Tuesday, September 20, 2011

PULANG LAGI

Wiken baru ni Erisya pulang lagi ke kampung. Kali ini menghadiri majlis pertunangan adik sepupu. Majlis Pertunangan merangkap Rumah Terbuka. Menu? Nasi ayam, satay, lemang dan rendang serta kambing panggang.

Pulang dari majlis Erisya sekeluarga menziarahi Mak Itam. Sedih..matanya mulai kabur...telinga juga dah mula tak dengar. Meskipun Mak Itam dah jadi pelupa namun Mak Itam masih  kenal Erisya sekeluarga!

Sesuatu yang 'menarik'...cucu-cucu Mak Itam tidak lagi bertutur 'cakap dagang' meskipun sedari kecil diajar bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Rao. Malah bahasa Kelantan (sebelah ayah) juga tiada dalam kamus hati mereka. Mereka lebih senang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Teringat ketika berada di Okinawa...rata-rata anak muda pulau itu lupa bahasa ibunda..lebih mahir bertutus Bahasa Jepun. Nampaknya Japanisation telah berjaya! Hmm..bagaimana pula di Malaysia? Hanya orang Melayu kah yang lupa bahasa suku mereka? Bagaimana dengan kaum China dan India? Masih perlukah sekolah bahasa Tamil dan Mandarin ketika konsep 1 Malaysia dilaung-laungkan?

Erisya? Sejujurnya Erisya juga tidak boleh bertutur bahasa Rao. Maklum dibesarkan oleh nenek sebelah ibu yang berdarah Aceh. Hmm...bahasa Aceh juga Erisya tak faham. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi Erisya. Kini anak Erisya juga lebih senang bertutur Bahasa Malaysia...'cakap KL'. Cakap Penang pun dah tak betul...jadi bahan ketawa kami sekeluarga!

Berbalik pada kisah Mak Itam...rupanya ada sesuatu yang berbuku di hatinya. Dah 4 tahun tidak bertemu dengan cucunya Muhammad Afiq. Masih ingat si kecil yang pernah Erisya cerita dulu? Si kecil yang kehilangan ibunya ketika berusia 4 tahun. Si kecil yang menangis-nangis kejutkan ibunya agar bangun dari mati. Si kecil yang pulang ke kampung dan mencari-cari ibunya di semua bilik kerana menyangka ibunya disorok opah!

Sayu hati Erisya melihat air mata Mak Itam. Cucu kini berusi 14 tahun. Namun telah berpindah jauh selepas ayahnya bernikah sekali lagi. Kali terakhir Erisya dengar Afiq telah berpindah bersama ibu tiri ke Kulim Kedah. Kejadian ini membuatkan Erisya tertanya-tanya...salahkah kami kebumikan ibunya di Pulau Pinang...di depan rumah ibu ayahnya ..dan bukan di tanah kelahiran ibunya di Tapah? Sekiranya dikebumikan di Tapah pastilah Mak Itam dapat bertemu cucunya tiap kali Afiq ziarah kuburan ibunya tiap kali raya. Hmmm...ntahlah. Mungkin ada baiknya jika aruah dikebumikan di tanah kelahirannya...setidak2nya tidaklah Mak Itam berendam air mata. Selaku orang yang telah memujuk Mak Itam agar merelakan jasad anaknya dikebumikan di Pulau Pinang..Erisya rasa amat bersalah dan ingin sekali pertemukan Mak Itam dengan cucunya semula...

Tapi di manakah harus Erisya bermula?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah