " eh! jaket dalam hotel...nanti hilang"....Namun amaran dalam hati tidak dihiraukan.  Erisya yakin sepenuh hati bahawa Allah akan menjaga rantai tangan emas yang tersimpan dalam kocek jaket. Yakin teramat yakin ianya akan selamat.

Malam tuh, setibanya di hotel..jaketlah yang Erisya periksa dulu. Ternyata zipnya telah terbuka...dan koceknya kosong! Perkara pertama yang terlintas ...innalillahiwainnailaihirojiun.....semua teman membantu mencari satu kamar...ternyata tidak ada. Sekali lagi hati berdetik....alahai ..naperlah aku tak sadaqah semalam?! Pastinya ini semua tak berlaku. Bagaimanapun, hati masih bersyukur kerana duit (berjuta2 tuh!) dan pasport tidak hilang.....alhamdulillah!

Di Jakarta, sekali lagi bertemu dengan peminta sadaqah...kali ini lelaki tua menadah tangan. Syukur kalini Erisya berkesempatan menghulurkan wang...tak tahulah berapa ...maklum, bukan tahu sangat nak melihat nilai wang yang begitu banyak angka "0"! Keesokan harinya, di airport, sekali lagi teman-teman seperjalanan gempar....pasport Erisya hilang! Sekuat hati dua orang teman berlari ke tempat duduk kami tadi....syukur, rupanya pasort terselit di celah bangku.

Erisya ? kebingungan berdiri, dalam hati berkata, "Ah sudah! camner nak balik ni?" seperti orang bodoh hanya memandang sahaja kedua2 orang teman berlari2 dan  mencari2.

Hmm....Mungkin saja.....berkat doa peminta sedaqah semalam, Allah selamatkan Erisya dari musibah kehilangan pasport.Alhamdulillah!

Ya, Erisya terima semuanya berlaku akibat kecuaian diri. Selama ini berjalan ke luar negara tak pernah pakai barang kemas. Tak pernah hilang pasport. Tak pernah jumpa peminta sadaqah. Ternyata, Allah nak beri pengajaran agar jangan hampakan orang yang meminta. Biarlah Allah yang menentukan mereka layak atau tidak menerima sadaqah. Belajar ikhlas memberi.Jangan menghakimi mereka. Letakkan diri di tempat mereka. Tinggal di bandar yang tinggi taraf hidupnya....sedangkan pendapatan tak seberapa.

Semoga sadaqah yang diberi boleh merubah hidup mereka....sebagaimana mereka telah merubah diri Erisya!





p/s: Seperti kata suami lewat telefon malam tuh," Tak pe lah....Dah tak de rezeki...lain kali beringat!"...namun kata-kata itu terhenti di situ saja...ingatkan suami nak tambah," tak per lah....nanti ada rezeki kita beli baru ya ayang!" .....hmmm...lambatnya ulangtahun perkahwinan kami!......;)...Ish! lebih2 pulak....suami tak marah dah besar rahmat tuh!

Monday, May 23, 2011

6 HARI DI BANDUNG/JAKARTA

Alhamdulillah, akhirnya Erisya berhasil menjejakkan kaki di Bandung/Jakarta. Sekian lama ada ajer aral tiap kali Erisya memasang niat untuk ke sana. Syukur juga, tidak berlaku peristiwa yang Erisya takuti selama ini, Benar kata teman yang telah menetap di sana (berkahwin dengan wanita Bandung)....kat sana selamat ! Iyalah..jika tgk tv tentang sentimen orang sana yang begitu membenci rakyat Malaysia....memang menggerunkan! Ternyata keadaan bertambah baik...tiada buluh runcing yang menanti kami. Malah segala pertanyaan kami dijawab dengan sopan dan mesra....buat kami ingin ke sana lagi!...Cuma berhati2 ketika di Tangkuban Parahu...para penjual  mengekori kita menuruni kawah Domas...akhirnya memaksa kita membeli barangan mereka dengan harga yang amat mahal...harus tegas menolak...lagi satu tempat perlu hati2 ialah di airport Bandara. Porter di sana sesuka hati nak tolong tolak troli lepas tuh caj gila2 ! Harus nego sebelum mereka sentuh troli....kalau tak, baik tolak sendiri ajer....FOC...gratis !

