Alhamdulillah...pagi tadi barulah rasa teruja nak konvo. Kalau tak, rasa biasa jer...tanpa perasaan. Gembira lihat wajah ceria para graduan. Maklum selepas lama bertungkus lama akhirmya ijazah dalam genggaman. Bagi Erisya meskipun ianya tidak membuahkan apa2...baik kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, namun tetap rasa puas dengan pencapaian diri. Biarlah majikan tidak memberi insentif...Erisya tetap hargai pengalaman dan pengajaran yang dipelajari. Menghargai erti kepayahan dan kesabaran, hargai sokongan insan2 tersayang baik keluarga, kawan2 mahupun supervisor. Tanpa sokongan mereka, rasanya dah lama Erisya berputus asa....bukan sedikit rakan sekerja yang terkandas. Kenapa? Supervisor yang telalu sibuk, masalah sampel, tiada sokongan pihak majikan dll.
Erisya amat faham perasaan mereka....kerana pernah berada di tempat yang sama. Pihak pengurusan hanya mencari kesalahan namun bila minta bantuan....apa pun tak de. Cakap kosong. Sedangkan satu-satunya bantuan yang Erisya pinta adalah tandatangan untuk sahkan Erisya kaki tangan kerajaan bagi mengambil sampel di luar negara....surat telah Erisya sediakan dan cetak...cuma tandatangan saja! Tak minta duit sesen pun duit jabatan. Semuanya ditanggung oleh geran universiti. Akibatnya Erisya terpaksa menukar tajuk projek dan bermula dari bawah...mencari sampel haiwan yang baru! Dah lah terpaksa extend, pihak universiti pula tak bertolak ansur beri diskaun yuran pengajian walaupun Erisya tidak menggunakan makmal. Surat rayuan dibakulsampahkan. Bayanglah teman di universiti lain hanya membayar RM350 setahun tapi Erisya bayar RM1500 ! Beza harga yang amat tinggi. Syukur ada wang EPF...lepas lah bayaran yuran pengajian.
Pengajaran, berhati2lah memilih universiti dan supervisor. Pastikan juga sampel yang kita perlukan mudah diperolehi. Jangan jadi seperti Erisya meskipun CGPA melayakkan Erisya convert kepada PhD namun masalah data keputuan penyelidikan yang tidak cukup membuatkan tidak layak memohon pertukaran. Betul2 study program pengajian yang ditawarkan, bertemu bakal spervisor berulang kali sebelum daftar...pastikan mereka adalah pakar dalam bidang yang ingin kita dalami..apakah mereka mempunyai dana yang mencukupi dsbnya. Jika diteliti semua rakan-rakan Erisya yang tewas adalah pelajar universiti dan supervisor yang sama! Bukan suatu kebetulan yang aneh.
Buat adik2 yang konvo sama..Tahniah! inilah masanya kalian tuai apa yang telah disemai bertahun2....semoga kalian dapat pekerjaan yang diidamkan!

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah