Sabtu baru ni, Erisya benar-benar pulang...seperti yang dijanjikan dalam mimpi dulu. Semasa membuka langkah ke sana...Erisya berusaha luruskan niat...biar apapun yang berlaku Erisya terus melangkah.
Pada hari pertama Erisya gagal bertemu. Panggilan telefon tidak berjawab. Kekeciwaan hati terubat bila Erisya telah berjaya menjual 10 kotak Monavie pada hari pertama! Tanpa di duga sambil beraya dapat rezeki! Subhanallah....dengan hanya niat walaupun belum ketemu, Allah telah beri imbalannya! Alhamdulillah...alhamdulillah alhamdulillah. Hanya itu yang mampu Erisya katakan.
Sebelum kami pulang ke Bangi barulah kami berpeluang bertemu. Banyak bercerita kisah dulu-dulu....rupanya nama Erisya masih terlekat jauh di sudut hatinya...terasa diri ini masih disayangi. Pertemuan ini telah leburkan rajuk yang lama.Dah lama kami tak berbual begini. Biasanya tiap kali pertemuan perbualan kami lebih formal. Dan tiba-tiba sahaja Erisya ingin kami tinggal bersama....melampaukah permintaan ini? Kerana sekiranya terlaksana, mahligai yang dibinanya akan hancur. Hmmm....Erisya tak berani...benar-benar tak berani membuat permintaan ini. Hanya boleh berdoa agar dirinya dilindungi...dirahmati dan diberi petunjuk dan hidayah agar insaf segala kekhilafan. Diampuni segala dosa sebelum dijemput kembali padaNya.
Ya...tiada lagi berbuku di hati....kalini Erisya benar-benar telah terima segala kekurangannya....sebagaimana Allah terima kekurangan Erisya dan tidak putus memberi keampunan tiap kali memohon. Malah memberi rezeki yang tidak di sangka-sangka bila Erisya ingin menghentikan rajuk lama demi kerana Nya.
Kini Erisya rasa lebih tenang...redho dengan apa yang berlaku. Apa yang ditakdirkan pasti akan berlaku. Siapalah kita hendak memprotes? Sedangkan kasih Allah melebihi segala-galanya. Tiap yang berlaku ada hikmahnya..banyak kebaikannya . Yang hanya boleh dilihat sekiranya kita membuka mata.......bersama mata hati!

kak erisya tggl kat bangi ke??
ReplyDeletedekat saja la kita nie ek
a'a acu...mmg dekat. Tiap kali bermesyuarat di UPM pasti tingat acu :)
ReplyDelete