Friday, September 23, 2011

SATU vs DUA

Bohonglah jika Erisya tak marah. Tak kecewa bila kehilangan dua orang yang paling erisya percayai. Namun, kekeciwaan tuh tertebus dengan dua berita gembira. Pertama rumah yang Erisya beli telah siap sepenuhnya. Kedua meraikan konvokesyen. Ya, setiap pintu yang tertutup, akan terbuka dua lagi pintu. Sebagaimana tertutup satu-satunya pintu rezeki yang menghubungkan ibu dan bayi; tali pusat ...lantas terbuka pula dua pintu rezeki  yang lain iaitu payudara ibu.

Jangan digusarkan pintu yang tertutup. Sebaliknya mata harus dibuka luas untuk mencari dua pintu yang telah dibuka untuk kita. Bagi Erisya, setiap kali diuji, Erisya akan menangis..benar2 menangis sepuas hati. Munajat minta kekuatan dari Yang Maha Kuat. Luahkan sedih, marah, sebal. Namun ada time framenya. Berilah masa untuk keluarkan apa yang terbuku di hati bersama air mata ..seminggu, sebulan....paling lama adalah 3 bulan. Kemudian kesat air mata dan bangun semula! Jangan diingat pintu yang telah tertutup itu...sudah tiba masa untuk mencari dua pintu baru yang dibuka oleh Maha Pencipta.

Tiada siapa yang selamanya susah. Akan tiba masanya, kita  mampu ketawa bila mengimbas semula zaman susah kita dulu. Semasa Erisya menyusuri kampus malam  tadi, Erisya terpegun dengan keindahan malam yang meraikan konvokesyen yang akan berlangsung. Anehnya Erisya tidak ingat langsung kemeriahan konvokesyen Erisya yang pertama dulu. Yang Erisya ingat, masa tuh Erisya keseorangan. Tiada siapa untuk berkongsi kegembiraan. Sebagaimana Erisya keseorangan ketika mendaftar diri di sekolah rendah dulu...begitulah juga Erisya berseorangan di hari konvokesyen yang pertama. Namun kini, Allah telah memberi peluang Erisya menebus kesedihan dahulu.

Kali ini, Erisya tidak lagi seorang diri di hari konvokesyen...Allah telah memberi peluang kedua.

      Syukur di atas ni'mat-Mu, ya Allah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah