Malam ni episod terakhir citer "you dont know women"...memang peminat tegar! Kisah isteri yang teraniaya ...akhirnya dapat balasan yang baik....si bekas suami dan keluarganya juga mendapat balasan setimpal. Memang adil!
Bila terlalu banyak menonton drama Korea, Erisya TERperasaan beberapa perkara:
1. Orang Korea suka makan buah-buahan. Adegan berehat bersama keluarga. menonton tv, mentong..pasti ada buah-buahan.Hmm..sebab tu lah agaknya wajah mereka fresh! Tabiat yang patut dicontohi...kalau malas nak buang kulit...minum jer MonaVie!
2. Orang Korea masih berpegang teguh pada adat resam walaupun mereka moden. Betullah kata mereka, anak yang baik tidak boleh menjadi suami yang baik! Ibu punya kuasa veto yang mampu menghancurkan rumah tangga anak jika bukan menantu pilihan!
3. Tidak seperti kelaziman isteri orang Jepun, isteri orang Korea bekerja membantu suami mencari nafkah.
4. Stress jadi menantu orang korea ni terutamanya menantu sulung...Hmm...tingat kat kak Tie.Masa kak Tie menolak lamaran cinta jurutera Korea.....Erisya rasa rugi nya......rupanya sebagai muslim bukan mudah nak suaikan diri dengan budaya Korea..maklumlah... banyak adat yang dilarang dalam Islam seperti sujud di depan mertua dsbnya.
5. Lelaki Korea mudah menangis...hmmmm..betul ka? atau sekadar lakonan semata-mata? Amat berbeza dengan Jepun di mana watak lelaki digambarkan kasar dan keras
6. Masyarakat Korea masih pentingkan latar belakang bakal menantu ....harta dan wang ringgit menjadi batu pemberat...lebih kaya lebih baik!
7. Masyarakat Korea memandang rendah kepada seorang janda..apatah lagi jika mempunyai anak! Hmm...yang ni Erisya tak boleh nak terima....kenapa harus ada stigma sebegini? Ada dua-tiga drama Korea menunjuk adegan lelaki yang menghina bekas isteri sebagai janda...hellloooo..siapa yang menjadikan isteri menjadi janda? pastuh nak hina-hina pula......hmmm..
8. Kebanyakan citer drama Korea happy ending. Yang jahat pasti dapat balasan. Yang baik pasti dapat imbalan yang sewajarnya. Kisah yang baik untuk menaikkan semangat para wanita yang ditindas oleh suami yang durjana. Tak macam drama siam tuh (lupa tajuk)....Citer tuh kisah lelaki cacat yang kena dera....ingatkan dia akan berjaya menghadapi deraan dan cemuhan orang kampung... penat-penat ikut minggu demi minggu... si hero mati akhirnya!!! Apa lagi...housemate Erisya punya lah menangis ...ingatkan sedih ....rupanya tangisan sakit hati sebab buang masa ikut citer bodoh tuh! Apa tak nya dari mula kenal hidup sampai mati...asyik kena buli jer!
9. Wanita amat tabah. Biarpun mendapat tekanan dari suami dan keluarga mertua mereka enggan diceraikan....tetap melayan suami dan keluarga mertua dengan baik....meskipun hidup tak ubah seperti orang gaji di rumah mertua.
10. Tok besan tidak boleh hidup di bawah satu bumbung. .....jika mesra ianya adalah sesuatu yang pelik lagi aneh!
11. Mereka suka berdoa kepada nenek moyang..bukan Tuhan.
12. Watak lelaki tua biasanya jenis yang banyak beralah dengan isteri...lebih suka mendiamkan diri walau isteri berbuat salah.....demi menjaga keharmonian rumah tangga yang telah terbina bertahun lamanya.....eh...bukan takut bini tau....tapi bini yang tak takut mereka!
13. ...Hmm apa lagi ya? Yang pasti tak sanggup rasanya Erisya menjadi menantu orang Korea meskipun lelaki sana tampan dan segak bergaya!
Papepun, Erisya suka nonton drama Korea....belajar tentang budaya mereka yang unik dan menarik!Hmm bilakah agaknya Erisya boleh menjejakkan kaki ke sana?

oh macam itu ye????nasib baik aku tahu sudah kalau tak terkawinlah aku dgn org korea....hehehehe. terima kasih atas maklumat di atas...... annyeonghaseyo
ReplyDeleteterima kasih............
ReplyDelete