Wednesday, March 30, 2011

SOKLAN CEPU MAS DARI SI DIA

Teman bercerita mengenai seseorang yang ingin berkenalan....bukan sebagai kenalan tetapi jika serasi ingin dibuat isteri. Soklan cepumas dari si dia.

Malam pertama call:

"Naper awak tak kawin?Memilih ka?" Dalam hati teman bertanya, eh dia ni dah kawin ka? Kan dia pun lambat kawin.

Malam kedua.

"Awak tahu kenapa awak tak kawin? Sebab awak ada banyak sifat mazmumah".....disambung leteran panjang tentang sifat wanita yang diberkati: lekas kawin, murah mas kawin dan lekas melahirkan zuriat serta pemakaian tudung. Hmm...kalau nak berdakwahpun, agak-agaklah! 

Malam ketiga.

"Awak officer, gaji tentu RM3000 lebih  kan? Dengar dah beli rumah... Nanti kalau kawin, saya dok rumah awak ya"...bla..bla..bla...

hmm...Tu baru 3 malam berkenalan melalui telefon. Belum bersua muka lagi. Adusssss hanya boleh tepuk dahi. 

Ish sabar betul teman Erisya melayannya...kalau Erisya, sejak malam pertama dah angkat kaki!

Lebih baik hidup membujang daripada mengahwini lelaki yang hanya memilih kita kerana pangkat dan harta...dan akhirnya di hatinya kita hanyalah banker...

2 comments:

  1. hi kak sayang..

    lelaki tu memang 'no way man..'

    hahahaha...

    say no to lelaki yang mata duitan. kahkah..

    ReplyDelete
  2. adik sayang...pernah terjumpa ke rare species cam ni? harap dia akan bertemu ngan gadis idaman dan yang serasi dengannya. mungkin upbringing buat kan dia tak pandai nak bercakap ngan pompuan..main belasah jer dan membuka pekung di dada...atau telalu overconfident dengan wajahnya yang kacak....malangnya rupa sahaja tak cukup untuk memikat wanita jika tiada budi bahasa. :)...rasa kesian lak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah