Wednesday, May 4, 2011

TEMPOYAK MASAK

Dua tiga hari ni Erisya amat berselera makan. Mana tak nyer...ex-boss tolong masakkan tempoyak masak. Mulanya kami hanya berbual tentang durian dan tempoyak. Ex-boss amat terkejut kerana Erisya tak pernah makan tempoyak masak...nama jer orang Perak! Sejujurnya sejak kecil lagi Erisya lebih suka makan cencaluk. Tapi lepas kawin selera berubah...kini Erisya suka tempoyak dan suami pula suka cencaluk! Makanya kini dua-dua menu ini menjadi santapan kegemaran kami.

Menurut ex-boss, sekarang ni orang dah jarang sediakan tempoyak masak. Mungkin kerana harga tempoyak yang mahal atau orang2 muda tidak lagi mewarisi kebolehan memasak tempoyak ni. Syukur, ketika berbual tuh, Erisya baru saja buat tempoyak. Bukan rajin tapi takut durian yang melambak membazir. Sebetulnya suami nak kenakan Erisya. Beli durian punyalah banyak...nak menguji keampuhan hati isteri yang sedang diet. Seperti diduga....Erisya makan durian yang dibelinya....sedang sedap makan tetiba terdengar seorang doktor dalam TV memberitahu bahawa orang yang ada masalah buah pinggang TAK BOLEH makan DURIAN! Apa lagi...suami yang memang ada masalah buah pinggang terpaksa berhenti makan. Tu lahhh niat tak elok! Dan.... durian yang selebihnya kami jadikan tempoyak!

Akhirnya Erisya memberi semua tempoyak baru kepada ex-boss untuk dimasak. Resepi? Maaf Erisya tak dan menuntut lagi. Yang Erisya tahu kita masukkan daun kunyit, daun limau purut, serai, udang dan cili padi. Masak hingga pekat (sebab tuh perlukan tempoyak yang banyak)...

Hmm...masa menulis nipun, dah terliur dah...sedap giler bila dimakan dengan ulam! Bagi orang2 perak di luar sana, jika ada resepi2 lama moh ler kita share agar makanan tradisi kita teguh terpelihara!

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah