Thursday, May 19, 2011

TETAMU NABI

Pada malam pertama kami menginap di Bandung, teman Erisya sempat bercerita kisah seorang lelaki yang telah mendapat visa ke tanah suci Mekah seumur hidup. Boleh ke sana bila-bila masa sahaja tanpa sekatan sesiapa. Semuanya berlaku ketika beliau ke Mekah buat pertama kali. Ketika menziarahi makam rasulullah SAW, tetiba sahaja beliau boleh masuk ke makam. Askar yang menjaga menjadi panik. Bagaimana lelaki itu boleh masuk ke kawasan makam sedangkan anak kunci hanya dipegang oleh pegawai tertinggi? Kecoh dibuatnya...kejadian aneh ini telah dilaporkan kepada Raja.

Bila ditanya, lelaki tersebut memberitahu bahawa beliau terdengar suara yang menjemputnya masuk....sebab itulah beliau masuk. Raja bertambah heran...apakah amalannya sehingga dapat menjadi tetamu istmewa rasulullah SAW? Menurut lelaki itu, ketika  meninggal dunia, wajah ayahnya telah bertukar menjadi rupa babi. Beliau amat sedih dan tidak putus memohon keampunan buat ayahnya. Akhirnya beliau tertidur keletihan. Beliau bermimpi. Rasulullah SAW memperkenalkan diri dan memaklumkan bahawa semasa hayatnya ayah beliau lalai dalam solat. Namun oleh kerana aruah tidak pernah lupa untuk berselawat dengan ikhlas maka Rasulullah SAW telah memulihkan wajahnya ke bentuk asal.

Bila terbangun, lelaki itu lihat wajah aruah ayahnya telah benar-benar bertukar semula ke wajah asal.Sejak itu, beliau bertekad untuk berselawat sebanyak mungkin kepada rasulullah SAW.

Berkat keikhlasannya berselawat, beliau telah menjadi tetamu nabi...tetamu istimewa yang boleh menembusi makam yang berkunci.



p/s: Buat temanku sayang.....Setiap orang pasti akan mendapat kesedaran. Namun, apalah ertinya kesedaran itu sekiranya telah terlewat untuk mengamalkannya.

2 comments:

  1. banyak shopping kak??
    acu insyaAllah ke Jakarta bulan dpn pastu amik ketapi ke Bandung...

    ReplyDelete
  2. acu..bestnyer naik ketapi. lbh untung balik ikut bandung sebab tax lbh murah. klu nak beli handbags better kat jakarta.lbh murah n cantik berbanding di bandung.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah