Tahun 2011 merupakan tahun yang amat menggembirakan. InsyaAllah tahun ni Erisya diberi rezeki menziarah 4 negara orang. Bulan Februari ke Singapura. Bulan Mac ke Hungary dan Italy manakala bulan Mei pula insyaAllah bercadang ke Indonesia sekali lagi. Jika dulu ke Bali kini destinasi Erisya ke Bandung dan Jakarta pula....
ROMA, ITALIA
Okeylah...nak citer pasal negara ketiga yang Erisya kunjungi tahun ni iaitu Italia. Sebetulnya Erisya kena transit di Rome sebelum ke Budapest. Oleh itu, Erisya mengambil peluang untuk bercuti selama 3 malam di sana sebelum kembali ke tanah air. Pandangan pertama Erisya tidak begitu baik. Sukar untuk berkomunikasi kerana rata-rata orang sana tak tahu berbahasa Inggeris dan malas nak layan pertanyaan kita hatta pekerja airport!. Pekedai pula jenis nak duit jer tanpa peduli kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tak suka kita tanya banyak soalan walau tahu kita tak pandai membaca arahan atau memahami bahasa Itali (ini kes beli phone card)..akibatnya duit 30 euro melayang. Hmm..ikut hati malam tu juga nak balik Malaysia! Rasa menyesal teramat sangat bercuti di Rome seorang diri.
Hari kedua pula hujan ...tak boleh nak jalan-jalan. hari ketiga barulah boleh mengambil foto dsbnya. Namun ada juga orang sana yang baik dan mesra. Lagi satu perkara yang agak menghairankan, perokok wanita lebih ramai dari lelaki!Mereka juga amat bangga dengan kelakian mereka...banyak patung bogel lelaki..malah patung juga adalah jantan! Orang sana agak angkuh tapi bila dah mesra ...sampai nak cium pipi tanda kemesraan! Fuh! Bagi anak dara yang cun melecun rasanya tak sesuai ke sana seorang diri ,lainlah macam Erisya ni!...sebab faham ajer lah kan...lelaki di sana memang kacak-kacak! Meski orang biasa namun rupa paras macam model! Jika dah mesra memang pandai mengayat. Ini cerita roommates Erisya lah...siswi universiti yang cun dan muda (3 negara ie Poland, Brazil dan Lebanon). Namun Erisya tak berpeluang bertemu mereka sangat sebab waktu malam mereka suka ke bar untuk panaskan badan dengan bir ...bila mereka pulang ke kamar Erisya dah pengsan ...pepagi buta pula Erisya dah bangun dan keluar berjalan-jalan atau melayari internet sedangkan mereka masih dibuai mimpi.
Oh ya sesiapa yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan tourist guide di Rome, boleh emel kepada Erisya untuk dapatkan emel tourist guide di sana. Walau agak mahal iaitu 40 euro sejam bagi 1-4 orang, namun berbaloi sebab dapat ke kwasan pergunungan, tasik , melihat matahari etrbit dsbnya. Tak lah macam Ersiya hanya tengok bangunan jer di sekitar bandar! Maklum takut lah gak nak berdua-duaan dengan tourist guide tuh. Dia tak buat pakej. Kita yang tentukan nak berapa jam, nak ke mana dsbnya, Dia syorkan kita ke sana pada musim bunga atau luruh. Dia akan syorkan beberapa tempat , terpulanglah kepada kita untuk buat pilihan ke mana.
Kesimpulannya, jika kurang berinteraksi dengan penduduk sana..memang seronok menikmati keindahan bandar yang lain dari mana-mana bandaraya di dunia ini. Seolah kita pergi ke zaman lampau. Maaf, ini persepsi Erisya berdasarkan layanan buruk yang Erisya terima di sini. Malah orang di Front Desk pun tak banyak membantu. Maklumat tidak diberi dengan tepat. Malah nak call taxi pun kena ke public phone di luar ...kena menapak semata-mata nak telefon teksi!Fuh! Tapi ini berlaku mungkin kerana Erisya tinggal di hotel bajet....walau bersih dan menarik serta beri layanan mesra namun kurang membantu kita selaku tetamu di negara mereka. Semoga pelancung di Malaysia tidak hadapi masalah yang sama.
Pernah berlaku seorang kenalan ditipu ketika berada di sana. Beliau membayar wang untuk dapatkan hotel...akhirnya wang lesap tidur di kaki lima. Sebaiknya kita booking melalui internet sebelum ke sana sebaik-baiknya bacalah segala komen para pengunjung berkenaan hotel tersebut sebelum booking kamar. Tentang kenalan Erisya tadi.....ketika mengunjungi Malaysia juga beliau kena tipu! Seorang yang menyamar sebagai polis mengambil paspot beliau! Ntahlah nasibnya yang malang atau dia sendiri yang cuai dan tidak suka membuat persediaan sebelum ke negara orang yang lain budaya dan minda. Semoga kita sama-sama ambil iktibar di atas pengalaman orang lain. Baik atau buruk sesuatu pengalaman itu, semuanya memberi pengajaran kepada kita. Sesungguhnya manusia ini tidak sama! Kena berhati-hati dalam membuat pilihan.
Vatican City yang menakjubkan.
Julius Ceasar
Gadis berbakat besar. Beberapa saat lukisan disiapkan. Sekeping berharga 10Euro
Traffic jam . tak banyak kenderaan awam. Hanya ada 1 metro dan 1 tram sahaja selain dariapda bas
Nasi briyani ayam...mmg sedap! Kebab di sini juga amat istimewa.
Oooo menariknye bercuti-cuti..
ReplyDeletebilakah impianku ke Japan akan menjadi nyata? Japan, nantikan aku... hehehe..
*bestnyer kak cuti2...
Oooo menariknye bercuti-cuti..
ReplyDeletebilakah impianku ke Japan akan menjadi nyata? Japan, nantikan aku... hehehe..
*bestnyer kak cuti2...
adik sayang, kalau nak ke japan tunggulah setahun lagi...pastikan bebas radiasi :) sebetulnya dah plan nak ke Japan bulan mac ni tapi terpaksa batal bila dapat arahan bermesyuarat di Hungary....kalau tak, lesap duit tambang!Adik pegilah Rome...Vatican City memang cantik! Tapi kak erisya tak masuk ke dalam sebab menses. Setau kak erisya kalau menses tak leh masuk gereja kan?
ReplyDeletesalam
ReplyDeletegua doa moga moga lu baghgia sepanjang hayat...nice pic..makan kat bawah tu buat gua lapo..kalu g jepun kirim salam sama gaban
seronok nye kak dah sampai ke Itali..acu baru plan nk ke sana thn dpn...tu pun kalau ada rezeki insyaAllah la...
ReplyDeleteb.r.u.t.l.s.o.l.o: tq
ReplyDeleteacu sayang: kalau nak emel tourist guide kat sana, kak erisya boleh berikan :) dia orang rome dan pengalaman 27 tahun. dia dah faham kita tak boleh makan sembarangan di sana.
piękne zdjęcia
ReplyDeleteaneri,
ReplyDeleteTerima kasih.
hai erisya,
ReplyDeletejust nak tanya u..how much in average yer cost untuk each halal or vege meal kat sana..? senang dapat tak..?
hai erisya,
ReplyDeletei'm going to italy this nov. will u share where did you stay, been looking for hotel tp x yakin sbb takut jauh dpd city.
tqvm.
Can I get your email for tourist guide info? Please send to shirajmal19@ymail.com
ReplyDeleteTq ☺
Ada banyak beza tak Italy tahun 2011 dan 2015 ye?
ReplyDeleteTak sabar-sabar nak pergi Italy November tahun ni... huhu...