Papepun, memang seronok di sana..Bahasa yang tidak sama makna walau serumpun sering menjadi bahan ketawa kami dan pak supir di sana.Itulah akibatnya..konon nak betutur bahasa Indonesia tetapi belajar tak habis.....akhirnya sama-sama keliru dan ketawa bersama.

Yang paling Erisya suka, baik di Bandung dan Jakarta semua tempat yang kami pegi ada disediakan musholla...hatta di kawasan kawah! Orang-orang di Jakarta juga berbaris untuk menaiki bas...memang mengkagumkan!

Oh ya...jika ke sana, pastikan kalian semua activate CIMB Bank card ( di sana disebut cimbeng)...banyak ATM berbanding Maybank....boleh dikatakan tiap shopping complex ada ATM CIMB Bank. Keadaan kami agak sukar di sana kerana hanya activate Maybank..percayalah..duit tak pernah cukup shopping di sana!

Kerepek dijadikan hiasan yang menarik...memang kreatif

Tangkuban Parahu
"APA BILA BUMI DIGONCANGKAN SEDAHSYAT-DAHSYATNYA, 
DAN GUNUNG-GUNUNG DIHANCUR-LULUHKAN, MAKA JADILAH
IA DEBU YANG BERTERBANGAN, DAN KALIAN MENJADI 3 GOLONGAM"
(Al Waqiah:2)
" Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya yang dahsyat dan bumi telah 
mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya" 
al Zalzalah, 1-2



Pohon-pohon cantik dalam perjalanan ke kawah Domas

Pokok Batik....cantik! Corak ni semulajadi, tau...bukan ukiran manusia.

Air yang sedang mendidih di kawah Domas. Mengingatkan kita pada ayat 
"Sudah datangkah kepada berita tentang Hari Pembalasan?
Banyak muka pada hari itu tunduk terhina,
bekerja keras lagi kepayahan, memasuki api yang sangat panas,
diberi minum dengan air dari sumber yang panas"
(al-Ghaasyiyah, 1-5)

"KEMUDIAN SESUNGGUHNYA KALIAN HAI ORANG-ORANG 
YANG SESAT LAGI MENDUSTAKAN, BENAR-BENAR AKAN MEMAKAN BUAH ZAQQUM, DAN AKAN MEMENUHI PERUTMU DENGANNYA. SESUDAH ITU KALIAN AKAN
MEMINUM AIR YANG SANGAT PANAS."
(Al Waqiah:  )




Keadaan di Pasar Baru, Bandung. Memang rambang mata! Pantas ada lelaki dalam lif menyatakan 
" Tempat paling dibenci lelaki!"

Dalam perjalanan ke Puncak....indah!
haiwan di Taan Safari jinak-jinak belaka

Drama pendek tentang kempen selamatkan hutan

Gado-gado yang dimakan bersama lontong (di Tanah Abang). Hampir saja kami makan makanan Menado...sedang asyik memilih makanan, tetiba si penjual tunjuk tulisan, " Mengandungi babi". Astaghfirullah...tulisan sebesar itu kami boleh tak nampak!?! Akhirnya....kami tak dapat nak menikmati masakan Manado....hanya makanan Padang dan Palembang ajer...

Menikmati ketenangan malam di MONAS...



"Ibu, gak ada yang tinggal? "

"Ya, ada....tinggal kenangan...kenangan yang indah!!"



p/s: Sedih melihat keadaan sana yang susah. Bagi mereka, "ujan air di sini tapi ujan uang di  Malaysia! Ketika nego harga kamar, mereka rasa bersalah kerana terpaksa naikkan harga kamar sebanyak 5,000Rp....gara-gara kami meminta kamar yang lebih besar...sampai dua kali mereka mengira harga kamar....walhal..apalah bezanya 5,000 Rp bagi kita!

Thursday, May 19, 2011

TETAMU NABI

Pada malam pertama kami menginap di Bandung, teman Erisya sempat bercerita kisah seorang lelaki yang telah mendapat visa ke tanah suci Mekah seumur hidup. Boleh ke sana bila-bila masa sahaja tanpa sekatan sesiapa. Semuanya berlaku ketika beliau ke Mekah buat pertama kali. Ketika menziarahi makam rasulullah SAW, tetiba sahaja beliau boleh masuk ke makam. Askar yang menjaga menjadi panik. Bagaimana lelaki itu boleh masuk ke kawasan makam sedangkan anak kunci hanya dipegang oleh pegawai tertinggi? Kecoh dibuatnya...kejadian aneh ini telah dilaporkan kepada Raja.

Bila ditanya, lelaki tersebut memberitahu bahawa beliau terdengar suara yang menjemputnya masuk....sebab itulah beliau masuk. Raja bertambah heran...apakah amalannya sehingga dapat menjadi tetamu istmewa rasulullah SAW? Menurut lelaki itu, ketika  meninggal dunia, wajah ayahnya telah bertukar menjadi rupa babi. Beliau amat sedih dan tidak putus memohon keampunan buat ayahnya. Akhirnya beliau tertidur keletihan. Beliau bermimpi. Rasulullah SAW memperkenalkan diri dan memaklumkan bahawa semasa hayatnya ayah beliau lalai dalam solat. Namun oleh kerana aruah tidak pernah lupa untuk berselawat dengan ikhlas maka Rasulullah SAW telah memulihkan wajahnya ke bentuk asal.

Bila terbangun, lelaki itu lihat wajah aruah ayahnya telah benar-benar bertukar semula ke wajah asal.Sejak itu, beliau bertekad untuk berselawat sebanyak mungkin kepada rasulullah SAW.

Berkat keikhlasannya berselawat, beliau telah menjadi tetamu nabi...tetamu istimewa yang boleh menembusi makam yang berkunci.



p/s: Buat temanku sayang.....Setiap orang pasti akan mendapat kesedaran. Namun, apalah ertinya kesedaran itu sekiranya telah terlewat untuk mengamalkannya.

Wednesday, May 4, 2011

TEMPOYAK MASAK

Dua tiga hari ni Erisya amat berselera makan. Mana tak nyer...ex-boss tolong masakkan tempoyak masak. Mulanya kami hanya berbual tentang durian dan tempoyak. Ex-boss amat terkejut kerana Erisya tak pernah makan tempoyak masak...nama jer orang Perak! Sejujurnya sejak kecil lagi Erisya lebih suka makan cencaluk. Tapi lepas kawin selera berubah...kini Erisya suka tempoyak dan suami pula suka cencaluk! Makanya kini dua-dua menu ini menjadi santapan kegemaran kami.

Menurut ex-boss, sekarang ni orang dah jarang sediakan tempoyak masak. Mungkin kerana harga tempoyak yang mahal atau orang2 muda tidak lagi mewarisi kebolehan memasak tempoyak ni. Syukur, ketika berbual tuh, Erisya baru saja buat tempoyak. Bukan rajin tapi takut durian yang melambak membazir. Sebetulnya suami nak kenakan Erisya. Beli durian punyalah banyak...nak menguji keampuhan hati isteri yang sedang diet. Seperti diduga....Erisya makan durian yang dibelinya....sedang sedap makan tetiba terdengar seorang doktor dalam TV memberitahu bahawa orang yang ada masalah buah pinggang TAK BOLEH makan DURIAN! Apa lagi...suami yang memang ada masalah buah pinggang terpaksa berhenti makan. Tu lahhh niat tak elok! Dan.... durian yang selebihnya kami jadikan tempoyak!

Akhirnya Erisya memberi semua tempoyak baru kepada ex-boss untuk dimasak. Resepi? Maaf Erisya tak dan menuntut lagi. Yang Erisya tahu kita masukkan daun kunyit, daun limau purut, serai, udang dan cili padi. Masak hingga pekat (sebab tuh perlukan tempoyak yang banyak)...

Hmm...masa menulis nipun, dah terliur dah...sedap giler bila dimakan dengan ulam! Bagi orang2 perak di luar sana, jika ada resepi2 lama moh ler kita share agar makanan tradisi kita teguh terpelihara!

Tuesday, April 5, 2011

SAYONARA AWANG



Pada pukul 9 pagi tadi Erisya terima panggilan dari ex-supervisor. Panggilan yang seharusnya penuh ceria kerana harini, 05 April adalah besdei beliau.

Rupanya awang, si slow loris yang kami pernah pelihara telah hembuskan nafasnya yang terakhir. Begitu sudahnya nasib awang. Mati kerana sakit mulut. Sebetulnya tiap tahun Awang dapat penyakit ni...tak sangka pula membawa maut.

Menurut orang yang menjaganya, sehari sebelum pergi Awang asyik memandang mereka...seolah tahu dia akan pergi. hmm..macam orang pulak...dulu masa anak Ersiya nak pergi pun dia memandang Erisya lama...dan di saat itu juga Erisya tahu Aqil sedang mengucapkan selamat tinggal.

Dua minggu sebelum Awang sakit, Erisya pernah ditanya apakah bersedia babysit Awang sementara ada baby sitter yang baru. Erisya tak pasti kenapa penjaganya tak boleh memelihara Awang lagi. Namun Erisya tolak sebab kat rumah ada banyak kucing. Akhirnya Awang telah memilih untuk pergi jauh meninggalkan kami semua. Mungkin tak mahu menyusahkan penjaganya lagi.

.




p/s: Rest in peace Awang...kematian adalah penamat segala-galanya bagi mu, namun bagi kami kematian adalah permulaan sebuah perjalanan.

Monday, April 4, 2011

LAIN NEGARA LAIN ADATNYA

Perbualan dengan seorang pembantu kedai makan yang berasal dari Bangladesh.


Mana boleh ini macam. Perempuan bayar makan. Di tempat saya lelaki bayar makan!

Kalau kawin siapa bayar?

Perempuanlah bayar! Kalau perempuan putih dan cantik tak payah bayar. Tapi kalau perempuan tak cantik atau hitam kena bayar. Kalau lelaki tu hensem macam saya,  kena bayar mahal. 

Kalau lelaki tu pula yang hitam?

Lelaki hitam tak apa. Bayaran sama!


Hmmm...pulak dah! Beruntunglah kalau lelaki sini kawin wanita sana....kawin free! 





Sunday, April 3, 2011

KAKAK SAYANG

Usia kami jauh berbeza. Kami bukan adik-beradik kandung meskipun dibesarkan bersama oleh mak. Namun kasih sayang kami telah bersemi sejak kecil lagi. Sejujurnya, hingga saat ini Erisya tidak pernah bertemu insan setabah dan sekuatnya.

Jika dilihat rentetan sejarah hidup kakak...penuh liku bersulam duka dan pilu. Namun ianya tidak menghalang kakak dari menjadi insan yang bersyukur. Baru-baru ini dua orang rakan sekerjanya telah memohon maaf kerana memfitnah kakak. Fitnah yang lebih berat dosanya dari membunuh. dua puluh tahun dahulu mereka telah menelefon seorang isteri menggunakan telefon kakak. Dan pastinya panggilan tak bernama itu bertujuan untuk memaklumkan kecurangan si suami. Ironinya si suami adalah rakan sekerja yang rapat dengan mereka! Si suami apa lagi...dengan rasa marah membuak-buak lakukan siasatan....akhirnya dia dapat kesan nombor telefon kakak. Penafian kakak yang dilakukan bersama nama Allah tidak diterima oleh si suami. Malah dia mengugut untuk menghancurkan rumah tangga kakak sebagaimana kakak 'menghancurkan' rumah tangganya.

Sejak itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Rumah tangga kakak mula bergoncang. Harta yang dikumpul sejak anak dara juga lesap. Puluhan ribu telah dihabiskan untuk berubat. Boss yang selama ini rapat juga menjauhkan diri. Hingga saat ini tiada kenaikan pangkat walau ramai yang akui kecekapan kakak. 

Segala kesulitan dan tangisan kakak curahkan pada Yang Maha Kuasa. Akhirnya selepas hampir 20 tahun berkhidmat, kakak ambil keputusan meletakkan jawatan. Sebab itulah dua orang rakan sekerja memohon maaf....selepas segalanya terlalu lewat untuk kembalikan kebahagiaan kakak (namun mereka takut memohon maaf kepada si lelaki teman rapat mereka...takut terima nasib macam kakak). Kemudian seorang demi seorang akui kebaikan kakak yang tidak lokek mencurah ilmu yang ada kepada mereka di pejabat. Sanggup ke pejabat hingga malam walau di hujung minggu.

Kekuatan kakak banyak mengajar Erisya erti syukur dan penyerahan diri kepada Allah. Walau tiada kenaikan pangkat namun rezeki tak pernah putus. Sebaik sahaja perletakan jawatannya diwar-warkan, bekas bos yang telah mempunyai syarikat sendiri ingin menggajinya kerana pengalaman yang ada. Anak juga berjaya dalam pelajaran meskipun stress dengan kemelut yang ada.  Alhamdulillah, walau kemelut keluarga belum pulih sepenuhnya, namun kini kakak sudah boleh tersenyum...dan memandang ke hadapan dengan penuh harapan.

Bila dibandingkan penderitaan kakak, apalah sangat ujian yang Erisya terima. Doa Erisya semoga insan-insan yang membuat kakak menderita akan terima balasan yang setimpal. Semoga segala sihir yang dihantar (Erisya sekeluarga turut kena tempias semasa tinggal bersama kakak) akan berpatah balik. Dengan ini, mereka tidak lagi menggunakan ilmu yang ada untuk aniaya orang lain!Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi Hukum!

Wednesday, March 30, 2011

SOKLAN CEPU MAS DARI SI DIA

Teman bercerita mengenai seseorang yang ingin berkenalan....bukan sebagai kenalan tetapi jika serasi ingin dibuat isteri. Soklan cepumas dari si dia.

Malam pertama call:

"Naper awak tak kawin?Memilih ka?" Dalam hati teman bertanya, eh dia ni dah kawin ka? Kan dia pun lambat kawin.

Malam kedua.

"Awak tahu kenapa awak tak kawin? Sebab awak ada banyak sifat mazmumah".....disambung leteran panjang tentang sifat wanita yang diberkati: lekas kawin, murah mas kawin dan lekas melahirkan zuriat serta pemakaian tudung. Hmm...kalau nak berdakwahpun, agak-agaklah! 

Malam ketiga.

"Awak officer, gaji tentu RM3000 lebih  kan? Dengar dah beli rumah... Nanti kalau kawin, saya dok rumah awak ya"...bla..bla..bla...

hmm...Tu baru 3 malam berkenalan melalui telefon. Belum bersua muka lagi. Adusssss hanya boleh tepuk dahi. 

Ish sabar betul teman Erisya melayannya...kalau Erisya, sejak malam pertama dah angkat kaki!

Lebih baik hidup membujang daripada mengahwini lelaki yang hanya memilih kita kerana pangkat dan harta...dan akhirnya di hatinya kita hanyalah banker...

Friday, March 18, 2011

ITALY 12-15 MAC 2011

Tahun 2011 merupakan tahun yang amat menggembirakan. InsyaAllah tahun ni Erisya diberi rezeki menziarah 4 negara orang. Bulan Februari ke Singapura. Bulan Mac ke Hungary dan Italy manakala bulan Mei pula insyaAllah bercadang ke Indonesia sekali lagi. Jika dulu ke Bali kini destinasi Erisya ke Bandung dan Jakarta pula....

ROMA, ITALIA




Okeylah...nak citer pasal negara ketiga yang Erisya kunjungi tahun ni iaitu Italia. Sebetulnya Erisya kena transit di Rome sebelum ke Budapest. Oleh itu, Erisya mengambil peluang untuk bercuti selama 3 malam di sana sebelum kembali ke tanah air. Pandangan pertama Erisya tidak begitu baik. Sukar untuk berkomunikasi kerana rata-rata orang sana tak tahu berbahasa Inggeris dan malas nak layan pertanyaan kita hatta pekerja airport!. Pekedai pula jenis nak duit jer tanpa peduli kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tak suka kita tanya banyak soalan walau tahu kita tak pandai membaca arahan atau memahami bahasa Itali (ini kes beli phone card)..akibatnya duit 30 euro melayang. Hmm..ikut hati malam tu juga nak balik Malaysia! Rasa menyesal teramat sangat bercuti di Rome seorang diri. 





Hari kedua pula hujan ...tak boleh nak jalan-jalan. hari ketiga barulah boleh mengambil foto dsbnya. Namun ada juga orang sana yang baik dan mesra. Lagi satu perkara yang agak menghairankan, perokok wanita lebih ramai dari lelaki!Mereka juga amat bangga dengan kelakian mereka...banyak patung bogel lelaki..malah patung juga adalah jantan! Orang sana agak angkuh tapi bila dah mesra ...sampai nak cium pipi tanda kemesraan! Fuh! Bagi anak dara yang cun melecun rasanya tak sesuai ke sana seorang diri ,lainlah macam Erisya ni!...sebab faham ajer lah kan...lelaki di sana memang kacak-kacak! Meski orang biasa namun rupa paras macam model! Jika dah mesra memang pandai mengayat. Ini cerita roommates Erisya lah...siswi universiti yang cun dan muda (3 negara ie Poland, Brazil dan Lebanon). Namun Erisya tak berpeluang bertemu mereka sangat sebab waktu malam mereka suka ke bar untuk panaskan badan dengan bir ...bila mereka pulang ke kamar Erisya dah pengsan ...pepagi buta pula Erisya dah bangun dan keluar berjalan-jalan atau melayari internet sedangkan mereka masih dibuai mimpi.




Oh ya sesiapa yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan tourist guide di Rome, boleh emel kepada Erisya untuk dapatkan emel tourist guide di sana. Walau agak mahal iaitu 40 euro sejam bagi 1-4 orang, namun berbaloi sebab dapat ke kwasan pergunungan, tasik , melihat matahari etrbit dsbnya. Tak lah macam Ersiya hanya tengok bangunan jer di sekitar bandar! Maklum takut lah gak nak berdua-duaan dengan tourist guide tuh. Dia tak buat pakej. Kita yang tentukan nak berapa jam, nak ke mana dsbnya, Dia syorkan kita ke sana pada musim bunga atau luruh. Dia akan syorkan beberapa tempat , terpulanglah kepada kita untuk buat pilihan ke mana.




Kesimpulannya, jika kurang berinteraksi dengan penduduk sana..memang seronok menikmati keindahan bandar yang lain dari  mana-mana bandaraya di dunia ini. Seolah kita pergi ke zaman lampau. Maaf, ini persepsi Erisya berdasarkan layanan buruk yang Erisya terima di sini. Malah orang di Front Desk pun tak banyak membantu. Maklumat tidak diberi dengan tepat. Malah nak call taxi pun kena ke public phone di luar ...kena menapak semata-mata nak telefon teksi!Fuh! Tapi ini berlaku mungkin kerana Erisya tinggal di hotel bajet....walau bersih dan menarik serta beri layanan mesra namun kurang  membantu kita selaku tetamu di negara mereka. Semoga pelancung di Malaysia tidak hadapi masalah yang sama.









Pernah berlaku seorang kenalan ditipu ketika berada di sana. Beliau membayar wang untuk dapatkan hotel...akhirnya wang lesap tidur di kaki lima. Sebaiknya kita booking melalui internet sebelum ke sana sebaik-baiknya bacalah segala komen para pengunjung berkenaan hotel tersebut sebelum booking kamar. Tentang kenalan Erisya tadi.....ketika mengunjungi Malaysia juga beliau kena tipu! Seorang yang menyamar sebagai polis mengambil paspot beliau! Ntahlah nasibnya yang malang atau dia sendiri yang cuai dan tidak suka membuat persediaan sebelum ke negara orang yang lain budaya dan minda. Semoga kita sama-sama ambil iktibar di atas pengalaman orang lain. Baik atau buruk sesuatu pengalaman itu, semuanya memberi pengajaran kepada kita. Sesungguhnya manusia ini tidak sama! Kena berhati-hati dalam membuat pilihan.
















 Vatican City yang menakjubkan.











 Julius Ceasar

 Gadis berbakat besar. Beberapa saat lukisan disiapkan. Sekeping berharga 10Euro




 Traffic jam . tak banyak kenderaan awam. Hanya ada 1 metro dan 1 tram sahaja selain dariapda bas


Nasi briyani ayam...mmg sedap! Kebab di sini juga amat istimewa.

p/s: Semakin jauh kaki melangkah, semakin kita menghargai negara tercinta!